Jumaat, 10 Mei 2013

Mangkuk Ni Bakal Menteri Penerangan?


Ini kerja orang politik..! lepas bertungkus lumus melobi menjadi calon sama ada winable @ wincable candidate...kini kerja mereka terarah kepada pengisian jawatan didalam kerajaan. 

Setelah semua negeri selesai kecuali Selangor yang masih berpencak, pihak BN hanya  menunggu Mad Hassan mengangkat sumpah sebagai MB Negeri Sembilan esok serta Khaled Nordin dan barisan EXCO di Johor mengambil giliran pada Selasa depan kini semua mata tertumpu kepada Najib yang bakal mengumumkan barisan Jemaah Menteri Kabinetnya yang dijangka diumumkan minggu depan.

Di Kuala Lumpur berbuih buih mulut para pengulas politik membayangkan itu dan ini. Tak menang tangan makcik cleaner membersihkan lantai yang licin disebabkan banyaknya air liur yang menyembur nyembur berhujah bagi memuktamadkan hujah masing masing.

Seperti mana budaya semasa melobi menjadi calon tempohari, mereka yang mempunyai jalan wincable juga tidak langsung berganjak sama ada diri mahupun wakil mereka dari ibu kota.

Usaha memegang lutut, menampak muka, berkeliaran di bangunan UMNO, di PWTC, di Riverside, di Seri Pacific, di Putrajaya malah ada yang bertunggu tagan di rumah pucuk pimpinan pun tak surut surut.

Ada yang menyebut Anuar Musa kembali, KJ diberikan tempat, Razali dan Latif naik pangkat, Tok Pa kekal, Nazri tetap menjadi 'chief' di Parlimen, Fadillah dan Rohani dari PBB turut bergelar YB Menteri malah ada yang mengatakan bahawa Bung Mokhtar bakal bergelar YB Timbalan Menteri.

Namun itu semua masih cakap cakap..! masih rumour! masih bayangan..! hakikatnya Najib yang tahu, Najib yang memilih pasukan idamannya.

Namun ada juga berita yang mengatakan ada Senator yang bakal dilantik dan diberikan tempat sebagai Menteri. 

Sebagai contoh... Keakraban hubungan Najib dan Farid Redzuan yang turut bersama sama memberikan idea dalam menentukan calon wincable candidate tempohari juga menyaksikan nama beliau ditempatkan sebagai bakal Menteri yang menerajui Kementerian Penerangan.

Kalau Farid yang tak reti membezakan iklan hari raya dengan iklan krismas yang terpaksa ditarik balik oleh tv3 diberikan tempat..alamat yang gelap tak terang terang malah yang terang takut jadi malap..! Menteri bukan setakat menjadi CEO syarikat...

Itu sebab sekor lagi Senator yang berjawatan Menteri macam Idris Jalang yang begitu bernafsu dengan idea PEMANDU nya hampir sahaja menyebabkan Najib masuk longkang dalam PRU 13 yang lalu. 

Sejauh mana KPI dan strategi lautan biru terang atau biru gelap deris jalang ni telah berjaya mewujudkan pengundian berskala besar mengikut polarisasi kaum? tapi tentu keputusan ini suatu rahmat bagi nya kerana masih ada yang boleh dipersalah dan di kambing hitamkan..! tak gitu? Tentu sukun pun setuju kan?

Barisan ahli Kabinet dan kewujudan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi tulang belakang dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera amat diharapkan oleh pengundi tegar BN dalam PRU kali ini.

Najib mesti menimbang sebaik mungkin, Najib perlu berani bertegas didepan cina dan perlu lebih memahami rintihan dan kegusaran orang Melayu dan Bumiputera.

Betul...masa kerajaan tahu semua telah berakhir tapi masa pemimpin sentiasa benar juga mesti dilihat kewajarannya.

Jangan ditanya kepada penepuk ponggong dan penjilat kerana usai menepok dan menjilat selesai la urusan mereka berbanding tangan tangan dan lidah yang setia, taat, gigih dan tidak pernah jemu dalam mempertahan dan menjulang Barisan Nasional kekal  berkuasa di Putrajaya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

17 ulasan:

  1. Bgi Ler dia jd menteri penerangan..saya sokong dia jd menteri penerangan tp bkn di bumi Malaysia lah yek..jd menteri penerangan di SULU baru betul

    BalasPadam
  2. Haha gambo anwar pgang watikah yg xthan tu.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaa iyer laa...kau cakap baru aku perasan !
      memang lawak, hahaha

      Padam
  3. Dia tu gila glamour...kalau dia jadi menteri penerangan, banyaklah rancangan realiti nanti.

    BalasPadam
  4. Datuk Farid ini kita kena hati2, sebab dia ajen Nuar Berahi, di lidah dan hatinya sentiasa Nuar Berahi sehingga Live Show pun tersasul menyebut artis jemputan adalah Nuar Brahim pada hal yang sebenarnya Anuar Zain. Lahabau punya Datuk Farid. Lagi pun carilah orang Surat Khabar bukan orang telivisyen kerana orang Surat khabar banyak pakai Akal dan pertimbangan waras, orang telivisyen nak glamour je.. PARti Pembangkang telah rebranding sebagai Parti Balah Semalaysia. PkR pun balah, Pas pun Balah-balah, Dap lagi nak punoh. Semua lepas PRU 13 nak rebut kerusi jadi ketua. Dasar Pakatan Pembangkang tak boleh diharap memimpin negara. Jaga parking bolehlah.

    Aku Anak Polis Pencen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Dia dengan si johan jaafar kat media prima tu trojan horse first class!!! Ramai ternganga bila johan jaafar masuk media prima.

      What??? Penyokong tegar Anwar??

      You gotta be kidding....

      Padam
  5. Apa pun Najib akan medengar suara Rosmah , bila Rosmnah berkata-kata itu lah keputusan najib.
    Jadi tidak payah kita membuat cadangan itu dan ini , jika tidak eprcaya tunggu saja nanti.

    Pada kita Rosmah orang kedua selepas Pak Lah merosak kan Umno dan BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya PENDAPAT KAU MEMANG BETUL... 70% BETUL LAGI 30% KAKI BODEK YANG AKAN TENTUKAN

      Padam
  6. Dtao Ahmad Maslan - Menteri Penerangan Komunikasi dan Utiliti
    Dr Mazlan P/Pauh - Senator - Timbalan Menteri Penerangan (Komunikasi)
    Pfof Dr Ismail Daut - Timbalan Menteri - (Utiliti)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong!


      anak kecil

      Padam
    2. Ahmad Maslan ????? Gila apa????

      Padam
  7. Mamat ni playboy dan kaki betina..habis rosak kabinet kalau dia jd menteri..bung mokhtar pun tk layak.zul nordin ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah bersahabat baik dengan gua tahun 1990-96,pas masuk tv3..kawan lama(sebilik) dilupakan sahaja.Takper rezeki ada dimana-mana:)

      Padam
    2. Dahlah kaki betina, lepas tu pukul bini. Tak caya? Tanya loyar lah....

      Padam
  8. Alamak Mamat ni dulu2 80an keje kat Parkson Grand aje lepas grad. Kena tangkap tidor dalam stor beberapa kali. Tapi mamat ni suka lompat keje entah dalam setahun 4x. Masa zaman glamour TV3 jadi sombong pulak, member pun dah tak tegur. Lupakan aje

    BalasPadam
  9. Jangan calon yg ada unsur-unsur LGBT juga diambil, nanti org tak percaya, kita tolak ANuwar sebab LGBT, tetiba dalam UMNO ada menteri yg ada skandal LGBT, dengan org filipina, dan skrg dgn org Siam.

    BalasPadam
  10. NAKIB DA GILA JIKA LANTIK MANGKOK INI, KAU CAYA LAH TENTU ADA DESAKAN LETAK JAWATAN PM JIKA DIA SALAH PILIH..NAJIB DULU DA KATA MASIH SYOK SENDIRI, WALK ABOUT DGN MASYARAKAT CINA , JEMPUT PENARI GANGNAM PSY DAN MICLLE YEO INGAT CIAN NAK SOKONG, SOKONG UTK DTG MAKAN DAN TERIA JUTA JUTA UTK SEKOLAH SJK..LEPAS TU UNDI KE DAP DAN PKR..BN GUNA MEDIA UTAMA KERAJAAN LANGSUNG TAK BERKESAN TV1 , YV3 DAN ASTRO AWANI JEMPUT LAH CERDIK PANDAI BERI PANDANGAN, PADA HAL SEPARUH DALAM HATI MEKA ADA LAMBANG BULAN, MATA DAN ROKET, BN KENA KENCING, ANALISA ANALISA TP TETAP BUAT BENDA YG SALAH SETIAP KALI PILIHARAYA, SIAPA NAK DGR ANALISA SEBELUM PRU DAN SELEPAS PRU,.NAJIB KAH ATAU ROSMAH..MEKA PUN TAK HERAN, PENYOKONG PAKATAN LEBIH SUKA LAYARAI FB, TWITTER, DAN SEBAGINYA ,..MEKA CAYA NAJIB. TAKUT BINI, MEKA BERDUA TERLIBAT KES ALTANTUYA, ROSMAH KUAT BELANJA , SAKAN, PM MALAYSIA BIKAN NAJIB TP ROSMAH..SEMUA DA TERPAHAT DALAM OTAK PENYOKONG PAKATAN TERMASUK PELAJAR U GUA INGAT 70% ,

    BalasPadam