Khamis, 1 Julai 2010

PM Atau KSN Yang Memerintah Negara?


Semenjak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak tak henti henti melakukan pendekatan pendekatan baru serta cara bekerja yang lebih menekankan keutamaan kepada 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Pokoknya ialah mendekati rakyat, menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Sebarang dasar dirangka dan dilaksana bagi menjamin mutu penyampaian kerajaan benar benar sampai dan memudahkan rakyat.

Yang menariknya, Utusan dalam Mingguan Malaysia hari Ahad yang lalu telah mencetuskan persoalan berkenaan kekuasaan Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) yang amat berkuasa, ada yang kata Kamarudin Siaraf, ada yang kata Mahmood Adam ada yang kata KSU Kementerian Pertanian...pendek kata 'ada yang kata'...

Namun dalam banyak persoalan 'ada yang kata sipolan sipolan ini' semuanya sebenarnya merujuk kepada ketua mereka iaitu KSN itu sendiri. Sebab itu ramai yang mengeluh apabila KSN ini disambung lagi perkhidmatannya. Bagi kakitangan kerajaan, apabila seseorang KSN atau KSU itu disambung maka akan terhentilah peluang ramai orang dibawahnya yang layak untuk merasa kenaikan pangkat yang lebih tinggi malah ada yang terpaksa pencen dengan jawatannya sekarang...

Kesannya? kesannya ada kelompok kakitangan tertinggi negara yang marah dan benci dengan kelompok sidek hassan ini... malah dikatakan ada lebih 60 orang berpangkat JUSA yang duduk di 'pool' disebabkan tiada peluang menikmati kenaikan pangkat atau di 'sisih'kan kerana tidak tergolong didalam kelompok penjilat sidek hassan.

60 orang JUSA dalan 'pool' sesuatu yang amat membazir duit, tenaga, pemikiran dan masa, kalau nak dikira 60 orang ni dah sama seperi kekuatan tiga (3) kementerian!!!

Kesan yang lebih jauh dari ini ialah sebahagian besar mereka juga merajuk lalu tidak bersungguh untuk melaksanakan dasar dasar kerajaan, ada pula yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam serta menjadi penggerak pembangkang untuk menggagalkan sebarang rancangan dan dasar baik yang digagaskan oleh PM.

Apa yang lebih malang lagi, KSN sidek hassan ini dilihat tidak begitu 'teguh' berdiri dibelakang Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, itu sebab sebarang kerja yang melibatkan parti amat tidak digemari oleh sidek.

Banyak lagi pendedahan pendedahan yang bakal menyusul mengenai KSN, KSU serta kakitangan kerajaan yang terang terang memboikot dan mensabotaj tindakan dan gerakan PM dan Menteri yang akhirnya dilihat Menteri GAGAL berfungsi...

Terbaru apabila Nazri terpaksa meminta maaf di Parlimen semalam kerana kesilapan, kecuaian dan kelemahan pegawai dan kakitangan kerajaan... kita tak kata semua! tapi segelintir pengkhianat didalam kerajaan sudah cukup untuk 'menghuruharakan' perjalanan sesebuah kerajaan....

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. salam kalau dah tak seia sekata bersama pm dan tpm resign aje jd ksu bagaimana nak membantu egara kalaukita ada pegawai kerajaan yang tidak perihatin dengan politik sedangkan UMNO lah yang menjadikan mereka berkuasa dalam negara

    BalasPadam
  2. Kalau ikut sistem pun PM yang berkuasa...dema nie kalau dah malas n tentang kerajaan patutnya letak ajer jawatan tue...jalankanlah dasar yang PM nak uat...bodoh..makan gaji buta...

    BalasPadam