Khamis, 21 November 2013

Siti Zailah Tegur Muslimat PAS Agar Jangan Dedah Semua…


Alamak..! macam mana pulak para muslimat@muslimut hamPAS dah terkena virus dedah mendedah ni..! Biar betul Zailah ni..! Cerciter..!!!

Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof mengingatkan para perwakilan agar dapat memahami strategi dakwah dan politik parti yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

Katanya, para perwakilan muslimat harus faham ada sesetengah strategi yang boleh didedahkan dan ada yang tidak boleh didedahkan.

"Para perwakilan kena faham persidangan yang berlangsung hari ini dapat disaksikan seluruh dunia, seluruh media memberi perhatian.

"Ada perkara boleh dijelaskan dan ada yang tidak boleh dijelaskan. Ini strategi dakwah dan politik parti," katanya di hadapan 638 perwakilan yang memenuhi Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah.

Zailah berkata demikian apabila Perwakilan Pahang Wan Hamidah yang membangkitkan penglibatan Nisa di dalam Dewan Muslimat yang dilihat tidak berani untuk bergerak di atas nama parti.

Strategi dakwah? dakwah kepala angguk ko..! dakwah apa yang tak menerangkan semua perkara..! dakwah apa yang nak disorok sorok? zaman jahiliah ke apa?

Tapi kalau dakwah cara PAS memang macam tu ler..! yang baik untuk puak dia kuat ayat quran tu dipetik tapi kalau tak kena dengan gaya dan lagak dia orang maka perlahan jer bunyi nya pulak..! apa punya sesat ni..!

Satu lagi Nisa hamPAS ni konon nak ikut style Puteri UMNO tapi tak jalan, satu hal lagi para pemimpin muslimut hamPAS amat tak gemar dengan puak Nisa ni yang lebih terpelajar dan lebih moderat…! Itu yang kena tutup tutup..! jangan dedah dedah..!

dakwah..! islamik..! Akai ada ker..! 

Lu Fikir La Sendiri!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan