Khamis, 28 November 2013

Khalid Gereja Hilang Duit..~ Khalid Gagap Dapat Duit..!


Ada ke duit Khalid gereja nak bayar ni? boleh jadi bankcrupt..! boleh jadi muflisin..! Tapi kalau bapak gereja nak tolong tong tong bayarkan mungkin jugak Khalid boleh terus goyang kaki dan goyang bontot…! maklum ler..!!!

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membayar gantirugi dan kos berjumlah RM320,000 kepada Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali.
Peguam Hasan, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi menjelaskan, jumlah tersebut diputuskan setelah pihaknya tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut sebelum ini.
"Mahkamah perintahkan supaya YB Khalid Samad membayar RM200,000 untuk ganti rugi am, RM100,000 untuk ganti rugi teruk dan kos sebanyak RM20,000 kepada Datuk Hasan," katanya.
Sebelum ini pada 31 Oktober lalu, mahkamah yang sama memutuskan Hasan menang kes saman fitnahnya terhadap Khalid yang difailkan 12 April tahun lepas.
Hasan memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.
Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.-27/11/2013
Lagi satu berita nampaknya kawan lembap si Khalid gagap lain pulak…!
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan tangga gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker DUN dan ADUN negeri itu bermula 1 Januari 2014.


Apabila dilaksanakan, gaji pokok Speaker akan naik daripada RM6,109 kepada RM22,500 manakala timbalannya daripada RM3,327 kepada RM15,750. 

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula bakal menerima gaji pokok sebanyak RM29,250 berbanding tangga gaji lama RM14,175. 
Tambahan gaji EXCO pula naik daripada RM6,109 kepada RM20,250.


Manakala, elaun bulanan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri pula meningkat daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Tahniah buat rakyat Selangor….!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen