Sabtu, 8 Februari 2014

Apa Hasil Mesyuarat PBB Tu?

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti PBB Bermula
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden PBB dan Timbalan Presiden II, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kanan) ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di ibu pejabat parti di Kuching, Sabtu. Mesyuarat itu dihadiri semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen daripada PBB. -fotoBERNAMA
KUCHING: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dinanti-nantikan telah bermula di ibu pejabat parti di Petra Jaya di sini.
Ketua menteri, yang juga presiden parti Tan Sri Abdul Taib Mahmud tiba kira-kira pukul 10 pagi, disambut oleh pemimpin-pemimpin kanan parti termasuk timbalan presiden Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, naib presiden kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Ketua Penerangan Tan Sri Adenan Satem.
Turut hadir hadir sekumpulan kira-kira 100 penyokong dari Pertubuhan Angkatan Warisan Anak Sarawak, yang membawa sepanduk dan melaungkan slogan memberikan sokongan terhadap Taib.
"Kami di sini untuk memberi sokongan moral kepada ketua menteri. Kita masih memerlukan khidmat beliau," kata setiausaha kumpulan Mohd Junaidi Sambang.
Taib, hadir memakai kemeja batik PBB, berjalan ke bilik mesyuarat tanpa bercakap dengan pihak media.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan