Selasa, 6 Mei 2014

Paku Dulang Paku Serpih..!


Kata orang…dia yang lebih..! pttuuiihh..!!!

Pemilihan PKR: JPP Tangguh Umum Keputusan Terkini

PETALING JAYA: Bahang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masuk minggu kedua kini makin terasa apabila parti itu terus diselubungi isu penipuan dan salah laku ketika proses pengundian pada 3 dan 4 Mei lalu.

Berikutan itu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) terpaksa menangguhkan pengumuman keputusan terkini pemilihan membabitkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

Bercakap kepada mStar Online, Timbalan Pengerusi JPP, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa dakwaan penipuan dan kesilapan sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.

Mengakui wujud beberapa kesilapan membabitkan proses pengundian, Tan bagaimanapun memberi jaminan pihaknya akan berlaku adil dan mengambil tindakan tegas berhubung salah laku yang mencacatkan pemilihan parti itu.

"Saya sahkan bahawa kita sudah menerima semua keputusan. Tapi buat masa ini kita tak boleh umumkan dahulu. Kita takut ada kesilapan jika terburu-buru.

"Kita sedang semak semua data, ada kesilapan dan kami perlu semak dan siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Media melaporkan wujud kekecohan pemilihan PKR yang masuk minggu kedua Sabtu dan Ahad lalu membabitkan beberapa Cabang iaitu Sungai Petani di Kedah, Nibong Tebal dan Balik Pulau (Pulau Pinang), Tenom, Sepanggar, Beaufort, Keningau dan Tuaran (Sabah) dan Lumut (Perak).

Kekecohan turut menyebabkan pemilihan bagi beberapa jawatan terpaksa dibatal dan ditangguhkan ke tarikh baharu.

Sementara itu, Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mendakwa tindakan 'tangan-tangan ghaib' menimbulkan kekecohan kerana mahu memenangkan calon pilihan mereka.

"Kekecohan atau 'blakcout' ini terjadi di Cabang yang menunjukkan keputusan yang tidak memihak kepada calon pilihan mereka.

"Sebab itu kita mahu JPP turun padang dan menyiasat semua dakwaan yang dikemukakan ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Menurut sumber, proses pemilihan awal Cabang Sepanggar kecoh apabila dewan yang digunakan tidak dilengkapkan dengan tanda arah untuk membantu perwakilan mengundi.

Selain itu, ketiadaan petugas JPP mengawal kemasukan perwakilan menyebabkan orang ramai menyerbu dan memaksa anggota Rela mengawal situasi. 

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. its time for payback. kita duduk dan lihat. setiap fitnah yg dilemparkn.....pasti akan dpt balasan setimpal. Ade org BN pegi kacau? Xde. Lain kali berigtlah....kalau nk tuduh..adakah bukti yg jelas...kalau xde...anda buat fitnah. Fitnah tu satu dosa besar. Skrg ni....kita just duduk...dan lihat lah mereka berpeluh2...menerima kembali hasil fitnah yg dilemparkn terhdp org lain.

    BalasPadam
  2. Terbukti Pakatan Haram adalah lebih teruk dari segala segi.. kroni,rasuah,cantas-mencantas,tak bermoral,kaki fitnah & gila kuasa.. SEMUA ADA!

    Kesimpulannya: Lebih baik lagi BN yg memerintah Malaysia walaupun ada kekurangannya!

    BalasPadam
  3. Nak kata ape lagi. Bila dah terkena batang hidung mereka sendiri, semua macai2nya buat muka tersenggeh-senggeh macam beruk berak kapur je. Memang memalukan.

    BalasPadam