Jumaat, 7 Februari 2014

Mana Satu?


Naib Presiden kata lain…Ketua Penerangan kata lain..! Belum perang dah pening..!!!

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mahu parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada Mac depan agar tidak menggunakan isu moral dan pendekatan video seks sebagai bahan berkempen.  
“Perkara itu harus dielakkan dan dipatuhi semasa tempoh kempen bermula pada 11 Mac ini, sama ada oleh Barisan Nasional atau Parti Keadilan (PKR),” katanya.
Beliau berharap semua pihak  akur gesaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak mahu pendekatan seperti itu berlaku pada PRK Mac depan.
“Kita harap mereka faham dan patuh perkara ini. Peraturan ini boleh dikeluarkan tetapi kadang-kadang penguatkuasaannya sangat lemah,” kata Menteri Pembangunan Luar dan Wilayah.
Ahmad Maslan kata..
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.
Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.
"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah,” katanya dilapor Malaysiakini.
Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar.
"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta.
SPR Kata
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.
“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau. Dalam mengulas kenyataan Ahmad, Abdul Aziz menggesa semua pemimpin politik agar menasihatkan pengikutnya agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi.
Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila penyokong parti politik cendrung melanggar peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon.
“Kami boleh memberikan kawalan tetapi parti politik perlu memberikan kerjasama untuk menasihati pengikut mereka.
“Kebanyakan mereka ini, cakap lain, buat lain. Semasa hari penamaan calon diingatkan adalah dilarang memberikan ceramah politik dan menggunakan pembesar suara,” katanya yang meminta segala bentuk keganasan yang pernah berlaku dalam PRK sebelum ini tidak diulangi.
Rakyat kata..
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Hi great blog! Does running a blog similar to this reqhire a lot of work?
    I have very little understanding off computer programming however I
    had been hoping to start my oown blog in the near future.
    Anyway,should you have any suggestions or techniques
    for new blog owners please share. I understand this is
    off subject but I simly needed to ask. Many thanks!


    Also visit my web page - gta 4 download

    BalasPadam