Jumaat, 23 September 2011

Polis & PBT Buat Majlis Rumah Terbuka Kepada Penjenayah Di Melaka!!!












gambar hiasan....









Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyee memberi jaminan pihaknya akan bertindak memerangi habis-habisan pengusaha dan premis yang menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara haram di negeri ini.

Menurutnya, polis akan mengambil tindakan agresif melakukan operasi bersepadu membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berleluasa.

"Operasi bersepadu kali ini tidak lagi dipikul oleh PBT semata-mata sebaliknya polis akan turut sama menggempur mana-mana premis yang didapati menjadi lokasi perjudian komputer secara haram.

"Saya telah meminta PBT yang mempunyai maklumat dan ingin membuat serbuan mesti memaklumkan perkara tersebut kepada polis agar serbuan dilakukan bersama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai keresahan sebahagian penduduk di negeri ini yang bimbang dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak tanpa tindakan tegas pihak berkuasa.

Ni semua statement semata mata nak bercakap...! semata mata nak bagi tau dunia yang dia buat kerja! abis...selama ni yang sampai tumbuh melata judi haram tu kerana ko orang terlalu buat kerja dan operasi siang malam ker?

Dah lah tersengih sengih buat kenyataan, lepas tu minta pulak PBT bagi tau bila nak serang...! apa punya strategi tuh? dalam hal ni baik polis mahupun pbt...dua dua pihak ada 'hantu' yang dibela oleh komunis cyber ni untuk melindungi kegiatan haramjaddah mereka...!

Benda ni tak payah nak buat analisa dalam dalam, tak payah nak panggil profesor adjung atau anjung rumah untuk buat rumusan, makcik aku yang kat kampung pun tau macam mana puak puak haram ni dilindungi oleh pihak berkuasa sama ada polis atau pbt... cuma tengok size operasi sesuatu kegiatan haram...kalau makin besar dan berkembang bermakna makin besar dan tinggi lah kuasa yang menaunginya... amacam ada beran???

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. kat perak lagi hebat, siap ada cakap "you takde bayar wang perlindungan ke" bila sebuan diadakan.

    patut bukit aman buat cara yang lebih praktikal, jika diorang buat serbuan di sesuatu kawasan, jika ada pusat judi dikawasan diorang, dari ketua palis hingga pangkat rendah akan dipotong gaji 1% setiap pusat judi.

    BalasPadam