Selasa, 18 Oktober 2011

Senarai Calon BN..

YAB PM merangkap Pengerusi Barisan Nasional telah menggariskan bahawa calon yang bakal ditolak ditengah gelanggang bagi mewakili BN didalam PRU ke 13 nanti mestilah seorang yang disifatkan sebagai "winable candidate".

Persoalan berkenaan kriteria winable candidate itu pasti menjadi persoalan pokok yang dicanai tak kurang yang berbuih buih menyanyi bahawa mereka juga tergolong didalam saf calon boleh menang dalam pilihanraya umum yang bakal berlangsung itu.

Namun pastinya YAB PM bersama YAB TPM akan duduk semeja bersama sama Ketua Ketua Parti Komponen dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Negeri untuk menentukan siapakah yang bakal dalam senarai akhir yang akan diturunkan didalam gelanggang.

Satu perkara yang mesti diambil kira dan diharap menjadi syarat pokok dalam menentukan senarai calon boleh menang ini ialah bakal bakal calon ini mesti terbukti taat dan setia kepada parti!

Ini perlu kerana dalam suasana politik menang mudah atau tidak mendapat majoriti 2/3 sekarang calon atau wakil rakyat Barisan Nasional tidak mampu dan tidak boleh sesekali dibenarkan bersikap talam dua muka, mudah merajuk jika tidak dilantik didalam kabinet serta goyah dengan pujuk rayu Anwar Aljuburi.

Jenis tiada ketaatan dan kesetiaan ini mesti dinyahkan dari senarai winable candidate walaupun memang mereka ini dilihat mampu memenangi sesuatu kerusi jika dicalonkan.

PM dan parti serta rakyat dan pengundi tidak sesekali boleh diugut hanya kerana seseorang tidak mendapat habuan bagi memenuhi tembolok mereka sendiri.

Lu Fikir La Sendiri!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan