- Tiong ancam 'perang' jika BN terima TERAS
- Presiden sementara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing mengisytiharkan, akan berlaku “perang terbuka” jika Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) diterima ke dalam BN negeri.“Akan terdapat perang terbuka jika TERAS bertanding mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.Anggota Parlimen Bintulu itu menambah:“Bagaimana akan ada perpaduan jika tiga komponen parti akan hilang peruntukkan kerusi tradisional BN kepada TERAS jika ia diterima ke dalam gabungan?“Musuh sedang menunggu untuk meraikan apabila kamu bertengkar dan berbalah.”Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Peter Minos menyelar Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kerana menentang kemasukan TERAS dalam BN.Monos berkata, penentang langkah itu patut mengambil kita perpaduan dalam BN dan mengkaji semula pendirian mereka.Sebelum ini, empat pemimpin SUPP, tiga daripadanya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), keluar parti dan memberi nafas baru kepada TERAS.TERAS juga menerima penyertaan Menteri pembangunan sosial Tan Sri William Mawan Ikom dan anggota Parlimen Baram Anyie Ngau yang meletakkan jawatan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).Menyertai mereka, ADUN Pelagus dan timbalan presiden Parti Pekerja Sarawak George Lagong dan empat wakil rakyat yang dipecat – dikenali G4 – iaitu Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Entri (Marudi), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Rosy Yunus (Bekenu).Cina ni ada kes PKFZ kan? apa cerita?Lu Fikir La Sendiri!!!
Rabu, 21 Mei 2014
Najib Di Ugut Lagi...!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan