Sabtu, 1 Februari 2014

Al Fatihah


IPOH: Bapa Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di di Sungai Rokam, di sini, Sabtu.
Allahyarham Muhd Hanadzlah, 92, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang Sabtu, turut mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.
Menurut anak ketiganya, Noorsiah, 60, kesemua tujuh anak Allahyarham berada di samping beliau ketika menghembus nafas terakhir.
"Sejak seminggu lepas ayah tidak berselera makan dan keadaannya bertambah uzur sejak dua hari lepas," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di sini.
Allahyarham meninggalkan 28 orang cucu.
Isterinya Asiah Mior Abdul Rahmanmeninggal dunia pada tahun 2002.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Jaya di sini selepas solat Isyak malam Sabtu. - BERNAMA
Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan disisi roh para solehin...amin
lu Fikir La Sendiri !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan