Sabtu, 13 Disember 2014

Peluang 1MDB Memberi Tahu Dunia..!


Apa citer..?

KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tentang pentadbiran kewangan syarikat hakmilik kerajaan itu.

Beliau berkata siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi syarikat tersebut.

“Saya memohon pihak polis supaya membuat satu siasatan yang rapi terhadap seluruh kakitangan pentadbiran yang terlibat dalam transaksi syarikat yang meragukan,” kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.

Beliau menegaskan urus niaga syarikat tersebut sangat merisaukan kerana ia mencakupi jumlah wang yang cukup besar.

"Ia merisaukan kita kerana urus tadbir dana 1MDB ini mencakupi jumlah kewangan yang cukup besar. Kalau kita tengok, tiga mantan menteri kewangan telah meluahkan rasa risau mereka terhadap urus tadbir wang 1MDB," kata Khairuddin.

Selain itu, beliau juga ingin tahu dari mana 1MDB mendapat kelulusan dana tersebut kerana dakwanya ia melibatkan jumlah wang rakyat yang begitu banyak.

Khairuddin turut mempersoalkan sama ada dana itu mendapat kelulusan dari pihak Kabinet atau tidak, serta pihak mana yang membuat laporan penilaian terhadap aset-aset tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tersebut.

"Bagi saya ianya tiada kaitan dengan Datuk Seri Najib meskipun beliau Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, dan 1MDB ditubuhkan oleh Najib.

"Ini lumrah manusia. Ada kalanya kerajaan mungkin mempunyai niat baik untuk tubuhkan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama kita terlepas pandang banyak perkara. Perdana Menteri mungkin tidak tahu apa yang berlaku dalam 1MDB," jelasnya.

Khairuddin dalam laporannya antara lain turut menggesa pihak polis menyiasat kadar faedah yang lebih tinggi daripada kadar biasa yang sering dibayar 1MDB ke atas peminjam; menyiasat sebab 1MDB membayar yuran yang begitu tinggi kepada syarikat Goldman Sachs; menyiasat terperinci hutang 1MDB sehingga mencecah RM41.9 bilion; serta menyiasat simpanan dana 1MDB di Cayman Islands dan beberapa lagi transaksi termasuk pembelian tanah di beberapa tempat.

Katanya, sehingga kini kesemua bahan bukti yang telah diketengahkan oleh media masih belum dinafikan oleh pihak 1MDB.

Selain itu, beliau turut akan membuat laporan terhadap 1MDB di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada minggu hadapan.

Isu 1MDB menjadi hangat setelah syarikat yang milik penuh kerajaan itu dikatakan mengalami kerugian hampir RM38 bilion.

Biar lah pihak berkuasa menjalankan siasatan..! Yang putih itu jelas..! Yang hitam itu juga jelas..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Agihan harta sesama sendiri,almaklum dah tahu pru14 nak mampus.....!!!!

    BalasPadam
  2. SETUJU SIASAT.......DATO NAJIB TAKKKAN TAK PERASAN KUT .......NILAH PUNCA RASUAH BERLELUASA DI MALAYSIA......PELUANG BUAT RASUAH TERLALU BANYAK....HERET SEMUA TERLIBAT KEMUKA PENGADILAN......HARAP2 PM TAK TERLIBAT...

    BalasPadam
  3. Mahukah kita percaya jika polis dan SPRM kata semuanya ok dan ikut peraturan?dan tiada salah laku dan salah urus.Persoalanya beranikah SPRM siasat najib dan orang orang pengurusan tertinggi !MDB?Tansri Lodin wok dah bagi penerangan yang tidak menyakinkan ......Habislah duit LTAT.....untuk beli bon IMDB.

    BalasPadam