Jumaat, 21 Oktober 2011

Hatijah Am Ajak Seks Berjemaah Secara Roh Pulak...!


Penulis buku kontroversi Seks Islam, Hatijah Aam hari ini tampil mempertahankan penerbitan buku panduan yang didakwa menampilkan ajaran untuk melakukan hubungan seks di antara suami isteri secara kerohanian.

Hatijah berkata, beliau setentunya telah ditahan pihak berkuasa sekiranya ajaran yang dibawa dalam buku dengan tajuk kecil Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia itu tidak sah di sisi Islam.

"Patutnya bila pihak berkuasa tahu, sebab kami bercakap dengan (polis) Bukit Aman, dengan cawangan khas (polis). Sepatutnya bila mereka tahu (Seks Islam diterbitkan) tentu dia kata 'ha, ini mesti nak buat hiruk pikuk, buat kesesatan lagi.'

"Tangkap sajalah. Tapi tak tangkap pun. Dia pun seronok tentang seks. Memang seronok, nak tahu macam mana nak goda isteri sampai gilakan suami," kata Hatijah yang juga isteri kepada pengasas kumpulan al-Arqam, allahyarham Ashaari Muhammad.

Apa lah nasib kerajaan hari ni.. pihak berkuasa yang patut menjalankan tugas dan tanggungjawab menegakkan kebenaran pun boleh dianjing anjing kan oleh puak puak yang sesat..

Kalau benar kerajaan mengharamkan buku ini, maka langkah seterusnya ialah memanggil penulis buku tersebut dan berbincanglah, jika berkeras juga dengan kesesatan yang nyata maka ambil lah tindakan agar ummah tidak terus diseleweng dan disesatkan!

Itu Amanah dan tanggungjawab yang bakal ditanya kepada mereka yang dipertanggungjawabkan...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan