KUCHING 12 Feb - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada pukul 3 petang Rabu.
Menerusi pengumuman mengejut pada tengah hari Rabu, Jabatan Penerangan Negeri mengeluarkan jemputan media bagi membuat liputan majlis berkenaan di Astana Negeri.
Sebelum ini, Abdul Taib mengumumkan bahawa beliau akan menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak pada Sabtu ini.
Bagaimanapun dengan pengumuman mengejut ini, dijangkakan bahawa Abdul Taib akan menghantar surat perletakan jawatannya lebih awal.
Abdul Taib memegang jawatan tertinggi di negeri ini sejak 33 tahun lalu adalah pemimipn kerajaan yang berkhidmat paling lama di negara ini.
Berita mengenai jangkaan Abdul Taib akan mengundur diri sebagai Ketua Menteri tidak lagi memberi kesan buruk kepada syarikat yang ada kaitan dengan Sarawak di Bursa Malaysia.
Sebelum ini, media melaporkan, Abdul Taib sudah memilih beberapa calon dengan kriteria yang diinginkannya.
Menurut kenyataan sumber berkenaan, tiga nama sudah dikenal pasti akan menggantikan beliau, iaitu Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem, 69; Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Openg, 64; dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, 58.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan