Khamis, 9 Mei 2013

Semoga Azizan Selamat...!


Bekas MB Kedah Azizan Bakal Jalani Pembedahan Potong Kaki
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijadualkan menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang pada Jumaat.
Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata doktor telah memberitahu ahli keluarganya bahawa kaki Azizan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan di kaki beliau merebak ke bahagian anggota badan yang lain.
"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya ketika dihubungi.
Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya.
Helmi turut menjelaskan bahawa Azizan dimasukkan ke hospital kerana penyakit diabetes dan bukannya serangan jantung.
Azizan jatuh koma pada 5.30 petang Rabu namun kembali sedar pada pukul 9 pagi Khamis.
Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.
Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang beredar dari bilik CCU selepas menziarahi Azizan di Hospital Pulau Pinang pad aKhamis.-Foto BERNAMA
Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pertembungan empat penjuru dengan calon Barisan Nasional, Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon Bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.
Azizan memperoleh 13,294 undi manakala Mohd Fazillah yang juga sepupunya mendapat 10,520 undi.
Sobri dan Abdullah masing-masing mendapat 100 dan 84 undi.

4 ulasan:

  1. bro,

    tugas kita sebagai orang islam ialah mendoakan segala kebaikan untuk mereka yang seagama dan sebangsa dengan kita. malah kita perlu juga membuang segala prasangka sesama sendiri.

    ustaz azizan ialah 'saudara' kita. biarpun berlainan fahaman politik, dia tetap menjadi tanggungjawab kita bersama...wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata org UMNO ni kapir?
      Apa hal plak?
      Nak mampos tu, cepat tarik fatwa dulu, takut mati dalam mengkafirkan org lain

      Padam
  2. Doakan semuanya baik dan beliau cepat sembuh. Amin.

    BalasPadam
  3. Biarpun kita berlainan pegangan politik, tetapi saya senantiasa berdoa semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati hambanya yang bernama Ustaz Azizan. Kepada semua ahli keluarga beliau, diharap tabah dan redha dengan segala ketentuan Allah. Amin.

    BalasPadam