Isnin, 16 Disember 2013

Tang Ini Slow Pulak BN Bergerak..!


Lupakan apa yang orang lain kata tentang BN..kalau ada yang kata BN barang naik..buat dono jer..! sebab apa pulak nak marah..! sebab realitinya selepas PRU 13 yang lalu BN memang nampaknya berazam untuk membuktikan apa yang didakwa oleh puak pembangkang selama ini itu benar lagi betul..! 

Cerita yang nak dikongsi pepagi senin ni bukan hal barang naik..! tapi cara BN sesama komponen bekerja yang selama ini dilihat jauh perlahan dari siput khinzir bergerak..! dah 2 pilihanraya umum rakyat menafikan sokongan dan kemenangan 2/3 BN di Parlimen nampaknya para pembesar BN seakan baru sedar dan perasan bahawa mereka cukup slow dalam membuat keputusan..!

Tapi biasa ler pasti ada yang berkata biar lambar brother asal ada perubahan..! macam kenaikan kenaikan yang telah, sedang dan akan berlaku tu..bukan kerana BN sengaja nak seksa poket rakyat tapi semua yang naik tu dah lama dah..dah berbelas tahun pun tak naik..jadi apa salah naik…!!! kan..! kan..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Cadangan untuk mengguna pakai kaedah majoriti mudah berbanding sistem konsensus yang kini diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membuat keputusan akan dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN pada tahun depan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perlembagaan BN perlu dipinda untuk membolehkan kaedah undi majoriti dilaksanakan.


Sekiranya sebuah parti komponen tidak bersetuju terhadap sesuatu cadangan maka ia tidak akan diteruskan (mengikut sistem konsensus). Saya sebagai Setiausaha BN akan mencadangkan agar mengkaji dan meminda semula perlembagaan BN untuk menggunakan kaedah majoriti mudah. 

"Perkara ini saya telah maklumkan kepada perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India se-Malaysia (IPF) ke-21 di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan