Selasa, 20 September 2011

Tahziah,,Dato Awang Jabbar Maut Dalam Kemalangan













Bekas setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar, 66, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, Marang, Selasa.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, kereta yang dipandu pemandu bekas setiausaha Parlimen itu bertembung dengan sebuah kereta lain yang dikatakan terbabas ketika mengambil selekoh di jalan berkenaan.

Bekas timbalan menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata ketika kejadian Allahyarham dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu pagi ini.

"Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan teruk di bahagian tengkuk manakala pemandunya hanya cedera ringan," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Allahyarham juga merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Dungun. Ahli Parlimen Dungun dari tahun 1978 hingga 1990 dan bekas ADUN Bukit Besi yang juga EXCO Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1995.

Semoga Allah mencucuri roh allahyarham dan ditempatkan disisi roh para solihin...amin

Al Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan