Nampaknya masih dalam rundingan..! masih dalam kajian..! apa pun pihak kerajaan akan membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi membayar pampasan atas sesuatu yang gagal dirancang dengan berkesan dan bijaksana..!
Kesannya yang bakal rugi pihak kerajaan dan rakyat..! yang tetap untung adalah para kapitalis serta para punahsihat..!
Baca kaitan AES dengan Omar Ong di anotherbrickinwall.disini. agaknya berapa banyak la duit para penyamun tarbus ni yer..?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kementerian Kewangan menafikan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada syarikat pengendali sedia ada dengan nilai RM180 juta bagi setiap syarikat.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya ketika ini dalam proses menentukan nilai, justeru jurang jumlah penilaian seperti dilaporkan di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin adalah salah kerana pihak kementerian masih lagi berunding.
"Nilai pengambilalihan itu berdasarkan aliran tunai diskaun (DCF) yang adil dan munasabah ke atas ekuiti termasuk nilai aset dan liabiliti mereka.
"Kementerian Kewangan komited untuk melaksanakan pentadbiran yang baik dalam memastikan pengambilalihan dua syarikat berkenaan berjalan lancar, seterusnya pelaksanaan berkesan bagi AES bergerak ke hadapan," jelas kenyataan itu hari ini.
Semalam, akhbar berbahasa Inggeris terbabit melaporkan, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM180 juta bagi mengambil alih setiap syarikat secara keseluruhan, sementara syarikat tersebut berpendapat jumlah itu sepatutnya dua kali ganda atau lebih.
Sebelum ini, dua syarikat mengendalikan AES adalah Redflex Traffic Systems Pty. Ltd., yang diwakili Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ROBOT Visual Systems diwakili ATES Sdn. Bhd..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan