Sabtu, 30 November 2013

Maza Wahabi Dakwa Najib Firaun..!!!


Seekor lagi mualim wahabi negara ini dilihat sebok menelan kapur barus apabila menggelupur melihat Presiden UMNO melantik ustaz terhebat umat abad ini Ustaz Kazim Elias duduk sebaris sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO semalam.

Selain dari juak juak PAS, PKR dan DAP yang dilihat melenting dengan perlantikan Ustaz hebat tersebut, tidak cukup dengan itu bekas mufti si wahabi ini keluar dengan kenyataan lebih tajam dan biadap apabila menyamakan kerajaan Najib ini seakan sama dengan kerajaan Firaun. 

Antara ayat mangkuk tandas wahabi ini ialah…

Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konfliks berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak tolerance dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.

Firaun mengamalkan politik yang sama yang akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah:
“Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)” (Surah al-Qasas ayat 4-5).
Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati telah lahir ciri-ciri negara ataupun kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflik yang memecah belahkan antara rakyat. Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan-pandangan yang bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk. Bermula dari isu larangan orang bukan muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan-kenyataan yang bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara.

Akhirnya kelompok-kelompok minoriti walaupun berbeza antara satu sama lain, tetapi bersatu atas satu asas iaitu membenci kerajaan dan pengurusan kerajaan yang ada. Lalu mereka menjadimajority. Jika mereka itu terlebih ekstrim, mereka mungkin mencari jalan menimbulkan ketegangan balas. Golongan muda dan berminda terbuka menganggap kerajaan ini tidak layak mengepalai politik yang sederhana dan bersikap terbuka serta adil dalam penilaian. Kelompok berpendidikan dan moderate inginkan keharmonian dan keadilan untuk semua. Maka kerajaan ini menjadi makin tidak popular dalam kalangan cerdik pandai yang menjadi tulang belakang negara. Negara pun mula reput, kedamaian mula diragut dan berada di penghujung hayatnya.

Kenyataan diatas ini adalah sebahagian yang penulis ambik yang boleh kita buat kesimpulan. Boleh baca kenyataan penuh di sini

Namun apa yang boleh kita simpulkan ialah Maza Wahabi ini langsung tidak membawa rakyat kepada gambaran yang positif keatas kerajaan hari ini. Kerajaan hari ini dilihat zalim dan melampau walaupun setiap hari tiada seorang pun rakyat yang hidup termasuk Maza hasil dari mencekik dan mentekedarah segala subsidi yang disuap oleh kerajaan yang dia dakwa zalim ini.

Kalau benar Maza ini berilmu, seharusnya dia mengajak kuda belang yang mengimani penulisan sebegini agar terus bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang jauh lebih baik rakyat negara ini nikmati dari rakyat dinegara yang lain. Sebab tu wakil rakyat mereka boleh meluluskan kenaikan gaji hingga 300% peratus kerana kemakmuran hidup yang mereka sendiri hisap, sedut dan hirup setiap hari.

Maza tak perlu jadi ulamak batu api @ ulamak pendengki hingga menggambarkan kerajaan Islam negara ini seperti Firaun. Namun kita sendiri boleh menduga kenapa Maza mengulangi ungkapan keji lagi jelik PAS ini seperti mana mereka melabel Tun M dulu.

Maza bukan sesiapa pun..! Maza hanya lah budak yang dilantik oleh kerajaan yang dia dakwa reput dan seakan firauan ini sebagai Mufti dan dari situ la beliau dikenali. Maza tak rasa apa apa ke cekik duit dari kerajaan yang dia dakwa kerajaan Firaun?

Maza hanya mengulang cara dan strategi PAS, Anwar dan segala puak pembangkang yang menggunakan lunas agama konon untuk menafikan ilmu dan agama para pemimpin negara yang jelas berjasa.

Islam lebih awal hidup dan subur didalam negara sejak dari dulu lagi, malah syiar Islam ini bertambah hebat dan hidup apabila UMNO berjaya membawa negara keluar dari penjajahan serta terbentuk nya sebuah kerajaan semenjak era Kapal layar lagi sebelum namanya bertukar kepada Barisan Nasional pada 1974.

Kalau Maza tak ditakdirkan hidup dan bernafas didalam negara ini pun rakyat dan negara tetap akan hidup seperti adanya seperti mana sebelum hingga la sekarang berbanding jika kerajaan UMNO dan BN ini tidak hidup dan berkuasa.

Kalau orang bodoh mungkin masih lagi boleh diselamatkan..TAPI kalau dah jenis bodoh dan membodohkan lebih baik kita jauhkan diri kerana bimbang kebodohannya boleh berjangkit…!

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Maza ni nampak frust tapi x tau ape yg dia mahukan. Sacara jujur dilihat dia ni tidak ade apa2 yg dier lebeh cerdik dari orang lain.There is nothing special in him.In think thr best thing to do is to ignore him and just leave him alone.Saya ikhlas untuk menasihat Budak ni ia itu biar lah kita tidak memiliki rupa yang cantik tetapi cuba lah berperangai baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul
      SETUJU SETUJU SETUJU..............LEAVE HIM ALONE !

      Padam
  2. "kalau dah nyanyuk tak sedar diri lagi bising tetap miring sampai bila-bila apabila dia dekat nak gila mungkin dia tidak dapat balik kepada kesedaran dan terus akan nyanyuk"

    Nah, sebutanku berputar-putar angin pusing bukan?
    samalah macam maza lumazah ........

    BalasPadam
  3. Dah lama aku meluat kat MAZA ni. Manusia yang tak pernah sedar diuntung. Dia anggap dialah manusia terhebat dan betul segalanya.

    BalasPadam
  4. Maza ni satu hari nanti Allah akan tunjukkan pada dia secara tunai kat dunia ni apa balasan yang dia akan dan patut dapat. Kita harap yang terbaik saja lah......

    BalasPadam
  5. umnobn memang firaun.

    BalasPadam