Ahad, 23 Oktober 2011

Ismail Sabri Buktikan Tian Chua Cekik Lebih Tapi Nak Bayar Murah...!


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang kononnya harga Menu Rakyat 1Malaysia hanyalah pembohongan semata-mata.

Sebaliknya, beliau menganggap dakwaan Ahli Parlimen pembangkang itu sebagai mencari peluang menyalahkan kerajaan dengan sengaja mengada-adakan cerita.

Menurut Ismail Sabri, kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Restoran Ukhwah baru-baru ini adalah untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang dijual kepada rakyat dengan harga yang ditawarkan.

"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4, malah ada yang lebih murah, tapi ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi Perdana Menteri hendak rasa kualiti lauk tersebut.

"Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," katanya ketika ditemui selepas perasmian majlis Program Francais Komuniti di sini, hari ini.

Menurutnya, jika penguna mangambil makanan seperti yang ditetapkan dalam menu dan membayar harga yang tercatat, maka tidak timbul isu pembohongan.

Bodoh punya tian chua! bodoh punya pembunuh yang melanggar askar melayu di Johor tu! bodoh punya tian chua yang menipu mengeluarkan gambar PM makan dengan altantuya!!!

Kalau dah kau dan kuda belang bongok kau melantak lebih dari menu yang ditetapkan kena lah bayar lebih!!! apa kau ingat kedai tu mak bapak kau punya! jenis bangsat nak makan dan mencekik rakyat kerdil ni tak boleh dibiarkan!!!

Lu fikir la sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan