Tak tumbuh tak melata..tak sungguh tak kata..! Nampaknya angin bertiup semakin kencang..! rasanya ramai yang tak sabar menanti sesuatu berlaku pada akhir minggu ini..!
Apa pun berlaku biarlah Taib menentukan masa dan penggantinya..! Jasa dan kekuasaan yang Taib miliki selama ini telah berjaya menjadikan Sarawak sebagai negeri selamat bagi Barisan Nasional - BN..!
Maka sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Sarawak selama ini harus la diberikan keutamaan dalam mengisi jawatan penting negeri bumi kenyalang itu. Pemimpin kena cerdik dalam memahami kehendak dan aspirasi rakyat..!
Kalau rakyat mahu Taib kekal maka Taib perlu kekal sehingga Pilihanraya negeri yang dijangka berlangsung pada 2016 nanti NAMUN jika rakyat mahukan seorang Ketua Menteri baru maka tolong pastikan pengganti beliau nanti semestinya akan mudah diterima dan disokong oleh rakyat..!
Simple…yang penting rakyat..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
KUCHING 6 Feb. - Spekulasi mengenai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara bulan ini memuncak hari ini apabila beliau tidak hadir pada satu lagi majlis rasmi, yang kedua sejak desas-desus itu tersebar semalam.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu mewakili Taib pada majlis penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Kerajaan Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Semasa ditemui pemberita, Jabu berkata adalah perkara biasa bagi seorang ketua menteri untuk meminta anggota Kabinet mewakili dirinya apabila beliau mempunyai komitmen lain yang lebih penting.
"Beliau (Taib) meminta saya sebagai timbalannya untuk mewakilinya; saya
sebagai timbalannya hanya menjalankan tugas mewakilinya. Ia perkara biasa,"
katanya tanpa mengulas lanjut.
Kepada soalan lain, Jabu, juga enggan menyatakan sama Taib berada di dalam negeri atau di tempat lain.
Malam tadi, Taib mewakilkan tugas merasmikan majlis makan malam Lembaga Lindungan dan Pembangunan Tanah Sarawak (Pelita) kepada Menteri Perancangan Sumber dan Alam
Sekitar, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Semasa berucap pada majlis itu, Awang Tengah memohon maaf atas ketidakhadiran Taib dan menyatakan Ketua Menteri mempunyai komitmen lain.
Awang Tengah, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) meminta wartawan menulis mengenai teks ucapan Taib yang dibacakannya pada majlis itu.
Beliau enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa Taib akan bersara bulan ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan