Selasa, 23 Disember 2014

Akal Cuma 25 Sen Ajer..!


Patut ler..!

Zam : The Star guna 25 Melayu Ternama 

serang Melayu dan Islam



Kenyataan mereka tidak akan dianggap sebagai provokasi atau hasutan terhadap
Melayu dan Islam kerana mereka adalah Melayu dan Islam dan berkedudukan tinggi
dalam masyarakat dan negara.
Zainudin-Maidin
KUALA LUMPUR : Zainudin Maidin
beranggapan tujuan dan matlamat The
Star mempromosikan 25 Melayu
Ternama adalahuntuk menggunakan
orang Melayu menuding
jari kepada orang Melayu dan Islam.

“Tidak heranlah kalau The Star
mempromosikan 25 Melayu Ternama
ini dengan matlamat untuk menutup
hasrat tersirat The Star, yang merupakan
juara ultra liberal, ekstremis dan bigot
bukan Melayu dengan menggunakan
orang Melayu untuk menuding jari kepada orang Melayu dan Islam.”

Beliau mengulas kenyataan jurucakap mereka, Datuk Noor Farida yang bersikap
ultra liberalis Melayu yang tidak mempedulikan sensitiviti orang Islam dan Melayu
kerana nafsu besar hendak menonjolkan diri sebagai orang yang bersama dengan
golongan liberalis dan sekularis bukan Islam dan bukan Melayu hingga langsung
tidak mengimbanginya dengan perasaan orang Islam.

Zainuddin menyimpulkan The Star menggunakan 25 Melayu Ternama kerana
Kementerian Dalam Negeri tidak akan menanggapi kenyataan Farida sebagai
provokasi dan hasutan terhadap Melayu dan Islam kerana beliau adalah seorang
Melayu dan Islam dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan negara.

Kalau kenyataan seperti ini datang dari bukan Melayu atau DAP, maka ianya
tentu akan dianggap sebagai provokasi dan hasutan.
Farida, yang juga bekas duta, di dalam interview dengan Sunday Star
pada 14 Disember lalu telah mengungkit isu sebuah surau di Mersing, Johor
yang dirobohkan kerana telah digunakan oleh orang Budha untuk bermeditasi.

“Harus ingat orang Islam dan bukan Islam telah hidup bersama di negara ini
sekian lama dengan saling menghormati antara satu sama lain dan mempunyai
rumah ibadat agama masing-masing. Orang Islam bersembahyang di Masjid,
orang Cina di Tokong , orang India di Kuil Hindu dan penganut agama Kristian
di Gereja,” kata Zainuddin di dalam blognya zamkata.blogspot.com.

Menurut Zainuddin, norma dan nilai yang dipraktekkan masyarakat beragama
selama ini tidak pernah menjadi persoalan dan tidak pernah dipersengketakan
kerana adanya hubungan saling hormat menghormati. Namun, bila ada kejadian
di luar norma maka ia akan menimbulkan kemarahan kepada yang bersangkutan
kerana adanya pencerobohan terhadap norma dan nilai yang di hormati selama ini.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Zam bertanya apakah Farida memikirkan
bagaimana pula jika orang Islam tiba- tiba pergi bersembahyang di Tokong Cina,
di Kuil Hindu atau di Gereja Kristian? “Tidakkah mereka akan dianggap sebagai
hendak memaksa Islam keatas orang bukan Islam atau hendak menceroboh rumah
ibadat suci agama lain? Inikah pemikiran seorang bekas diplomat.
Inikah diplomatic decorum?” tanya Zam.

Zam menegaskan bahawa 25 Melayu Ternama ini hanya menambah masalah
dan memburukkan imej Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak yang terpaksa membatalkan hasratnya untuk memansuhkan Akta Hasutan
demi memenuhi keinginan akar umbi UMNO. “25 Melayu Ternama tidak memahami
proses sosial dan politik negara di akar umbi kerana mereka telah sekian lama berada
di awan dan terpisah dari negara asal.”

Kemunculan 25 Melayu Ternama; Zam meneka; adalah atas inisiatif Global Movement
of Moderates (GMM) yang dipengerusikan oleh bekas Presiden Bangsa-Bangsa Bersatu
Tan Sri Razali Ismail, CEO GMM iaitu liberalis UMNO dan bekas Timbalan Menteri
Pelajaran Saifuddin dan anggota lembaga pengarah The Star yang juga bekas
Ketua Pengarang dan CEOnya iaitu Datuk Wong Chun Wai.

Zam mengakhiri penulisannya dengan berjanji untuk menunjukkan bukti dalam posting
berikutnya tentang, “bagaimana 25 Melayu Ternama ini menghina UMNO dengan
mendakwa UMNO menganggap tidak ada bukan Melayu di negara ini disamping
mengecam semua Institusi Islam dan juga Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri
Jamil Khir.”

“Adakah Najib sedar akan pekara ini? Kita tunggu dan lihat.”

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. 25 orang ini mengepalai angkatan dan kumpulan tidak berdaftar dan selindung belakang tabir Wong chun wit mengistihar perang proxy keatas orang Melayu Islam.
    Setiap hari akhbar Star mengkipas angin hasutan dan pengikut nya di siar kan di Akjbar STAR.
    Siapa yang provokasi di sini.?
    Adakah Wong dan Ah Jib Saifudin GMM se barisan hendak bangkitkan extreme moderation ? Ah Jib--kamu buat silap langkah politik terbesar.
    Tun Dor buka semua pintu.
    Clueless bagi master key dan kunci duplikate kapada tongkang turun.
    Clueless Bapak Moderation, dan beri ucapan merata dunia dan PBB agar ikut clueless moderation.
    Konon nya moderation akan padam kan semua masaalah.
    Ucapan di PBB ada 6 kerat aja yang dengar.
    Ayam sambung, ayam didik Saiffudin jadi GMM CEO,NGO yang yang dapat sokongan penuh Ah Pek Wong chun wai yang sangat sangat amat berdendam dengan bangsa Melayu dan Islam..
    Akhbar STAR tuju kan moderation kapada cina cristian English spikers sahaja .memberi gambaran STAR MODERATES dan ENGLISH SPIKERS akan di pinggirkan OLIh CLUELESS.MCA sen lantang menjagohi MODERATION konon.
    Saya kata kapada mereka sesmua GMM Moderates,Wong,STAR,MCA: KAMU adalah extremist yang macam pisang.kulit kuning,isi putih.
    Saya kutup kamu semua dan kumpulan kumpulan ikutan suara suara sumbang voices in isolation,konon nya moderation,
    yang di siar besar besaran olih Akhbar Star.

    CLUELESS adalah anglophile terulong sekali dalam kumpulan moderate ,di apit oli Wong danTan Sri PHeng,sahabat perniagaan baik kerabat negeris CLUELESS.

    Dengan latar belakang macam ini, sudah tentu 25 orang pisang dapat sokongan dari kaum tongkang turun.
    Ah Jib Gor sudah clueless ,lagi bangang moderate.
    Tarikh luput AH JIB pada bulan Mac 2013.
    Reseb BNM sudah turun kapada kurang 394billionRM,.
    Ah Jib rasa dia hebat lagi.
    Saya sokong seruan Syed Rosli.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam
  2. 25 melayu tu mana turun kampung dan bergaul sama orang melayu. makan kat tempat mahal, rumah kawasan elit, kalu buat gotong royong mungkin guna bibir, jari dan lidah sahaja. nak turun masuk longkang cam mb selangor tu maaf la rasanya. so nak caya ker cakap mereka tu. mungkin mereka ingat mereka jer melayu yang cerdik pandai

    BalasPadam
  3. Yang paling aku takut ialah celup cam Zainuddin Maidin dan Ridhuan Tee dsbnya kerana ada agenda tersirat untuk memecah belahkan rakyat mengikut perkauman.

    BalasPadam