Kadang-kadang kita hairan, orang yang kononnya sudah mengaji tinggi-tinggi tapi tidak menunjukkan keilmuan yang sepatutnya telah beliau perolehi. Sebab itulah adanya kaedah-kaedah tertentu serta syarat-syaratnya untuk seseorang itu berijtihad. Bukan setakat mengaji satu bidang sahaja sudah boleh kita menjadi pakar untuk semua bidang.
Kalau kita ke Institut Jantung Negara, saya yakin tidak ada seorang pun daripada kita akan mengizin seorang doktor pakar kulit untuk membedah kita. Dan IJN pun pasti tidak akan membuat polisi gila sedemikian.
Sebab itu saya hairan Asri, mantan mufti Perlis, sama ada tidak faham tentang sesuatu isu dan sembrono membuat kenyataan atau beliau terasa sudah terlalu pandai?
Dalam komen terbaru beliau merujuk kepada Seminar Kristologi dan Kalimah Allah Nusantara di UiTM yang diadakan minggu lepas beliau seolah-olah mengecam penganjuran program sedemikian.
Beliau mengatakan:
Islam tidak ditindas di Malaysia
Janganlah terkejut kalau ada orang yang mengajak masuk Kristian.
Bila masa kita kata Islam ditindas di Malaysia? Dia baca dan faham atau tidak apa yang kami suarakan? Dan siapa kata kita terkejut dengan orang Kristian hendak dakyah orang Islam? Kita telah diperingatkan oleh Allah s.w.t. bahawa orang Yahudi dan Nasrani SENTIASA dan SAMPAI BILA-BILA akan bersungguh menyesatkan kita. Kita tahu pelampau Kristian ini akan sentiasa merancang, Allah sudah firmankan.
Asri sebaliknya mengatakan bahawa orang-orang Kristian ini amat dekat dengan orang Islam:
“Orang yang dekat dengan Muslim ialah Kristian. Al-Quran kata kamu akan dapati orang yang paling dekat perasaan sayangnya pada orang Islam itu adalah Kristian,"
Saya tidak pasti dari mana sumber pendapatnya sebab TMI tidak lapor. Saya agak dia maksudkan itu diambil dari ayat Al-Maaidah:82. Dan ayat inilah juga ramai yang suka bangkitkan apabila saya menceritakan tentang ancaman dari ayat Al Baqarah:120.
Ayat tersebut merujuk kepada baginda Raja Najasi Habshah. Saya petik sebahagian yang telah saya sebut itu:
Inilah perbezaannya dengan Baginda golongan Nasrani yang amat dekat sekali mesranya dengan orang-orang Islam bukannya puak-puak pengganas evangelis yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat Islam. Malah kita baca sekurangnya 17 kali sehari tentang golongan sesat ini dengan meminta perlindungan dari Allah s.w.t.
Dia hendak tunjuk dia pandai berhujah. Tapi dia berhujah di luar konteks. Dia hendak perlihatkan kehebatan untuk qias. Tetapi itu qias maalfariq (kiasan yang tidak kena).
Sebab itu apabila isu kalimah Allah dulu dia pun ingin tunjuk kehebatannya untuk membolehkan pelampau Kristian guna kalimah Allah maka dia kata bagaimana orang bukan Islam hendak menyanyikan lagu negeri kerana, kata Asri, "jika non-muslims sama sekali tidak dibenarkan menyebut ... Tuhan Allah ..."
Payahlah macam ini. Isu asas pun dia tidak faham. Menyebut ada bezanya dengan mengguna untuk ajaran agama mereka. Contoh, kalau si-Kristian ada kawan yang bernama Abdullah, kita tidak larang beliau untuk berterusan panggil kawannya "Abdullah". Takkan kita nak suruh si-Kristian panggil kawannya dengan "Abdul Tuhan"?
Asri hendak mengeluarkan pendapat, dia tidak rujuk larangan yang dibuat. Bacalah dulu enakmen yang melarang tu. Apa yang disebut dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Negeri Selangor AMAT jelas, terutama dalam perkara 9.
Asri turut mengatakan:
“Janganlah kita berlebih sangat. Ada NGO tertentu yang nak promosi NGO mereka, berlebihan sangat.
Saya bimbang jika ianya kata dulang paku serpih.
Cuma saya masih mengharapkan mungkin pelapor berita di TMI tersebut, Hasbullah Awang Chik, tersalah dengar atau tersalah lapor.
Asri oh Asri,aku mengikuti kuliah-kuliah kau sejak kau lawan debat dgn Astora Jabat lagi,tak sangka begini jadinya kau,Kalau nak jadi populer biarlah pada jalan yg betul ,bukan dengan cara mengetegahkan idea 'asal berbeda' dgn orang saja.Nak beri idea yg berbeda boleh,tapi belajar macam mana Tun Mahahtir mengelurkan idea,berbeda tapi ada logiknya,macam dalam kes MH370,argument Tun menyebabkan Boeing pula yg kelihatan salah dan lemah.
BalasPadamDia ponteng kot, masa kuliah tafsir ayat Surah Al Maidah 82 tu ? Bnyk lg agaknya kuliah kuliah yg dia tak hadir, tu yg jadik mcm org ngaji tak habis tu.
BalasPadamSila baca :
BalasPadamAre the Christians who exist nowadays the closest to us in love and friendship?
http://islamqa.info/en/22182
putar belit dan salah tafsir ni mungkin sebahagian dari tesis pengajiannya. kot tak puas hati dengan phd yg ada dan nak buat baru...kot la.
BalasPadamBg aku dia ni gila glamer!! Nk tunjuk pandai tp makin mengelirukkn umat islam skg ni!! Byk benda yg keluar dr mulut dia boleh dipertikai..fikir sdiri la boleh pakai ka tidak dia ni?
BalasPadam