Khamis, 29 Mei 2014

Rombakan Para Penyamun..!


Bagus la kalau berani ambil tindakan..! buat la perubahan..! takkan kita tak sedar mereka yang menyamun ni boleh tinggal di bunglow, kereta berkilat kilat, anak sekolah antarabangsa, harta bersusun susun, duit berkepok kepok..!

Semuanya boleh dilihat dengan mata, dengar dengan telinga serta boleh diambil tindakan dengan tanggungjawab dan amanah yang terpahat di dada dan kepala..! tapi kalau kita pun 2x5..! habuk depan mata pun boleh jadi gurun..! berdebu dan berpasir..! sebab apa? sebab kita pun masyukkk! kita pun sama penyamun..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Agensi-agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab memantau subsidi diesel perlu dirombak secara besar-besaran dalam usaha membanteras penyeludupan diesel ke negara jiran, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed. 

Nur Jazlan berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada pengurusan tertinggi agensi-agensi berkenaan dan pembaziran wang rakyat perlu dihentikan segera. 

"Jenayah ini bukan baharu dan melihat daripada statistik yang dikeluarkan SPRM, penguatkuasaan dijalankan sejak lima tahun lalu, tetapi kegiatan penyeludupan terus berlaku," katanya dalam satu kenyataan malam Rabu. 

Beliau berkata kerajaan perlu memikirkan mekanisme baru dalam membanteras gejala itu termasuk mewajibkan semua pegawai dan kakitangan agensi penguatkuasaan mengisytiharkan harta mereka secara berkala. 

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu atau Perdasama Datuk Moehamad Izat Emir berkata perubahan harus dilakukan supaya struktur ekonomi ditingkatkan setimpal dengan perubahan taraf hidup semasa khususnya kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan layak. 

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel kerana berlaku banyak ketirisan yang merugikan negara.

2 ulasan:

  1. Bukan mengisytiharkan harta menjadi kewajiban setiap kakitangan awam tanpa mengira siapa mereka,,, Tak buat kerjalah ni... Big boss pun tak buatlah tu...

    BalasPadam
  2. share link bro http://pendekarawang1.blogspot.com/

    BalasPadam