Deringan telefon serta sms dari sahabat sahabat seluruh negara jelas menzahirkan perasaan takut, cemas dan gusar akan hasrat dan cita cita yang disebutkan oleh PM didalam ucapan menyambut hari Malaysia yang disiar secara langsung dikaca television dan radio.
Persoalan yang timbul adalah..
Apakah kita yakni rakyat yang berbilang kaum benar benar bersedia dengan cadangan tersebut?
Masakan bersedia jika beribu laporan polis dibuat akibat keceluparan Karpal Singh yang biadap terhadap Institusi Kesultanan yang menjadi payung didalam prinsip Raja Berpelembagaan yang mahu kita pertahan dan kekalkan? Tidakkah kenyataan karpal itu kenyataan seorang politikus yang berbahaya kepada keamanan dan keharmonian hidup bernegara?
Masakan kita bersedia bila beribu laporan polis dibuat apabila adanya pertubuhan haram yang cuba menggerakkan sekumpulan rakyat yang gagal menjunjung norma dan susila serta adab dan budaya dengan mengadakan demonstrasi haram yang asal kononnya mahu berkumpul secara aman tetapi akhirnya mencetus huru hara dan kerosakan?
Masakan kita bersedia bila beratus laporan polis dibuat kepada Timbalan Presiden PAS yang sewenang wenang mengubah fakta sejarah mengikut tekak, selera dan maruah beliau dalam mengangkat Komunia sebagai Pahlawan sementara Pahlawan sebenar dihina dan dinafi akan pengorbanan mereka?
Benar.. Tun Razak bijaksana apabila membubarkan Mageran dan mengembalikan semula kuasa pemerintahan ditangan rakyat. Tapi kita juga harus sedar bahawa Tun Razak juga lebih bijaksana apabila tidak menghapuskan Ordinan Darurat malah mengekalkannya selepas itu.
Kenapa Tun Razak mengekalkannya? Kerana beliau arif dan tahu bahawa kita semua masih memerlukannya jika perlu dan Mageran tidak pula berlaku selepas itu tanpa perlu Ordinan tersebut dihapuskan.
Operasi lalang 87 dibawah pemerintahan Tun Mahathir pada waktu itu begitu berjaya dalam mempastikan pertempuran antara kaum seperti yang berlaku pada tahun 69 tidak berulang! Hanya segelintir kecil rakyat Malaysia yang terlibat sahaja yang mengeluh dengan tindakan mengISAkan mereka sedangkan majoriti rakyat bersyukur dan berterima kasih dengan kewujudan Akta tersebut.
Hakikat bahawa kewujudan Akta dan Ordinan yang terlibat serta Akta Polis (27) yang selama ini digunapakai dalam mempastikan kesetabilan hidup rakyat jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional yang ditunjang oleh UMNO selama ini telah berjaya menawan hati rakyat terbanyak dengan undian tertinggi setiap kali PRU berlangsung.
Ini bermakna rakyat terbanyak dari dulu, kini dan selamanya InsyaAllah akan terus meletakkan kesetabilan dan keharmonian hidup yang dipagari dengan Akta dan Undang Undang tersebut redha dan mahu ianya kekal terpatri.
Mengekalkannya bermakna mendahulukan rakyat terbanyak! Mendahulukan rakyat juga merupakan agenda utama PM sejak menerajui negara 2 tahun yang lalu.
Ianya juga secara langsung peka kepada kehendak akar umbi terutama ahli ahli parti yang jelas menyuarakannya semasa sidang Cawangan dan Bahagian berlangsung dan kalau kita mahu mengakuinya sila semak laporan tahunan setiap Bahagian UMNO yang mahu ISA dikekalkan termasuklah di Bahagian Pekan.
Setakat pagi ini sms dan perbualan telefon dikalangan pegawai ahli ahli MT masih belum terdengar akan ianya telah dibincang dan dipersetujui di peringkat ahli MT, kalau benar bermakna Presiden tidak mendapat nasihat dari kalangan ahli MT yang memikul amanah dan mandat dari setiap ahli parti.
Kalau begitu nasihat siapa yang PM dengar dan ikuti?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan