Ahad, 16 Oktober 2011

Jangan Menggali Kubor Sendiri..!


Arahan lebih jelas bagaimana bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata terdapat banyak pertanyaan dari orang ramai mengenai perkara itu dan ia perlu diselesaikan segera sebelum menjadi kontroversi.

Bantuan khas itu diumumkan dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini. "Ramai orang telah bertanya cara untuk memohonnya. Apa definisinya dan cara untuk mengira pendapatan mereka.

Kegusaran ini sebenarnya disambut tatkala hati gembira mendengar ucapan bajet PM pada Jumaat 7 Oktober yang lalu, dulu ada kes di negeri yang dilanda banjir, duit bantuan memakan masa lebih setahun baru dapat diserahkan kepada mereka yang layak menerimanya.

Rabu lalu, Awang Adek dalam jawapan di Parlimen menyebut bahawa mereka mungkin boleh mendaftakan diri di pejabat LHDN, soalnya Timbalan Menteri ni tau tak yang pejabat LHDN tak berada di semua bandar bandar di Daerah dalam negara jauh sekali di pekan pekan kecil dan besar...tentunya masaalah lojistik akan berlaku.. ini belum lagi isu yang bakal dinyanyikan oleh pembangkang bahawa tujuan kerajaan untuk mendapatkan data rakyat yang masih ramai belum mendaftar di Lembaga Hasil...cukai beb...cukai!!!

Dalam pada itu Awang Adek juga berkata bahawa data e-kasih juga boleh digunakan... Awang Adek ni sama ada mengidap sakit lupa ingatan atau tak mampu berfikir atau sekadar mahu menjawab! data e-kasih kan masih lagi dibekukan!!! ini kerana banyak penyelewengan nama yang didaftarkan hingga ada satu keluarga mendapat 3-4 bantuan hingga menimbulkan kontroversi dan memaksa Kerajaan menggantung data tersebut...itu kita tanya Noh Omar...

Niat Kerajaan BN baik! Niat YAB PM Baik! yang masih lagi tak baik, yang masih lagi kurang baik ialah delivery system...sistem penyampaian!!! Diharap Kabinet dapat menghalusi kaedah dan cara yang terbaik bagi menyampaikan bantuan tersebut...!

Siapa jua boleh kata dia berpendapatan RM3000 kebawah..! malah kalau dia ada 3 bini pun setiap bini pasti akan cuba dinamakan sebagai layak..! itu sifat manusia!!! maka siapa yang layak untuk menentukan mereka layak atau tidak? dimana data ini diproses? berapa lama? agensi mana yang bakal mengeluarkan bayaran? semuanya mesti dicanai sebaik mungkin!!!

Ini belum lagi bersangkut kepada kakitangan kerajaan yang memang bersedia melihat bantuan ini gagal dilaksana atau menimbulkan masaalah dengan pelbagai cara! sikap menikam Kerajaan dari belakang! duri dalam daging! api dalam sekam memang diakui ramai didalam Kerajaan BN hari ini!!! Itu Sidek tak peduli! yang dia peduli macam mana kontrak dia sebagai KSN boleh disambung dan disambung lagi...

Kepada Allah berserah...semoga niat baik ini dapat disampaikan secara baik...agar semuanya menjadi baik!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan