Ahad, 16 Februari 2014

Alamak..! Mad Maslan Sound Najib Pulak..!


Kira ganas juga la Ketua Penerangan UMNO sekarang ni bila dah boleh sound bos…!

HULU LANGAT 15 Feb. - Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) diharap dapat membuat keputusan segera sama ada akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, keputusan perlu dibuat untuk memudahkan perancangan gerak kerja jentera parti memandangkan setakat ini ahli akar umbi masih tertanya-tanya.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Batu 10 dan mengunjungi rumah beberapa penduduk di sini hari ini.

Dalam program tersebut, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO diiringi Pengerusi MCA Hulu Langat, Lee Ban Seng; Ketua Wanita UMNO Hulu Langat, Azizah Saadin; Ketua Pemuda bahagian, Mohd. Halim Wahab dan Ketua Puteri bahagian, Helmi Fadilah Abd. Halim.

Beliau turut menyerahkan bantuan peribadi dan daripada UMNO Hulu Langat kepada beberapa penduduk yang mengalami masalah di Kampung Batu 10, Taman Shah Jaya dan Taman Damai Jaya.

Mengulas pendapat beberapa pihak yang meminta BN tidak bertanding dalam PRK DUN Kajang, Ahmad berkata, tindakan sedemikian adalah langkah pengecut malah memberi gambaran parti itu telah kalah sebelum berjuang.

"BN hanya memerlukan 3,500 undi baharu untuk memenangi kerusi ini malah kita pernah menang di sini. Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali turut serta dalam pilihan raya kecil.

"Jangan kalah sebelum berjuang, saya sendiri sudah tujuh kali datang ke kawasan ini dan melihat sambutan yang menggalakkan selain jentera parti sendiri yang penuh semangat," tegasnya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. bagus2...teruskan berbalah UMNO/BN...korang memang takde decision yang bagus sekarang ni..

    BalasPadam
  2. najib memang nak sangat bn bertanding di dun kajang.. kalau najib yang cakap sudah pasti cina mca tuntut macam macam untuk kepentingan kaum nya.. mad maslan cakap begitu hanya sekadar wayang penyampai hasrat najib.. lagi pun najib dah tak sabar nak bagi bantuan pada sekolah cina.. sebagai presiden umno..najib telah terhutang maruah kepada ahlinya dan orang melayu yang dihina setiap hari oleh kaum cina..

    BalasPadam
  3. Bn tak yah tanding laaa....

    Lg pon kalo tanding pon sapa nak dengar ckp umno dan bn....

    totok pas akan gigit harakah dgn geraham manakala atas pagar akan lari x mau dengar....

    Umno bwk la bukti 10 lori pon.... tp masyarakat mlayu akan dgr ckp pas saja... manakala undi cina akan solid ke dap...

    Biarkan ngo saja yg belasah anwar di kajang...

    Biarkan bekas kwn2 anwar saja yg bogelkan anwar...

    Cari bekas org kuat mca bertanding bebas utk pecahkan undi cina ke dap...

    Manakala bekas2 kwn anwar akan kempen utk menangkan zaid...

    Harap semua kwn2 anwar yg kenal 30 thn boleh turun dan bogelkan anwar...

    Umno dan bn cuma perhati lg jauh sajaa... memana topik yg sensasi boleh keluar muka dpn akhbar...

    Target praya kali ini ialah bogelkan anwar dari perspective ngo dan org2 kanan dia... baru la totok pas akan berani dengar dan atas pagar akan hayati penjelasan....


    BalasPadam