Rabu, 23 Oktober 2013

Pegawai Bank Mati Kena Tembak..! Pagar Makan Padi..!


Haram jadah punya manusia..! harapkan pagar..! pagar makan padi..! Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan disisi para solehin...! Amin.

Al~Fatihah...

Tak tergamak nak uplode gambar mangsa..nak tengok cari ler sendiri!!!

Subang Jaya: Seorang pegawai operasi sebuah bank di sini, maut ditembak dalam satu kejadian rompakan oleh pegawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2, petang tadi. 

Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, yang sudah berkhidmat 16 tahun dengan bank berkenaan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek. 

Ketika kejadian, mangsa bersama suspek berusia 37 tahun serta tiga lagi pekerja wanita bank berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian. 

Suspek yang berjaya mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. This desig is wicked! You definitely know h&X6f;&X77; to κeep
    a reader amuseԁ. Betw&X65;en your wit and y&X6F;ur videos,
    I &X77;as almost move&X64; to start my own blοg (w&X65;ll, alm&X6F;st...HaHa!) Wonder&X66;ul j&X6F;b.
    I гeally enjοуeԁ what you had to say, and morе
    than that, how уou presеnted it.
    Tooo сool!

    Lookk a&X74; m&X79; weblog: how do i Unlock my iphone 4 forgot passcode

    BalasPadam