Rabu, 5 Februari 2014

SPR Pun Terkejut..!


Anwar..Anwar..! kecik kecik tak nak mampus..dah tua menyusahkan orang..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!


    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kekosongan mengejut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi faktor Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hanya boleh diadakan pada 23 Mac depan.
    Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berkata, undang-undang membenarkan SPR untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari dari hari kekosongan kerusi berkenaan iaitu pada 27 Januari lalu.
    "SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihan raya kecil ini. Buat masa ini kita menumpukan perhatian kepada urusan lain di bawah tanggungjawab SPR.
    "Tapi apabila pengumuman yang tidak disangka-sangka ini berlaku iaitu ada wakil rakyat yang meletak jawatan, kita kena ubah 'gear'...ubah semua sekali untuk membuat persediaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRK Kajang di pejabatnya di sini, Rabu.
    PRK DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac dan penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.
    Ini bermakna tempoh sah berkempen bagi PRK DUN Kajang hanya akan berlaku dalam masa lebih sebulan lagi.
    Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pihaknya memerlukan masa yang cukup untuk membuat persediaan termasuk menempah dakwat kekal dari luar negara dan penyediaan latihan kepada petugas SPR.
    "Kita mesti sediakan daftar pemilih yang lengkap, seberapa bersih yang mungkin, tempat mengundi, tempat penamaan calon, tempat penjumlahan undi... semua ini mesti dipersetujui oleh pemilik bangunan.
    "SPR juga perlu uruskan dakwat kekal, ini memerlukan masa. Kalau tiada masalah mungkin dalam masa dua minggu untuk dapatkannya. Begitu juga latihan, kita tak mahu lagi berlaku kesilapan mengisi borang-borang dan sebagainya," katanya.
    Ditanya mengenai tindakan parti politik yang sudah berkempen walaupun tempoh sah bagi tujuan itu hanya bermula lebih sebulan akan datang, Abdul Aziz berkata, perkara itu berada di bawah tanggungjawab pihak berkuasa untuk membuat pemantauan.
    "Di bawah undang-undang SPR hanya diberi kuasa untuk memantau kempen selepas hari penamaan calon hingga pengumuman keputusan dibuat jika ada pertandingan.
    "Tapi kempen sebelum penamaan calon, itu bukan tanggungjawab SPR. Itu adalah tugas badan-badan lain yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tapi sepatutnya parti politik tunggulah tempoh kempen secara rasmi yang ditetapkan," katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan