Sabtu, 19 Oktober 2013

Bukti Mukhriz Dibohong UMNO Kedah...!


Kita dah agak..dan kita dah huraikan isu sembang UMNO Kedah yang boleg dibaca di sini. Berita dari sahabat blogger Mc Theory berkata...



Ini adalah 'Cai' Pokok Sena..

Pada pembaca yang tak faham apa itu 'Cai'. Cai bermaksud 'Tips' dari mana-mana kumpulan yang mahu orang-orangnya dipilih atau orang yang disokongnya dipilih. Semua bahagian keluarkan tips ini yang lebih dikenali sebagai Cai untuk memudahkan perwakilan mengisi siapa yang layak kedalam borang undian nanti.

Bila kita sebut Kedah, sudah tentu kita tahu bahawa Dato Mukhriz Mahathir bertanding Naib Presiden UMNO. Sebagai Menteri Besar Kedah dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, adalah wajib setiap bahagian di Kedah 'menyarankan' dan memasukkan nama beliau dalam Cai dibahagian tersebut.

Itu adalah kebiasaan, mestilah bahagian di Kedah menyokong beliau. Namun adalah pelik apabila ada bahagian yang tidak memasukkan nama beliau sebagai calon Naib Presiden yang wajib dipilih!! Pada pemulaan Cai dikeluarkan memang ada nombor 05 sebagai pilihan. Tapi selepas tengah malam keluar pulak Cai baru yang tiada nombor 05 untuk Naib Presiden!

Kenapa agaknya?

Gambar diatas adalah Cai yang tiada nombor 05 dalam senarai Naib Presiden. Malah Cai tersebut Mc difahamkan, dibuat oleh kumpulan Ketua Bahagian Pokok Sena sendiri. Mat Lebai Sudin, kenapa agaknya bahagian Pokok Sena menolak Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sendiri?

Sudahlah dalam rekod, Pokok Sena antara Bahagian yang mempunyai masalah dalaman paling banyak. Kali ni Pokok Sena juga mengkhianati ketua mereka sendiri.

Apakah Ketua Bahagian Pokok Sena mempunyai masalah dengan Dato Mukhriz? Hanya dia saja yang boleh jawab. Tapi bagi Mc, Lebai Sudin tidak layak untuk menjadi Ketua Bahagian Pokok Sena lagi. Kalau ada orang Pokok Sena nak angkat lagi dia ni jadi Ketua Bahagian, memang 'tut' betul la.


Tranformasikan Pokok Sena!! Tolak Lebai Sudin dari jawatan Ketua Bahagian!! 

McTheory:
Selagi Mat LESU ni ada.. selagi tu laa.. Pokok Sena tak berubah! 

LU FIKIR LA SENDIRI!!!
SUMBER

2 ulasan:

  1. ADE TUKANG CAI X PUAS HATI BROO...MUKHRIZ KENA BERTAHAN BROO...APE PUN GUA RASE PELUANG MUKHRIZ MENANG TAMBAH CERAH MCM LAMPU MENTOL SPOTLITE STADIUM DARULAMAN BROO HUHUHU

    BalasPadam
  2. Kemaraan Mukhriz baru bermula.......
    Tun M pun naik setelah jatuh tersembam berkali-kali.....
    Halangan ke atas Mukhriz akan membuat sokongan kepadanya bertambah kuat.....
    Ombak dan badai tak mungkin boleh nak ditahan......
    Mukhriz akan terus mara demi Melayu.......

    BalasPadam