Sabtu, 4 Mei 2013

Kit Siang Mula Suntik Ubat Mengelak Mayat Cepat Busuk...!


Kit dah semakin dekat matinya...pintu kubur dah luas terbuka...Chua Soi Lek pulak tambah lagi liang, makin cepat busuk ler mayat Kit ni nanti...

BATU PAHAT: Datuk Abdul Ghani Othman terbukti seorang pemimpin yang bersikap sederhana dan akan terus berupaya menjaga kebajikan masyarakat pelbagai kaum dan membangunkan Johor, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata, masyarakat Cina harus memberikan sokongan padu kepada Abdul Ghani dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi dengan strategi perkauman yang dicetuskan DAP.
Abdul Ghani dan penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertemu sesama sendiri di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Ahad ini.
Dr Chua berkata, masyarakat Cina akan menghantar mesej bahawa 'Cina adalah untuk golongan Cina saja' jika mereka menyokong Lim.
"Jika itu berlaku, ia akan memaksa Menteri Besar Johor yang baru untuk mengamalkan pendekatan berunsur perkauman bagi mendapatkan sokongan orang Melayu," katanya.
Dr Chua berkata, Lim akan meninggalkan Gelang Patah selepas saja pilihan raya umum berakhir tanpa mengira beliau menang atau kalah.
"Masyarakat Cina harus berfikir dengan luas dan dalam jangka masa panjang, tidak membenarkan DAP mempengaruhi mereka untuk kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah konsert di sini, malam Jumaat.
Dr Chua berkata seorang ahli Parlimen pembangkang di Gelang Patah akan hanya menakut-nakutkan pelabur.
Lu Fikir La Sendiri!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan