Isnin, 31 Oktober 2011

Ni PAGE Berapa Ni?

"Jika ia berunsur politik, beri kami pilihan PPSMI di sekolah rendah dan menengah, dan kami akan beri kamu majoriti dua pertiga, yang sukar untuk kami.

"Jangan sampai undi ini kami beri pada pembangkang," katanya dengan nada amaran.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) mendakwa, kedua-dua pihak ibu bapa dan kanak-kanak telah "musnah" ekoran tindakan kerajaan menafikan pilihan terhadap dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

"Selepas melaksanakan dasar ini selama sembilan tahun, semua guru Sains dan Matematik, patut mampu mengajarnya dalam kedua-dua bahasa dan dalam masa yang sama tiada kekurangan," kata Pengerusi Page Noor Azimah Abdul Rahim.

Lain Yang bengkak! Lain yang bernanah! Inilah natijah bila semua mendabik dada apa yang negara boleh beri kepada mereka sedangkan puak puak ni tak sedikit pun bertanya apa pula sumbangan mereka kepada negara!

Siapa yang tak mahu anak anak berjaya? Siapa yang tak mahu menguasai pelbagai bahasa? Kalau datang berbincang dengan menegak keputusan masing masing tentu takkan ada penyudah, lagi kan pula datang dengan ugutan dan kecaman!

Kita semua tahu kegagalan PPSMI datang dari kelemahan guru yang tidak menguasai BI malah ada guru BI sendiri yang tidak menutur bahasa inggeris diluar masa teks pembelajaran kepada murid.

Kalau guru sendiri kencing berdiri bagaimana dengan murid murid yang terpaksa kencing berlari! Kesannya murid menjawab kertas peperiksaan berpandu kepada arahan yang ditulis didalam BM, kalau memahami soalan itu pun gagal diterima baik oleh pelajar sudah tentu kualiti jawapan yang diberi tidak sukar untuk kita duga.

Kita juga tidak mahu membina jurang pelajar di sekolah bandar dan luar bandar. Oleh yang demikian pelaksanaan MBMMBI pasti mengambil kira permasalahan yang timbul akibat dari kegagalan PPSMI yang telah pun 9 tahun dilaksana dengan kos yang disebut sebanyak 3 bilion ringgit.

Oleh kerana kos dan masa pelaksanaannya dulu lah ada pengetua, guru dan sekolah terutama dibandar bandar yang dilihat telah tersedia, lengkap dan tidak mempunyai masaalah menjayakan PPSMI.

Kalau dah memang berjaya maka tak susah rasanya untuk mengekalkan mood dan standart yang ada bagi kepentingan pelajar sedia ada. Sebab hanya nak mengekalkan prestasi berbanding pelajar ulu dan cerok yang masih terkial kial nak menghafal london bridge is falling down!

LU FIKIR LA SENDIRI
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan