Apa cerita ni..!
Macam cerita main main pulak..! habis yang selama ni sampai hampir 30 negara terlibat ni buat apa? buat bodoh? atau semuanya kena bodoh? siapa yang membodohkan ni..!!!
Masa, tenaga dan wang ringgit berbilion dah terbuang..! bagaimana dengan hati dan perasaan waris mangsa..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
MH370 bukan berakhir di kawasan carian sekarang
29 MEI: Selepas menelan kos berbilion ringgit dan melibatkan banyak aset canggih dengan teknologi terkini dari pelbagai negara, kawasan laut dalam di selatan Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MMH370 akhirnya pada Khamis diisytiharkan sebagai bukan kawasan pesawat berkenaan berakhir dan hilang.
Pengesahan berkenaan diumumkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan perkiraan profesional agensi penyelaras Australia itu selepas kapal selam mini tanpa pemandu Bluefin-21 selesai melaksanakan misi selaman terakhirnya bagi mencari MH370 semalam (Rabu).
“Petang semalam, Bluefin-21 telah menyelesaikan misi selaman terakhir dalam had kedalaman operasi mencarinya di sekitar kawasan terakhir isyarat akustik (ping) dikesan pada awal bulan April lalu oleh alat penjejak ping yang ditunda menggunakan kapal ADV Ocean Shield.
“Setelah data yang dikumpul dalam misi selaman terakhir semalam itu dianalisis, hasilnya Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) ini boleh memberi nasihat bahawa tiada tanda-tanda serpihan pesawat telah dijumpai oleh kapal selam mini berkenaan.
“Sejak ia menyertai usaha pencarian Bluefin-21 telah terlibat dalam misi carian yang dilakukan dengan teliti di lebih daripada 850 kilometer persegi kawasan dasar laut dan tidak menemui sebarang mencari tanda-tanda serpihan pesawat yang hilang.
“Dengan itu Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memaklumkan bahawa pencarian di sekitar kawasan isyarat akuistik dikesan kini boleh dianggap selesai, dan pada pertimbangan profesionalnya kawasan berkenaan boleh disimpulkan sebagai bukan lokasi penerbangan MH370 berakhir,” kata JACC dalam kenyataan bertarikh hari ini yang turut dilampirkan di sini.
Empat isyarat yang dikaitkan dengan penggera pesawat tersebut sebelum ini telah dikesan oleh kapal Tentera Laut DiRaja Australia, Ocean Shield yang menggunakan kelengkapan dari Amerika Syarikat.
Dua daripadanya dikatakan begitu konsisten dengan isyarat perakam data penerbangan dan kokpit pesawat (kotak hitam).
Sehubungan itu, kata JACC lagi, misi pencarian kini akan memasuki fasa baru dengan semua data penerbangan akan dikaji semula dan pemetaan dasar laut dalam jangkauan penerbanngan MH370 akan dilakukan secara komprehensif.
“Adalah dijangka bahawa komponen fasa carian baru itu akan bermula pada bulan Ogos dan mengambil masa sehingga 12 bulan.
“ATSB akan membuat pembukaan tawaran tender secara rasmi dalam waktu terdekat bagi mencari pihak yang berkemampuan menggalas operasi carian bawah air (di dasar laut) ini.
“Satu kontraktor utama tunggal akan dipilih dan ia bertanggungjawab menyediakan kepakaran, peralatan dan kapal bagi menjalankan carian.
“Penawaran tender berkenaan akan dibuat menggunakan sistem tender kerajaan Australia yang dinamakan AusTender dan diurus secara online melalui laman www.tenders.gov.au,” jelas JACC.
Penerbangan MH370 sepatutnya dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Kurang sejam selepas berlepas, pesawat itu dilaporkan hilang dan pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Baru-baru ini, satu laporan awal mengenai insiden kehilangan MH370 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.
Ia antara lain mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, senarai kargo dan senarai penumpang pesawat itu, telah dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada awal bulan ini.
Terbaru, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dengan kerjasama firma satelit United Kingdoom, Inmarsat, telah mendedahkan data satelit mentah yang belum diproses kepada umum, khususnya waris anak kapal serta penumpang MH370 setelah didesak agar bersikap telus.-bnbbc.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan