Ahad, 14 Disember 2014

MB Pahang Saman Utusan..!


Isu ni boleh selesai baik jika pihak Utusan mohon maaf...habis cerita..! Tapi biasa la kan...!

Yang kena saman pun hanya Utusan bukannya individu tertentu didalam syarikat akhbar tu..!

Kalau individu pasti ada yang berpeluh kan..!

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman sivil RM15 juta ke atas akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki partinya.

Saman itu difailkan atas satu tulisan lidah pengarang akhbar tersebut, Awang Selamat, bertajuk 'Hebat sangatkah Adnan?’

Adnan menamakan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defendan tunggal dan writ tersebut difailkan pada 5 Disember oleh firma Americk Sidhu di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu ini dan dikemukakan kepada Utusan semalam.

Tulisan itu mendakwa Adnan sudah melebihi tempoh sebagai menteri besar.

Adnan yang merupakan anggota majlis tertinggi Umno menjadi MB Pahang selama 15 tahun, sejak 1999, yang menjadikannya seorang pemimpin Umno yang paling lama berkhidmat sebagai MB.

Utusan melancarkan serangan itu ke atas Adnan susulan kenyataan menteri besar tersebut berhubung tragedi banjir lumpur di Cameron Highlands pada bulan lalu.

MB Pahang itu berkata, tulisan Awang tersebut menyebabkan timbul tohmahan, cemuhan dan kebencian ke atasnya daripada orang awam.

Adnan mendakwa tulisan itu antara lainnya membawa maksud bahawa beliau tiada integriti, gagal melaksanakan tugas.

Sumber - malaysiakini.

Kesian UMNO...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. yg penting sudah ada tindakan ke atas ladang sayur haram...sodok semua ladang haram guna jcb...itu yg rakyat nak tengok....berapa peratus ladang haram yg telah di musnah juga perlu di war warkan....munkin baru 5 % kot...

    BalasPadam
  2. Setiap hari aku beli akhbar utusan,tulisan zulkifli bakar yang aku paling ternanti2....m.b bod.....!!!!

    BalasPadam
  3. saman -saman la pulak...

    BalasPadam