Setiap dari kita mempunyai seorang wanita yang dipanggil ibu..! teringat akan sajak yang cukup popular satu masa dahulu…
Layan…
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
Setiap langkah kita
diiringi pesanan ibu
"buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang yang punya petunjuk
tolaklah kawan penagih rokok."
ibu yang satu
menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
"jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan ibu beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa masuk perangkap
Si bedul sudah ditangkap
Si Bedul masuk lokap
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"pilihlah kawan yang bermutu
jangan dipilih kawan berhantu"
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu
Ya, pesanan ibu.
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
karya Rahman Shaari
Lu Fikir La Sendiri!!!
Jgn sesekali derhaka pd ibu, kecik kecik dlm perut kita dah nyusahkan dia, berat perut dia tambah dekat 13 kilo hingga bersalin, cuba kita ikat batu 13 kilo kat perut, berapa lama boleh tahan, usung ke ulu ke ilir. Betis pulak kejap krem, kejap krem. Tidur malam pun tak senang asik kena tendang je perutnya. Bila dah lahir pulak, lg la mcm mcm, kita berakkan dia, kita kencingkan dia, makan minum kita, sakit demam kita, sume kat dia, hingga la kita besar boleh berdikari, berapa bnyk dah kita nyusahkan ibu (jugak bapak) kita. Sesekali kena marah ke, kena leter ke, apa la nak ambik hati sgt. Tak suka pun diam aje le.
BalasPadamAntara amalan berpahala, tak buat apa pun, tengok aje pun dah berpahala insyaAllah, tengok wajah ibu. Yg dok jauh jauh tu jgn lokek nak balik jengok ibu.
T'Kasih Putra Merdeka atas sajak yg. sungguh indah dan penuh pengajaran ini dr. Rahman Shaari. Antara pesanan yg. amat penting dan pertama yg. perlu pd. anak-anak - jgn. sekali tinggalkan Solat lima waktu!
BalasPadamMakcik Sambal Belacan.
Tqvm admin ,... mohon share sajak tu
BalasPadam