Sabtu, 20 Disember 2014

Nak Berapa Ratus Laporan Polis Pulak..!


Dalam isu Kalimah sebelum ni beratus laporan Polis dibuat..! Dalam les Sultan Perak beratus juga laporan Polis dibuat..! Tapi apa tindakan? HAMPEHHH..!!!

Jadi dalam isu Kalimah 2.0 ni agak agak AG nak berapa ratus lagi laporan Polis?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah 'Allah'.
Timbalan Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang Azmi Alang yang mengetuai ahli Perkasa dalam membuat laporan polis itu, berkata pihaknya menggesa polis mengambil tindakan keras terhadap Lim yang dilihat cuba mempersenda kalimah 'Allah'.
Beliau berkata sebagai seorang pemimpin yang mendapat sokongan rakyat di negeri ini Lim seharusnya peka hal-hal berkaitan agama dan bangsa lain.
"Kami juga menyerahkan memorandum kepada polis supaya tindakan dapat diambil ke atas ketua menteri. Sebagai ketua menteri, dia (Lim) mesti tahu asal usul agama Islam dan agama-agama lain di negeri ini. Dia tak boleh mempertikaikan hak-hak agama lain.
"Kenyataan itu juga seperti mempertikai Yang di-Pertuan Agong, ketua agama negara (dan Pulau Pinang)... kita pun menghormati bangsa lain, kenapa dia nak mempertikaikan orang Melayu dan agama Islam," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Jumaat lepas beberapa portal melaporkan bahawa Lim memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah 'Allah'.
Lim juga dilapor berkata larangan penggunaan kalimah 'Allah' yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Sementara itu, seramai 30 ahli Perkasa berhimpun di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi menyatakan bantahan terhadap kebenaran pengunaan kalimah 'Allah' kepada orang bukan Islam.
Suasana menjadi tegang apabila kumpulan itu tiba di perkarangan Komtar pada pukul 2.30 petang dan cuba naik ke pusat pentadbiran kerajaan negeri di tingkat tiga untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim, namun dihalang polis.
Mereka yang tidak berpuas hati melaung nama ketua menteri dan Malik dari bawah sambil bertakbir dan mendesak kedua-dua mereka turun.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang itu tidak muncul dan memorandum itu diserah kepada pembantu khas Malik, Ziezul Hakim Zainol.
Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin mendesak Malik menjalankan tugasnya dengan menasihati ketua menteri yang mungkin tidak faham mengenai hal ehwal agama Islam dan menarik semula kenyataan itu.
"Sokongan yang dibuat beliau (Malik) terhadap kenyataan ketua menteri baru-baru ini mengecewakan kami. Kalau beliau tak mampu bela kepentingan orang Islam di negeri ini beliau patut letak jawatan," katanya.
Malik pada sidang akhbar pada Rabu lepas berkata kenyataan Lim bahawa fatwa itu hanya terpakai untuk orang Islam adalah kenyataan yang berasaskan fakta bukan satu dasar.
Beliau berpendapat Lim tidak melakukan sebarang kesalahan dan meminta pihak tertentu supaya tidak memanjangkan isu berkenaan.
Sementara itu di Ipoh, kira-kira 100 ahli beberapa NGO mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat DAP Perak di Medan Istana bagi membantah kenyataan Lim itu.
Antara NGO itu ialah Perkasa, Majlis Ayahanda-ayahanda Perak, Pertubuhan Merong Wangsa Perak dan Persatuan Anak-anak Perak.
Mereka yang membawa sepanduk dan kain rentang turut menyerahkan satu memorandum kepada wakil DAP iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi Ong Boon Piaw.
Exco Wira Perkasa Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan bantahan berhubung kenyataan Lim yang merupakan satu provokasi melampau dan dilihat sengaja memainkan isu kalimah 'Allah'.
"Apa yang dibuat oleh Lim mencabar Perlembagaan negara serta beliau menidakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama serta Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa kalimah Allah adalah hak milik umat Islam.
"Tidak wajar bagi Lim terus memprovokasi umat Islam dengan kenyataan sebegini. Sekiranya beliau nak berpolitik, berpolitiklah tetapi jangan campur urusan umat Islam. Itu bukan cara hidup kita di Malaysia," katanya. – Bernama

2 ulasan:

  1. Apa nak heran,sama mcm bos dia jgk biawak hidup

    BalasPadam
  2. Melayu penang mmg semulajadi bangsat.anak muda mereka lebih suka merempit dan menghisap ganja.habis sekolah bercita2 nak kerja kilang.mmg patut pun melayu penang dihalau ke hutan.jenis melayu bangsat dan pemalas.bangga dgn tanah yg dijual pd cina.pastu ambik plak mamak celaka harbi jd ketua.lg la kena tipu dgn puak2 mamak celaka..mmg patut pun melayu penang kena tindas..

    BalasPadam