Sabtu, 23 Mei 2009

Macam-Macam BABI ada...


Macam-macam BABI ada... itu mungkin boleh kita simpulkan apabila menatap gambar yang ada.
Begitulah gambaran pandangan yang berbeza dari manusia yang pelbagai latar belakang budaya dan agama kepada binatang najis muhallazah ini. bagi kita umat Islam jelas bahawa ianya HARAM malah kalau tersentuhnya pun mesti disucikan dengan air yang bercampur dengan tanah.

Masyarakat kita meletakkan babi sebagai binatang yang jijik dan keji, itu sebab kalau di kalangan rakyat kita marah dan bermulut celupar maka perkataan babi terpacul dari mulut sebagai ayat maki. Tentunya perempuan yang mendokong babi itu tidak akan memilih babi sebagai kata-kata maki. Apapun sebagai orang Islam hukum BABI ialah NAJIS dan HARAM bagi kita untuk menikmati dagingnya. Itu jelas...samikna waataqna..InsyaAllah.

Selain dari hukum agama yang menetapkan begitu, babi juga dikenali kerana sifat kotornya, malah dalam diri babi itu sendiri terdapat cacing yang kalau dimasak dengan suhu yang tinggi pun virus itu tidak akan mati. Diberitakan bahawa cacing pita yang terdapat dalam babi itu boleh mendatangkan tidak kurang dari 50 penyakit, selain itu ia juga menyebabkan si pemakan akan mendapat semula penyakit lama yang pernah beliau hidapi mahupun keturunan terdahulu.

Apa yang lebih teruk dari itu, saintis telah membuat penyelidikan bahawa babi melalui kerongkongnya berupaya untuk memproses virus baru untuk menjadikannya wabak bagi menyerang haiwan atau manusia yang lain. Itu sebab wabak Influenza A H1N1 yang menyerang dunia hari ini di kenali sebagai Swine Flu kerana diawalnya ia hanya menyerang babi tetapi telah berjaya diproses menjadi virus baru yang merbahaya hingga menjadi pendemik kepada dunia.

Diberitakan bahawa pendemik yang pertama telah berlaku dalam tahun 1918, apabila wabak yang berpunca dari babi ini dikenali sebagai Spanish flu telah meragut nyawa lebih dari 20 juta manusia di seluruh dunia. Hari ini apa yang kita namakan sebagai Influenza tahap A (nak jaga imej babi) dan bukannya B atau C yang kurang berbahaya, serta H1N1 ini dilaporkan seakan-akan sama dengan wabak yang berlaku dalam tahun 1918 itu. Apa yang membimbangkan WHO dan masyarakat dunia ialah sehingga kini vaksin sebenar bagi membunuh kuman atau virus ini masih belum dapat ditemui, yang ada hanya lah penawar bagi mengurangkan sakit sekiranya belum serius menyerang...Persoalannya pula satu dunia juga tahu bahawa yang menjadi punca kepada pendemik yang menakutkan ini ialah babi tetapi kenapa ianya seolah-olah tidak mahu disentuh dan di kaitkan akan kewujudannya...kenapa? Apa specialnya babi-babi ni...?

Tentulah special kerana dalam dunia ini hanya umat Islam sahaja yang tidak memakannya sedangkan masyarakat dunia begitu menggemari dan 'gian' akan kenikmatan dagingnya. Kesatuan Eropah (25,704 B) dan US (2,823 B) merupakan pengeksport babi terbesar di dunia dengan nilai anggaran dagangan lebih 28 Bilion US Dolar pada tahun 2007 diikuti oleh Kanada dan Mexico. Ini lah yang menjadi sebab kenapa Yahudi begitu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan penternakkan ini wujud dan terus berusaha untuk mewujudkan barang-barang keperluan bagi kegunaan manusia hasil dari produk binatang haram ini. Bagi Yahudi jawapannya mudah kerana tugas untuk menyesat dan merosakkan akidah umat Islam perlu terus mereka jalankan. babi betul lah babi-babi ni...

Semangat babi ni nampaknya tidak hanya berlaku dikalangan Yahudi dan negara luar malah ianya boleh dilihat di dalam negara. Sikap penternak yang membelakangkan undang-undang dengan mewujudkan penternakkan haram binatang haram ini jelas membimbangkan. Sikap peniaga babi yang menjual babi hidup ke Singapura juga perlu dipantau kerana najis-najis yang bertaburan sepanjang lebuh raya dan mencemar alam sekitar selain kotor dan boleh mengundang penyakit perlu diberikan perhatian serius pihak berkuasa.

Semangat babi ini juga nampaknya menyerap ke kalbu dan sanubari pihak penguasa, contohnya Kerajaan PR di Selangor dilihat begitu teruja dan bersemangat dalam menambah biak penternakkan babi. Malah Kajian dan Teknologi terkini akan dibawa masuk. FDI La katakan... Kedah juga tersasul untuk mengikut langkah tetapi mungkin tersedar dek bau busuk dan kotornya binatang ini yang boleh menyebabkan mereka terpalit sama. Nasib baik... Perak dan Negeri sembilan merupakan kubu kuat babi di dalam negara setakat ini. Kalau dibenarkan parti babi wujud rasanya Presiden dan Timbalan Presiden mesti datang dari penternak dan penjual babi dari dua negeri ini. Dah dasar BABI...makan babi, tido babi, hidup babi, nak buat macam mana!

Malah yang lebih teruk dan membimbangkan ialah kewujudan JIWA-JIWA BABI dikalangan rakyat telah mula menular dan membimbangkan. mungkin belum sampai kepada tahap wabak tapi simtom-simtom nya telah mula kelihatan. Dengan kewujudan puak-puak pelampau yang sentiasa membawa penyakit bagi merosak dan memusnahkan perpaduan dalam negara. Puak yang hidup hasil dari dasar baik dan bijaksana BN selama ini akhirnya memproses virus dan menyebar wabak dengan mengatakan nagara ini mengamalkan dasar perkauman dan membunuh etnik. Mengkhianati negara dan menderhaka kepada Raja. Puak yang merasa diri lebih Islam dari orang lain rela dan bersedia menggadai agama untuk ditunggang dan di kuda oleh puak-puak yang semakin terserlah wajah, hati, jiwa, perkataan dan perbuatan komunis.

Ini lah keadaan kita orang Islam dan melayu hari ini, kita di serang dari luar dan dalam sama ada binatang babi itu sendiri, mereka yang mengaut keuntungan lumayan hasil dari perniagaan babi, mereka yang ingin merosakkan akidah umat dengan najis babi atau penternak dan peniaga babi. Apa yang lebih malang ialah kewujudan jiwa-jiwa babi yang menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara. Dan lebih dikesalkan ianya diterajui oleh mereka yang mengakui bahawa BABI itu NAJIS dan HARAM tetapi menyuburkannya dalam hidup seharian....

Fikir-fikir lah...

Jumaat, 22 Mei 2009

DAP & Nizar Tersungkur...



Alhamdulilah...kepada YAB Dato Dr Zamri dan seluruh ADUN BN, sekarang masa bekerja dan terus berbakti kepada Raja dan Rakyat Perak.

Selamat dan Salam Perjuangan

Rabu, 20 Mei 2009

Apabila Harimau Hanya Boleh Melihat Dari Luar Tingkap...


Kesian..UMNO..kesian.. Muktamad!!! apabila PM Najib selaku Pengerusi BN dalam mesyuarat Tertinggi BN 2 hari lalu membuat keputusan bahawa UMNO/BN tidak akan menyertai PRK Penanti. Maka akan tercipta lah sejarah seperti mana yang penulis sebutkan dalam coretan 'sejak bila UMNO/BN takut menghadapi PRK?' bulan lalu.

Sejarah dimana pengundi-pengundi tegar BN yang selama ini turun ke pusat mengundi tidak pernah terlepas untuk memangkah lambang dacing atau BN akan terpaksa dan dipaksa untuk tidak mengundi? mengundi calon pembangkang? mengundi calon bebas? atau merosakkan undi?

Matlamat dalam perjuangan sesebuah parti politik adalah untuk memenangi pilihanraya, kerana dengan memenangi pilihanraya lah sesebuah parti politik akan mendapat dan mengekalkan kuasa. UMNO tidak terlepas dari prinsip, amalan dan matlamat yang sama. Persoalannya apakah UMNO telah tersasar dari matlamatnya?

Diberitakan bahawa dalam mesyuarat MT yang lalu pelbagai reaksi pro dan kontra berhubung keputusan bertanding atau tidak di Penanti dibangkitkan, Oleh kerana satu keputusan tidak dapat dicapai maka MT mengambil ketetapan menyerahkannya kepada JK Pengurusan Tertinggi Parti, JK Pengurusan yang bermesyuarat di bangunan Parlimen bulan lalu juga tidak membincangkannya kerana jelas orang yang sama telah menyatakan pendirian mereka di dalam mesyuarat MT yang lalu dan dibawa kepada Mesyuarat Tertinggi BN untuk di endorse kan sebagai keputusan bersama.

Walhal Presiden Najib telah pun mengumumkan akan pendirian beliau bulan lalu bahawa BN tidak akan menamakan calon bagi bertanding di dalam PRK penanti hujung bulan ini. Memang dalam menentukan keputusan kerajaan, seorang PM berkuasa dan berhak sebagai pemutus, tetapi didalam UMNO seharusnya seorang Presiden parti mendengar akan pendapat MT dan akar umbi sebelum membuat sesuatu keputusan. Malangnya ini tidak berlaku..

Dalam perbualan penulis dengan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian-bahagian kebanyakkannya merasa perlu untuk UMNO/BN bertanding termasuk lah keluhan seorang sahabat pengundi di dalam DUN Penanti yang kebingungan untuk menjalankan kewajipan sebagai rakyat yang berhak memilih kerana pilihannya tidak tersenarai di dalam kertas undi hanya kerana keputusan seorang Presiden yang berselindung dibalik jawapan bahawa PRK ini hanya lah permainan PKR dan membuang masa, membazir semata-mata.

Semua rakyat malah iblis sharon yang sedang nazak tu pun tau bahawa UMNO memulau PRK ini semata-mata bacaan kekalahan lebih besar dari kemenangan. Soalnya apakah benar bahawa sekiranya UMNO/BN bertanding maka jawapan kekalahan itu menjadi hak mutlak BN? dan Apakah mesti kemenangan berpihak kepada PKR?

Ada pendapat yang menyokong mengatakan bahawa UMNO boleh berpakat untuk memenangkan calon bebas.. Apa ini? Tidakkah ini menghina perjuangan parti namanya? Apa perjuangan parti boleh di permainkan sebegitu rupa? Sedangkan perjuangan parti adalah untuk mengangkat martabat, darjat dan harakat parti dan kemuncaknya ialah kemenangan di dalam pilihanraya.

Ada pula yang menyarankan agar pengundi-pengundi UMNO jangan keluar mengundi, kalau begini gaya dan cara berfikir macam mana kita nak memberikan suri teladan kepada anak muda jika kita sendiri menolak sistem demokrasi, demokrasi hanya terpakai apabila kita yakin kemenangan berpihak kepada kita sedangkan ianya kita tolak apabila ianya nampak merugikan kita. Kalau gitu...apa beza kita dengan nizar dan sivakumar?

Rasanya UMNO bahagian Permatang Pauh terutama cawangan-cawangan UMNO dalam DUN Penanti bolehlah dibubarkan. Kerana fungsi dan peranan mereka jelas tidak boleh membantu UMNO/BN dan pendapat mereka langsung diketepikan oleh pemimpin tertinggi parti. Macam mana lah agaknya pemimpin dan ahli UMNO PP dan DUN Penanti nak mengadap muka pengundi-pengundi yang selama ini menyokong parti siang-malam, susah-senang, gelap-terang?

Boleh diperkirakan bahawa akan ada pertandingan, maka tentunya pembangkang akan menggunakan pentas PRK ini untuk membelasah UMNO, BN dan Kerajaan. Sedihnya sebagai ahli dan rakyat yang menyokong UMNO dan BN hanya boleh menyaksikan sahaja segala fitnah dan dakyah yang disogok. Malah nak menaikkan bendera pun tidak akan dibenarkan kerana terikat dengan akta SPR. UMNO terutama UMNO PP hanya mendiamkan diri sepi.

Sedangkan ini lah masa UMNO dan BN menjelaskan akan arah tuju perjuangan parti yang diterajui oleh kepimpinan baru, Dasar karajaan yang baru, Isu Kerajaan Negeri Perak, Isu hak penjagaan anak, Liberalisasi, penghapusan MECD dll lagi yang memang memerlukan penjelasan yang jelas dan terperinci. Ini juga boleh menguji sejauh mana sokongan tetap dan bertambah, permasalahan rakyat di Penanti jangan diperlekeh kerana UMNO/BN masih memerlukan mereka kalau tidak sekarang tapi PRU 13 nanti tetap akan mengadap mereka. Kalau masa tu mereka masih melihatkan parut luka diperlakukan sebegini rupa macam mana?

Pemimpin UMNO perlu keluar dari takut kepada bayang-bayang. Terima hakikat bahawa UMNO/BN perlukan sokongan dan usaha menarik sokongan itu mesti terus berjalan sama ada di dalam Pilihanraya atau tidak. Masaalah dalam PKR itu hal dia dan jangan pulak dijadikan alasan. Kalau selepas ini ada lagi PRK maka apakah UMNO/BN akan terus memulau hanya kerana takut kesan kekalan.
Sedangkan kekalahan yang di igaukan belum tentu lagi benar dan tidak mustahil kemenangan akan diraih sekiranya UMNO/BN benar-benar mengatasi masaalah dan bukannya lari dari masaalah yang sebenarnya sedang menambah masaalah yang semakin parah... Apakah masih tidak diatasi masaalah dalam 5 PRK yang lalu?

Anwar dan konco-konconya akan tetap membuat onar untuk terus merosak dan membunuh imej UMNO. Sama ada bertanding atau tidak, sekarang atau di masa akan datang sehingga PRU 13, mereka akan berusaha dan sehabis daya untuk melakukannya. Apakah dengan menafikan demokrasi didalam PRK ini maka imej UMNO akan diangkat dan di julang? Atau kerana takut untuk menerima kekalahan yang akan memberi imej buruk kepada diri pemimpin itu sendiri?

Sesungguhnya pemimpin bertanggungjawab untuk mempastikan imej UMNO dan maruah ahli serta kepercayaan rakyat terus dipelihara walaupun dalam keadaan sukar dengan tentangan yang begitu memuncak kerana ini lah masanya pemimpin memperlihatkan sifat perwira sejati, pahlawan sebenar dan panglima yang pantang dicabar bukan sebaliknya...

Ini masa memerah otak, menyinsing lengan, berganding bahu dan bekerjasama. Walau pun sukar, walau pun pahit, walau pun kita sedikit, perjuangan tetap kita terus kan... Kerana yakin lah bahawa UMNO dan BN masih lagi mempunyai sokongan padu dan jitu dari ahli dan rakyat terbanyak.
Salam Perjuangan...

Isnin, 18 Mei 2009

Altantuya...masih hidup???


Altantuya...Altantuya...Altantuya... Keluarga Altantuya, Dr Sharibu dan rakyat Monggolia sudah pun menerima bahawa bekas model yang mempunyai seorang anak ini telah lama meninggalkan mereka. Namun nampaknya di dalam negara kisah mendiang ini masih segar dan hidup dimainkan oleh pihak pembangkang. Itulah cara pembangkang yang diterajui oleh pengkhianat bangsa dan negara nombor 1 Anwar Ibrahim Al-Juburi bagi meneruskan misi politik mereka.


Cerita yang di nasi tambah kan dengan begitu teliti dan rapi mengikut skrip dan scene telah berjaya memukau hati dan nurani rakyat untuk mempecayai perkara yang sebenar. Cerita yang disensasikan dengan pelbagai helah dan cara telah menyebabkan UMNO dan BN serta pemimpin dilihat begitu keji dan hina. Kenapa dan bagaimana ianya begitu berjaya menarik minat khalayak hingga mereka lupa untuk menerima hakikat kisah sebenar?


Tidak boleh dinafikan bahawa pembangkang sebenarnya telah berjaya mengupas dan memutar belit sesuatu fakta mengikut warna dan rentak yang mereka inginkan, selepas sesuatu isu di utarakan maka seluruh jentera perang saraf mereka dari penceramah, tukang karut, bahan cetak siaran, media elektronik termasuk cyber war yang begitu jitu dan padu mendendangkan lagu yang sama seperti mana yang didakyahkan oleh pemimpin mereka.


Kesannya rakyat terbanyak terus menerus dihidangkan dengan isu yang sama dari pelbagai sudut saban masa dan ketika yang begitu pro aktif sehinggakan pihak UMNO dan BN bukan sahaja gagal untuk menangkis dakyah malah tidak dapat menjawab tohmah. setiap isu yang di 'spin' oleh pembangkang terus menjuarai masjid-masjid, pasar-pasar, warung-warung menjadi mauduk yang dipercayai benar dalam pertemuan rakyat setiap hari.


UMNO dan BN yang belum pun berjaya menangkis satu isu terus didatangkan dengan isu yang baru, akhirnya sekali lagi media massa diharap dapat me'neutral'kan masaalah yang berbangkit sedangkan isu yang dimainkan oleh pembangkang terus hidup dari mulut ke mulut dan perlu juga dijawab dengan mulut di tengah-tengah masyarakat.


Soalnya sekarang bagaimana UMNO dan BN boleh menggerakkan satu gerombolan pendokong dan penyokong setia bagi memainkan peranan dalam menangkis dakyah dan tipu helah seterusnya melondehkan segala pembohongan dan tipu muslihat pembangkang.

Biarpun segala kelengkapan dalam mendepani perang saraf ini ada di pihak UMNO dan BN namun kecekapan dan kepantasan untuk menggunakan segala yang ada bukan sahaja untuk menangkis cerita malah membina dan memandu cerita-cerita yang boleh menjadi perbualan rakyat perlu diatasi dengan segera dan berstrategi.


Sebenarnya banyak isu yang boleh di 'spin' dan menjadi bahan perbualan yang hangat dalam pasaran untuk menghidupkan suasana dalam setiap perbualan. Kerana kita jelas bahawa politik perlu hidup dengan isu, dan isu itu mestilah dapat meyakinkan khalayak walaupun terkadang kesahihannya belum lagi dipastikan benar.

UMNO dan BN perlu untuk menjuarai pelbagai isu sehingga menghidupkan kembali suasana dimana rakyat terbanyak sendiri mampu untuk menjawabnya bagi pihak pemimpin keranan mereka yakin akan kebenaran cerita dan isu yang mereka perkatakan. Malah UMNO dan BN yang masih segar 'hidup' ini amat bertanggungjawab kepada setiap yang bernyawa bagi mempastikan kesetabilan hidup terus dapat dilangsungkan seperti sewajarnya.


Bukan seperti pembangkang yang jelas hanya hidup dengan retorik politik sempit, putar belit fakta, fitnah dan tipu daya sehinggakan orang yang dah mati pun cuba nak di hidup kan...


Sementara hidup ni buat lah sesuatu yang baik untuk dikenang, agar kalau mati nanti nama kekal hidup dengan baik dan menjadi contoh baik kepada generasi yang baru nak hidup...


Lu fikir la sendiri

Ahad, 17 Mei 2009

UMNO...Mandul Pemimpin???

Apakah benar bahawa UMNO sekarang sudah tiada taringnya? Apakah benar bahawa ramai pemimpin UMNO GAGAL untuk membentuk Jentera dan ahlinya agar paham, jelas dan bersemangat untuk mendepani saat sukar sekarang ini? Atau apakah memang semangat ahli UMNO telah luntur dan seakan-akan putus asa. Apakah sudah tiada lagi pemidato dan tokoh di dalam UMNO yang boleh menghimpun khalayak, berhujah dengan yakin dan meyakinkan serta mampu meningkatkan semangat ahli dan menarik sokongan rakyat?

Jawabnya...tepuk dada dan tanya akal budi sendiri...
Namun bagi penulis, UMNO sebenarnya masih teguh, kuat dan terus bersemangat, ini dapat dibuktikan apabila melihat perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan yang bersidang selama 2 hari ini jelas menunujukkan satu isyarat bahawa ahli UMNO sebenarnya masih kental dengan semangat dan bersedia apa jua cabaran yang mendatang.
Disini dilihat betapa perlu pemimpin UMNO untuk terus meniupkan api semangat yang sedia menyala dan menerangi jalan-jalan suram yang wujud dimana-mana. Ahli tidak mahu lagi disogokkan dengan pelbagai teori dan jawapan-jawapan lemah malah jauh dari itu pemimpin perlu tampil dengan semangat, yakin dan hujah yang mampu menyerang pihak lawan.

Pemimpin UMNO perlu meletak penanda aras dalam ucapan dan sentiasa menjuarai isu bukan sahaja bersifat defensif malah boleh membunuh imej lawan.
Ini yang dilihat tiada hari ini yang menyebabkan ahli dan rakyat yang pro kepada UMNO dan kerajaan tidak dapat 'sumber' jawapan bagi melawan dakyah pembangkang di setiap lapisan dan masa di tengah-tengah khalayak. Akhirnya jawapan yang disumbatkan oleh pihak lawan bukan sahaja terpaksa dikunyah malah langsung tertelan...dan ini telah berlarutan agak lama.

Dilihat UMNO masih lagi mempunyai pemidato dan jurucakap yang mampu berhujah dan berdebat dan yang lebih penting diyakini oleh ahli dan rakyat. soalnya kenapa tidak di usahakan agar mereka ini dapat bergerak dan menjelajah keseluruh pelusuk negara dan mengapa pula mereka-mereka ini hendak dipendam dan di peram supaya menjadi pekasam?

Mungkin persoalan yang bermain di fikiran ahmad maslan itu boleh dirungkai kan dengan memanggil mereka yang berkebolehan untuk berada bersama dibelakang beliau walaupun tak dihadapannya. Penulis berpeluang mendengar akan ucapan mereka yang dirasakan mampu membantu UMNO dalam keadaan sekarang.

Nama-nama seperti Shahidan Kasim, Ahmad Ismail, Badarudin Amiruddin, Ustaz Kamal, Osman Abdul, Husni Hanadzlah, Tajuddin Abd Rahman, Noh Omar, Mat Taib, Khir Toyo, Norza Zakaria, Isa Samad, Mohamad Hassan, Khairi Jamaluddin, Ramlah Adam, Mohamad Said Yusof, Mohamad Aziz, Razali Ibrahim, Khaled Nordin, Fuad Zarkashi, Adam Hamid, Adnan Yaakob, Rosli Mat Hassan, Idris Jusuh, Tengku Razaleigh, Alwi Hj Ahmad, Ustaz Mohd Yaakob, Tok Pa, Bung Mokhtar, Saleh Said Keruak dan lain-lain nama yang tidak dinyatakan diatas merupakan tokoh-tokoh yang mampu memberikan impak apabila diberikan pembesar suara, tokoh-tokoh ini bagi penulis telah membuktikan keupayaan mereka apabila berpidato sama ada di dalam PRU dan PRK atau pun dalam konvension, forum dan bengkel sama ada di depan ahli UMNO mahupun masyarakat.

Apakah tidak boleh digembeleng mereka ini? kalau ahmad maslan mencari mereka yang mempunyai ijazah berjela-jela mungkin mereka takde, tapi pengalaman mereka rasanya cukup untuk membuatkan punggung audien tetap dan kekal. kalau ahmad maslan mencari persamaan rasanya mereka ini cukup untuk membantu tetapi kalau sengaja ditimbulkan segala perbezaan yang pelbagai sifatnya maka macam-macam lah jawapan yang membantutkan akan timbul.

Dalam konteks UMNO hari ini, pemimpin perlu mengenepikan pelbagai sentimen dan anutan puak yang melampau serta berjiwa besar untuk menerima siapa jua yang sudi dan bersungguh-sungguh untuk meningkat imej dan kekuatan parti. Berlapang dada perlu bagi pemimpin seperti ahmad maslan dari bergundah gulana mengatakan 60,000 ketua penerangan parti tak paham tugas dan kerja. Atau masih dengan teori mengkelabukan yang hitam, memutih kan yang kelabu dan lain-lain lagi.

Kalau dah tersusun siapa yang layak dan sesuai untuk menyampai hasrat dan menggerakkan segala modul dengan pemahaman yang baik di hutan mahupun di ILMU atau juga di mana-mana tempat seterusnya mampu berdepan dengan rakyat apatah lagi pihak pembangkang.

Maka akan lebih sampai lah segala hasrat dan jelas segala dasar yang cuba dibawa oleh parti serta memahami akan arah tuju kerajaan.

Kerana apa yang berlaku hari ini seolah-olah UMNO dilihat mandul dengan kehadiran pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan mampu berhujah.

Ayuh...masa tidak menyebelahi UMNO, maka masa untuk bekerja dan terus bekerja telah lama bergerak. Sesuai lah dengan hasrat untuk berubah sebelum diubah...

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat!!!

Sabtu, 16 Mei 2009

Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO Tak Faham Tugas..?



Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan menyatakan bahawa 60,000 ketua penerangan UMNO pelbagai peringkat di seluruh negara GAGAL berfungsi, tak faham tugas bermakna lemah, ngabihkan beras dan yang sewaktu dengannya.

Ini bermakna apa yang di buat oleh Mike Tyson selama ini jelas tidak membantu untuk memperkuat jentera dan parti, Apa jua program yang diatur urus oleh Biro Penerangan selama ini kosong dan sia-sia? atau apakah malangnya UMNO kerana ada 60,000 orang dungu yang GAGAL menyempurnakan tugas untuk menyelaras jentera penerangan, jentera yang amat penting dalam menentukan segala matlamat, dasar dan cita-cita parti sampai ke sasaran serta mampu menangkis dakyah dan serangan pihak lawan.

Mungkin ada kebenaran kenyataan itu jika dilihat dari kesan yang menimpa UMNO dan BN didalam PRU yang lepas malah kesemua Ketua Penerangan parti-parti komponen di dalam MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain juga nampaknya mempunyai standart yang sama dengan UMNO. kalau gitu patut pun...

Tapi harus juga kita ingat bahawa mereka ini merupakan penjawat yang menerima lantikan oleh ketua di peringkat masing-masing, kalau logik ini nak diambil kira bermakna ketua-ketua yang melantik mereka ini tentunya jauh lebih dungu dan bodoh kerana GAGAL untuk mempastikan jentera penerangan di setiap peringkat berfungsi dengan sempurna, tersusun dan berkesan.

Kalau sifir ini dipakai guna bermakna bukan sahaja 60,000 malah jauh lebih besar nilai pemimpin yang bermasaalah di dalam UMNO hari ini? Dan kalau begini besar jumlah pemimpin yang bermasaalah bermakna UMNO dan ahli berada didalam keadaan bahaya kerana sebahagian besar dari pemimpin ini baru mendapat 'road tax' sambung hayat lagi sepenggal, dan nampaknya ahmad maslan perlukan 'formula ajaib' yang ampuh bagi membolehkan beliau berjaya menjadi 'doktor' untuk merawat.

Kesian...si ahmad maslan ni sebab tugas dan kerja beliau begitu sukar kerana berdepan dengan 60,000 orang yang tak paham tugas dan kerja, cikgu pun lari lintang pukang lari dek kerana kerenah anak murid lagilah pemimpin yang nak dibentuk? Kalau lembu boleh juga dipukul atau dikasari tapi orang yang dah jadi ketua penerangan cawangan 20 tahun macam mana nak bentuk?

Namun apakah motif sebenar ketua penerangan yang amat bersemangat ini tiba-tiba menyanyikan lagu keroncong ni? apakah ahmad nak bagi tahu bahawa UMNO lemah dan GAGAL kerana jentera penerangan nya yang lemah? Apakah jentera penerangan UMNO di semua peringkat termasuk di peringkat MT GAGAL kerana tidak berupaya untuk membina barisan penerangan yang ampuh dan berjaya? Apakah dengan mendendangkannya di khalayak akan menyebabkan semua ketua penerangan ini langsung tersentak dan tersedak lalu bangkit menyempurnakan tugas mereka? Apakah dengan menyatakan ini akan memudahkan lagi kerja ahmad justru mendapat sanjungan dan restu dari mereka lalu berikrar untuk bekerja sedaya mungkin? Atau apakah ahmad sedang cuba memberikan gambaran bahawa kegagalan yang bakal beliau cipta adalah berpunca dari kelemahan jentera di bawah dan bukannya datang dari bahu beliau seorang diri? apapun hanya ahmad maslan jer la yang tahu kenapa dan mengapa beliau menjelaskan perkara ini...

Ini kerana sebagai anak melayu yang mendapat biasiswa pendidikan atas pencapaian akedemik yang baik seperti ahmad maslan dan sebagai anak melayu yang begitu mementingkan kecemerlangan ilmu bagi membolehkan CV yang ditayangkan berjela-jela pastinya beliau tidak mahu dilihat lemah apatah lagi dikategori sebagai GAGAL.

Sebaiknya buat lah kerja dengan penuh amanah dan ikhlas, lebih baik kita mendampingi dan memperbaiki dari dalam dengan cara yang berhikmah tanpa menimbulkan rasa tak sedap hati di kalangan ahli dan pemimpin dibawah. Kerana hubungan baik yang terbina akan lebih memudahkan urusan yang ingin kita selesaikan.
Tun Razak pun ada menyebut bahawa nak menolong orang melayu seperti mengeluarkan anak kambing dari dalam perigi, bukannya di beri tali atau bakul malah kita sendiri yang masuk dan turun ke dalam perigi dan mengangkat keluar anak kambing tadi. Apa nak buat dah itu lah nilai bangsa dari zaman Tun Razak dan nampaknya kekal hingga ke hari ini...

Tetapi selagi ada pemimpin yang ikhlas, jujur dan sabar untuk membantu dan menyelamatkan bangsa maka InsyaAllah bangsa kita akan terus terpelihara dan dapat terus bersaing dengan penuh bermaruah.

Apapun kepada ahmad maslan, tugas anda amat mencabar dan lakukan lah dengan sebaik mungkin walau pun diperingkat awal ini nampaknya ahmad maslan lebih dikenali sebagai ketua penerangan UMNO yang tak paham tugas...

fikir fikir lah

Khamis, 14 Mei 2009

13 mei datang lagi...




13 mei datang lagi...


cuma hari nya yang datang berulang


peristiwa pahit nampaknya macam dah hilang


tapi sejarahnya tetap kuat dikenang

13 mei datang lagi...

cabaran dan dugaan semakin terperi


dek kerana daif nya muda mudi


ilmu sejarah dah lama dia orang tak kaji

13 mei datang lagi...

yang muda dah banyak buta sejarah

yang tua pulak suka suka ubah fakta

konon nya dia lebih pakar


13 mei datang lagi...

bangsa ku masih terkebil-kebil hairan

melihat jiran semakin berlagak tuan

bangsa ku pulak macam ice cair dalam cawan


13 mei datang lagi...

orang dah rasa sedap bila ada kuasa

bebas merintah ikut sedap rasa

sampai dipijak-pijak bangsa ku punya kepala


13 mei datang lagi...

melayu gila pulak dah mula berserak

contah yang baru ada di Perak

sanggup derhaka dan menyalak-nyalak


13 mei datang lagi...

bila melayu boleh dibeli

tak payah duit berlori-lori

cukup dengan toyota camry


13 mei datang lagi...

bila cina dah naik tocang

india pulak dah tunjuk belang

takut-takut peristiwa berulang


13 mei datang lagi...

ingat lah wahai bangsa melayu

watan ini memerlukan kamu

bukan untuk kita...tapi untuk anak cucu


13 mei datang lagi...

teguh kan hati bulatkan tekad

untuk pertahan maruah umat

agar generasi tidak melarat dan merempat


13 mei datang lagi...

sumpah panglima tersemat di hati

tidak sesekali kita mungkiri

biar terkujur badan darah membasahi bumi


13 mei datang lagi...

semoga Allah terus memelihara kita

selamat agama, bangsa dan negara

dunia akhirat kekal berjaya


13 mei datang lagi???

Selasa, 12 Mei 2009

Bodoh Tak Boleh Diajar..Cerdik Tak Boleh Diikut...


Melihat kepada apa yang berlaku di Perak hari ini, jelas bahawa politik Perak kian parah, parah kerana luka yang kecil dah semakin besar dan bernanah lalu menghambur bau yang begitu memualkan. Sedikit kelakar kerana jawatan MB macam iklan biskut...kejap ada, kejap takde..

Apakah kemelut ini akan ada kesudahannya? Jawapannya tentulah ada cuma masa dan ketika nya sahaja yang belum kunjung tiba tapi rasanya dah semakin senja untuk melabuh kan tirainya... sabar dan terus bersabar.

Kegawatan politik dalam negara kini sebenarnya bermula apabila keluarnya agen Amerika dari Sungai Buloh. Dari situ dirangka pelbagai cara "Grand Design" untuk memenuhi tembolok politik rakus, kejam dan tidak bermoral.

Berpolitik matlamat menghalal kan cara! Apa jua cara dan kaedah perlu dibuat dan di lakukan, yang penting berkuasa, kalau perlu tipu..tipu! kalau perlu bogel..bogel! kalau perlu derhaka..derhaka! dan pelbagai lagi kalau perlu-kalau perlu demi mempastikan kuasa politik warisan PAP untuk me Republik kan negara Melayu yang berdaulat dengan Raja sebagai Payung Rakyat dan Negara sebolehnya dijadikan bahan sejarah dan kajian generasi pada masa depan.

Anwar lah orang yang mula-mula mendendangkan lagu politik lompat dan beliau juga lah yang telah berjaya mencolek Nasa untuk berpaling dari saf BN, namun rancangan tinggal rancangan..apabila bukan sahaja Nasa kembali ke pangkal jalan malah membawa sama 3 orang wakil rakyat yang telah sedar dan insaf untuk turut serta menyokong BN sebagai wakil bebas.

Anwar dan juak-juaknya terlopong, terperanjat lotong, ingatkan untung sekarung rupanya rugi segunung. Maka dari situ lah episod derhaka dan kekurang ajaran bermula dengan gelanggang yang lebih terbuka. PAS yang seronok menjadi kuda tunggangan DAP yang ditarik oleh Anwar untuk menari mengikut rentaknya mula menghalkan apa jua cara asal matlamat terlaksana.

Agak-agak apalah salah dan dosa datuk nenek dan ibu bapa mereka dahulu hingga mereka sanggup melakukan onar mencipta sejarah hitam, mengkhianati bangsa dan menjual agama.

Atau memang tidak ada salahnya keturunan mereka tetapi dek kerana hilangnya bijaksana, jiwa dijajah tidak merdeka, gelapnya hati suka sengketa, si kafir menghina ayat suci demi kelangsungan politik yang Islam bertepuk membenarkannya..

Indonesia sebagai sebuah negara yang baru mengamalkan demokrasi dilihat lebih bertamadun dan bermaruah tapi mereka ini yang telah melalui 12 PRU dilihat semakin rendah akhlak dan jiwa serta semakin hina. Bibik dengan Jebeng lagi pandai politik rupanya dari mereka ini.

Tidakkah boleh mereka merenung sebentar bahawa apa jua yang telah, sedang dan akan berlaku di Perak ini hanya merugikan bangsa Melayu, bangsa yang mendokong Islam sebagai agama, bangsa yang menjadi tuan kepada watan yang tercinta.
Apakah sudah hilang semangat cintakan bangsa, tuntutan sayang kan agama dan rasa bertuah kerana adanya Malaysia sebagai tanah air untuk kita meneruskan hidup yang sementara? Takkan dah hilang semuanya?
Memang ada dikalangan mereka yang miskin pendidikan tapi tak bermakna mesti miskin jiwa dan budi pekerti dan tak kurang juga yang telah berjaya disuap dengan dasar UMNO dan menerima DEB maka kaya pendidikan tapi mereka juga kaya dengan perasaan takbur, bongkak dan sombong diri. Sehingga membenarkan yang batil dan membatilkan yang sememangnya benar...

Bak kata orang tua-tua..bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut, tak heran kalau semuanya kurang ajar yang kalut!!!
Lu fikir la sendiri...

Isnin, 11 Mei 2009

DIRGAHAYU UMNO...


Hari ini ulangtahun penubuhan UMNO ke 63

Bersyukur kita kerana dapat meraikannya

Semoga UMNO terus hidup, gagah dan perkasa

Menjadi payung kepada generasi seterusnya

Islam mulia dan tinggi terus dipelihara

Agenda bangsa dapat UMNO meneruskannya


UMNO berjasa membebas kita dari penjajah

Jasanya kepada bangsa dan negara amat lah besar

Semoga orang Melayu insaf dan sedar

Jangan di khianati perjuangan yang barkah

Nanti hidup nyesal tak sudah

Kerana politik taksub yang membawa rebah


UMNO parti berkuasa dan keramat

Jangan ada Melayu yang cuba khianat

Bangsa lain memang perlu hormat

Kerana UMNO dah bagi muka dan tempat

Kalau tidak.. lama dah kain baju kena lipat

Bungkus balik negeri ko yang memang dah padat


UMNO tunjang pemerintahan Kerajaan

Tak kira bangsa semuanya diberikan perhatian

Keluhuran Perlembagaan asas perjuangan

Jangan dicabar apa yang dah di maktubkan

Kurang ajar jangan pulak dijadikan amalan

Kerana sabarnya Melayu ada batasan


UMNO berjuang kerana Agama

Syiar nya dirasa dan terus bergema

Tuntutan dan hukum terus dilaksana

Keadilan memang pertimbangan utama

Apa ditakut apa digundah gulana

Ini lah prinsip yang dipakai sejak sekian lama


UMNO ditekan luar dan dalam

dari musuh yang bising mahupun yang diam

kononnya kuasa melayu dah semakin suram

Anwar pulak dah macam patung siam

Dipuja pengikut buta siang dan malam

Si botol cuka dan botol kicap mula lah melaram


Namun UMNO ini parti keramat

Bagi melayu.. ini jer la wadah untuk terus selamat

Mari bersatu membulatkan tekad

Bersama kita berusaha tanpa kenal penat

Menarik sokongan dan menyuntik semangat

Demi Agama, Bangsa dan juga Rakyat


Selagi hayat dikandung badan

Selagi bernafas akan kita pastikan

UMNO tetap menjadi tunjang pemerintahan

Payung penyelamat Bangsa dan Watan

Dahan berteduh kepada lain-lain keturunan

Agar Negara Makmur, Selamat dan Aman


DIRGAHAYU UMNO...

Ahad, 10 Mei 2009

Berhentilah Berperangai Iblis & Binatang..!!!

Sesungguhnya manusia dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian, selain jasad ia dibekalkan dengan akal dan hati bagi membentuk sikap manusiawi yang penuh beradab dengan ketamadunan yang tinggi.

Itu sebab banyak sejarah dunia menceritakan akan ketinggian budi dan kehebatan akal fikiran manusia yang berjaya telah membentuk tamadun yang hebat, begitu juga lah sebaliknya sejarah menceritakan betapa rosak dan hina sesuatu tamadun dan hilangnya nilai budaya dan akal budi apabila manusia gagal mengimbangi anugerah kejadian yang dipinjamkan kepadanya oleh yang Maha Pencipta.

Didalam diri manusia ada nilai dan ciri-ciri asas seperti sifat malaikat yang tunduk sujud kepada kebesaran ilahi dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Selain itu didalam diri manusia juga ada sifat haiwan yang diberikan kepada manusia bagi memenuhi tuntutan syahwat untuk menentukan kewujudan umat manusia dapat terus berlaku, selain memenuhi tembolok yang perlu diisi. Manakala sifat iblis dan syaitan yang terjelma di dalam diri manusia apabila sifat sombong, bongkak, takbur dan engkar begitu menguasai diri.
Ini semua perlu diimbangi dengan adanya akal yang penuh terisi dengan ilmu yang kita pelajari serta hati yang berdasar kepada agama yang kita imani. Selain adab budaya bangsa yang kita warisi.

Persoalannya sejauh mana kita mampu mengimbangi akan sifat-sifat yang ada dalam diri bagi menjadikan diri kita manusia yang baik dan berguna. Menjadikan diri baik dan berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga, masyarakat, agama, bangsa, negara bahkan seluruh alam.

Namun apabila melihat kepada senario politik tanah air hari ini, dan yang terbaru melihat suasana pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak 7hb yang lalu mungkin boleh kita simpulkan bahawa manusia baik yang digariskan tadi telah hilang atau larut dek kerana nafsu politik yang bertunjangkan kekuasaan menjadi keutamaan dalam langkah dan pertimbangan.

Hilangnya akal budi, hilangnya kewarasan pemikiran, hilangnya adab budaya bangsa dan lebih menyedihkan ianya menjadi tontonan anak-anak yang melihat contoh buruk yang dihidangkan oleh mereka yang bergelar wakil rakyat, pemimpin yang turun bertemu dan bercakap kepada seluruh rakyat akan pembentukkan negara yang bertamadun, akal yang terisi dan hati yang suci.

Apabila bertuhankan kekuasaan maka seluruh kewajaran yang tidak berpihak kepada mereka akan dinafikan, ini lah nilai ahli politik hari ini. Sifat kebinatangan dan Iblis yang merasuk kedalam diri telah menenggelamkan kewarasan pemikiran sihat walau pun kesan nya amat malu untuk mereka sendiri terima dan akui.

Apabila Allah mengkehendakkan sesebuah negara itu baik, maka akan dikirimkan kepada negara itu pemimpin yang baik begitu juga lah sebaliknya. Tentunya kita sebagai rakyat perlu menolak akan kewujudan pemimpin-pemimpin rosak akhlak dan merosakkan khalayak ini dari terus memimpin.

Kepada pemimpin pembangkang PKR, DAP, dan PAS ingat lah bahawa kuasa yang ada dan sedikit ini hanya sementara kerana saya percaya masih ada orang alim dan baik yang makbul doanya untuk meghindari negara ini dari rosak dan binasa. Apa yang lebih malang ialah pemimpin melayu yang beragama Islam didalam PR seolah-olah tidak mahu beriman kepada Qada' dan Qadar.

Kalau kita yakin bahawa apa jua yang kita lakukan akan dinilai oleh rakyat dan kita berusaha untuk menarik sokongannya, maka kita juga yakin dan percaya bahawa apa jua yang kita lakukan akan di nilai dan diberikan pengadilan yang seadil adilnya di akhirat kelak. Itu pun kalau kita nak percaya kepada rukun Iman yang ke 5 tu.. sebab di akhir zaman ini, ramai yang dilihat Islam tapi perbuatan dan perkataannya tak de bezanya dengan orang kafir.

Itu sebab kita dituntut untuk menjadi manusia yang baik dan berguna, kita memang tak boleh menjadi Malaikat tapi mengikuti sifat terpuji para malaikat itu merupakan amalan yang amat berguna sebagai tiket untuk lebih aman dan bahagia di sana kelak,InsyaAllah.

Sementara mereka yang lebih mengutamakan sifat binatang akhirnya akan lesu, tidak bermaya, lemah dan menderita, lebih malang apabila menjadikan sifat Iblis sebagai panduan di dalam hidup yang akhirnya menjadi pengikut setianya apabila berdepan dengan yang Maha Esa.
Dah lah rosak dan sesat malah merosak dan menyesatkan...Nauzubillah!
Insaf lah...

Sabtu, 9 Mei 2009

Hishammuddin...Lembik Yang Di Keraskan..?


BERITA BAIK!!! berita yang amat dinanti-nantikan oleh sebilangan rakyat Malaysia. Pembebasan tahanan ISA yang terbaru dalam tempoh sebulan kesemua tahanan Hindraf telah diberitakan tidak lagi membawa ancaman dan kemudaratan kepada negara. Bagi anggota keselamatan yang cedera dalam pertempuran dengan puak-puak hindraf akhir tahun 2007 lalu dan kerosakkan harta benda awam serta kerosakan moral kepada rakyat dan negara jelas telah terbayar apabila pemimpin-pemimpin Hindraf ini telah pun taubat nasoha dengan sebenar-benar taubat.

Rakyat yang merasakan hak asasi rakyat selama ini dicengkam dan dinafikan tentunya bersorak sorai gembira akan keputusan 'bijak' kerajaan 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan... manakala bagi rakyat yang risau dan gelisah dengan kebiadapan dan kekurangajaran puak hindraf ini, yang menyatakan bahawa melayu UMNO merupakan musuh bagi mereka kerana menindas dan menafikan hak mereka bernegara selama ini tentunya perlu menerima dengan sabar dan berlapang dada dan yang lebih penting berjiwa 'besar' sesuai dengan pelbagai dasar liberalisasi oleh kerajaan 'bijak' 1Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan..

Persoalan yang bermain di fikiran sekarang ini, apakah keputusan ini dibuat dengan penuh penelitian dan bertanggungjawab atau ianya hanya satu lagi keputusan yang bersifat populis demi survival politik semata-mata? Apakah benar pihak polis yang selama ini di labelkan dengan pelbagai jolokan yang hina telah menyerahkan laporan yang lengkap dan adil bahawa mereka yang ditahan ini benar-benar sedar akan kesan keamanan dari kesalahan yang mereka lakukan dan bersedia untuk membetulkan segala fitnah, penyelewengan fakta, perasaan benci yang di suburkan di kalangan orang india dan penganut hindu dalam negara.

Apakah pula tindakan sivil yang boleh diambil kepada mereka yang pergi ke luar negara mengutuk dan mencaci negara sendiri dan apakah tidak boleh mereka ini dibicarakan di mahkamah terbuka atas kesalahan mendatangkan kecederaan keatas penjawat awam, merosakkan harta benda awam dan mendatangkan suasana yang tidak harmoni ke dalam masyarakat?

Atau apakah ada udang di sebalik batu dengan melepaskan mereka ini terutama manoharan, mampu untuk mengelakkan ADUN yang gagal berfungsi ini dari meletakkan jawatan? Kalau ini menjadi sandaran kepada pembebasannya maka jelas kerajaan dilihat lebih mengutamakan survival politik dari menjaga dan menjamin keselamatan rakyat dan ketenteraman negara...

Apapun cakap-cakap yang berlegar di pelusuk negara ini harus diberikan penjelasan yang sebenar-benar agar rakyat tidak terus dilambakkan dengan keputusan-keputusan populis sedangkan masaalah sebenar tidak pernah selesai malah makin terus terbelit...

Apakah benar bahawa kuasa melayu di dalam kerajaan hari ini semakin terhakis??? Atau pemimpin melayu sendiri yang menjualnya dengan harga yang cukup murah apabila kedudukan dan kekuasaan berada diambang jurang??? Apakah pemimpin melayu hanya 'keras' apabila berpidato di halamanya sendiri tetapi 'lembik' dan tidak bermaya apabila berada di gelanggang yang lebih luas dan terbuka???

Tapi percaya lah bahawa kuasa melayu ini akan tetap dipertahankan oleh ramai lagi PEJUANG PEJUANG BANGSA biar pun kami terpaksa membayar harga yang amat mahal...

Salam Perjuangan !!!

Isnin, 4 Mei 2009

Apakah Ancaman Sebenar Kita?



Dulu sebelum merdeka negara dihidangkan dengan ancaman komunis dan juga penyakit berjangkit seperti kusta, malaria, batuk kering dll lagi, namun masa berlalu dan zaman pun berubah maka ancaman datang dan pergi silih berganti.

dadah mengambil tempat sebagai ancaman negara nombor wahid dan sehingga hari ini ianya masih lagi kekal dikedudukan carta ancaman negara cuma nombornya sahaja yang berubah ubah, yang jelas ancaman dadah ini tetap menjadi pengganas utama negara.
kalau dulu negara hanya menjadi tempat transit dan laluan barangan haram ini tetapi hari ini nampaknya negara kita juga telah berkembang peranan dan fungsi apabila menjadi pengeluar dan pemproses dadah antara yang terbesar walau pun tak sebesar thailand dan colombia.

kehadiran profesor profesor pakar dan penemuan makmal makmal memproses serta rampasan dadah yang nilainya ratusan juta tiap tahun memperlihatkan bahawa industri yang lumayan ini semakin mendapat tempat dihati mereka yang tamak dan kejam dalam mempastikan kewujudan manusia yang rosak mental dan fizikal dapat terus dikekalkan.

namun sekali lagi perubahan masa dan waktu menuntut kita mendepani pelbagai cabaran dan ancaman baru yang tak pernah surut mendatangi kita saban hari. dengan cabaran sosial masyarakat yang semakin parah, sistem kekeluargaan yang rapuh, nilai pegangan agama yang terpancar dikulit tetapi tidak diisi, pelajar lebih berani bertindak dalam menentukan disiplin sekolah mengikut kemahuan mereka dengan guru guru pula gagal bertindak dan tidak berani untuk mengatasinya atas kekangan undang undang.

selain itu ancaman peluang untuk hidup juga amat mendesak dan menghimpit sebahagian rakyat, kebanjiran pendatang sama ada yang mempunyai izin atau tidak yang kini mencecah 3 juta orang juga telah menyebabkan rakyat terbanyak terpaksa bergelut bersaing untuk mencari makan. selagi adanya majikan majikan yang tamak untuk mendapat keuntungan lebih maka kepentingan warga tempatan akan disampingkan terutama di dalam sektor perkilangan.

seharusnya kerajaan memperkenalkan satu dasar yang menetapkan sesebuah kilang yang beroperasi dengan menggaji pekerja asing mestilah dibenarkan sehingga tempoh 10 tahun, dalam pada masa yang sama kilang tersebut hendaklah melatih dan mula menggaji rakyat tempatan dan sekiranya gagal maka penalti mestilah dikenakan. dari situ barulah kerajaan akan dapat mempastikan sektor perkilangan akan mewujudkan sumber manusia yang benar benar terlatih dan dalam pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing.

tentunya ancaman yang datang perlu ditangani dengan penuh kebijaksanaan, ancaman seperti mat mat rempit yang semakin menggejala juga perlu cepat ditangani dengan berkesan. menteri datang dan pergi tetapi masaalah mat mat rempit masih lagi di takuk lama.

ancaman penyakit dan wabak yang terbaru selsema babi yang kini melanda sebahagian dunia telah menyebabkan masyarakat dunia gelisah dan usaha untuk menemukan vaksin bagi mengatasinya sedang giat dijalankan. alhamdulilah sehingga berita ini ditulis negara kita masih terhindar dari sebarang jangkitan penyakit tersebut. walaupun kita terkenal kerana menjadi antara pengeksport terbesar babi sedangkan singapura negara cina yang rakyatnya juga antara penggemar haiwan tersebut telah lama mengharamkan pusat penternakkannya.

malangnya pemimpin politik dalam negara seperti teresa kok dan pemimpin melayu dalam pembangkang begitu teruja menjadikan penternakkan babi ini sebagai agenda utama mereka untuk mengekal kuasa dan meraih sokongan rakyat.

ancaman tetap ada, malah kita sebagai orang islam telah diperingatkan bahawa sejak lahir lagi telah ada syaitan dan iblis untuk mengancam setiap anak adam agar terpesong dari akidah dan menjadi pengikutnya yang setia dunia dan akhirat.

semoga kita semua sentiasa mendapat taufik hidayah Allah dan dijauhkan dari ancaman besar ini untuk berjaya di dunia dan berjaya di akhirat kelak...amin ya rabbilalamin

Sabtu, 2 Mei 2009

Betul ke JJ sekarang sekadar di pinggiran?

Sebut sahaja nama Dato jamaludin jarjis semua orang kenal, malah sampai ke bulan pun tau siapa JJ. Sebagai anak melayu yang menjadi pendorong dan penggerak utama dalam memastikan negara berjaya melakar sejarah untuk menghantar angkasawan pertama negara ke ISS. dunia pun tau...

malah semua orang tahu yang JJ merupakan orang kuat najib yang menjadi Manager kempen najib apabila ada pertandingan dalam parti. disebabkan hubungan rapat antara JJ dan najib maka ramai la yang tumpang berteduh dan bergantung di dahan rendang ini. Kalau ada yang lebih rapat pun cuma leman taha itu pun dalam isu yang hanya mereka jer yang tahu.

ramai yang menelah dan menjangka yang JJ akan dibawa masuk ke dalam kabinet sebagai menteri yang menjaga EPU malah JJ juga di katakan akan diberi tanggung jawab sebagai bendahari UMNO. apapun cakap cakap tinggal cakap cakap, ada yang marah, terperanjat beruk dan berteka teki musykil kenapa pemimpin pujaan mereka ini tertinggal di dalam arus perdana politik tanah air.

ada cerita mengatakan bahawa najib lebih mendengar kepada 2 orang setpol nya, ada pulak mengatakan bahawa group d elis lebih kuat dan berpengaruh, selain kebanyakkan pemimpin UMNO pahang yang dikatakan tidak berapa menyenangi cara dan pendekatan ketua bahagian rompin itu. apapun ceritanya nampak dilihat bahawa JJ seolah olah tidak digemari oleh puak yang dilihat boleh mempengaruhi najib. kalau betul la begitu malap la politik JJ. ini kerana najib begitu menyusun orang orangnya baik dalam kabinet mahupun dalam MT dan faktor sejarah dalam pemuda serta faktor kesetiaan begitu diambil kira.

khabarnya JJ akan dijadikan duta bertaraf menteri ke UN, tapi tentulah tak sama dengan jawatan menteri yang di sandang oleh jamil khir, husni dan lain lain lagi. tentunya peranan ahmad maslan sebagai ketua penerangan juga amat besar dan berpengaruh berbanding JJ yang hanya menjadi MT sedangkan peranan yang dimainkan JJ di dalam pru b gantang baru baru ini seakan akan beliau akan menyandang jawatan tersebut.

JJ sebagai orang lama berpolitik tentunya masak dan lebih maklum akan keputusan yang dibuat oleh najib, sebagai panglima kepada najib beliau tentunya ada peranan khusus yang diberikan oleh bos nya itu. dimana pun diletakkan JJ akan tetap melaksanakan tugasnya biarpun sekadar dipinggiran selagi tidak di pinggirkan....

Jumaat, 1 Mei 2009

Selamat hari pekerja!!!

kepada yang bekerja selamat hari pekerja,
kepada yang belum kerja sebok mencari kerja,
kepada yang kena berhenti kerja lagi pening kepala,
kepada yang tak de kerja cukup cukup lah membuta

kita kerja sebab nak cari makan
nak tanggung anak, bini dan masa depan
Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan
rezeki yang sikit kita rasa cukup dan boleh simpan

Dalam ekonomi dunia yang tak keruan
jangan buat peel yang bukan bukan
nanti merana sakit satu badan
masa tu baru nak buat muka kesian

kepada kerajaan buat lah kerja
lebihkan usaha kurangkan cerita
harapkan slogan tak de sudahnya
kerja yang baik tau la rakyat menilainya

yang dah jadi menteri mantapkan pasukan
yang tak terpilih cukup cukup la berangan
mulakan mengampu dan cakap yes tuan
lama lama tiba la giliran

sementara didunia memang kena bekerja
terpulang kita nak kerja baik atau sebaliknya
kerja yang baik akan dipandang mulia
kerja yang buruk 7 keturunan tak abis orang kata

Selamat hari pekerja