Sabtu, 3 Mei 2014

MH 370 ~ Sejarah Awal Yang Didedahkan..!


Nampaknya kerajaan juga sudah tidak mampu menahan asakan pelbagai pihak yang terus mendesak untuk mengetahui cerita sebenar..! ianya memungkinkan pihak kerajaan mengambil jalan keluar dengan mendedahkan sebahagian besar cerita awal kejadian MH 370 berkenaan..!

Syabas…!

KUALA LUMPUR: Laporan awal tragedi MH370, yang antara lain mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, senarai kargo dan senarai penumpang pesawat itu, telah dikeluarkan pada Khamis oleh Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata laporan itu dikeluarkan kerana selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan tidak menganggu proses penyiasatan atau proses pencarian untuk pesawat yang hilang itu, ia seharusnya didedahkan kepada orang ramai.

Laporan awal itu adalah hasil daripada siasatan sepasukan pakar dalaman, yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai kehilangan pesawat MH370.

Pesawat itu hilang pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.



Peta laluan pesawat MH370

map


map

 
map


Rakaman audio antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara, KL




Tindakan yang telah diambil pada hari kejadian

ac
Senarai Kargo

kargo


cargo

cargo


cargo


cargo

c

c
Senarai penumpang

i

i


i
i
i
,
i
mh370
Disamping itu didedahkan juga…

KUALA LUMPUR: Berikut laporan mengenai komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus, merumuskan urutan peristiwa berkaitan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.

1.01:38:19 pagi : Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.

2.01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.

3.01:46:46am : HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370, menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada komunikasi secara lisan. Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada radar padam di "waypoint BITOD."

4.01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah "negatif".

5.01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan untuk berkomunikasi melalui beberapa frekuensi dan pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.

6.02:03:48am : KL-ATCC bertanya HCM mengenai status MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan tiada komunikasi lisan dibuat. KL-ATCC menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.

7.02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.

8.02:11:37 pagi : HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.

9.[02:15 pagi] [tiada rakaman suara] :(dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya Malaysia Airlines OPS siapa yang maklumkan bahawa MH370 dapat berkomunikasi di ruang udara Kemboja.

10.02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah melalui ruang udara Vietnam. HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat atau komunikasi dengan MH370.

HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.

KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.

HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.

11.02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan tidak pasti sama ada mesej sampai atau tidak.

12.02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.

13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun dengan memberikan koordinat N14.90000 E109 15 00 pada jam 1833 UTC.

14.02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines Operations.

15.02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan frekuensi kecemasan.

16.[03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa maklumat data penerbangan adalah berdasarkan ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.

17.03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.

18.03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.

19.04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya jika ada sebarang maklumat diterima daripada Hong Kong atau Beijing.

20.05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.

21.05:20:17 :Kapt [name redacted] minta maklumat mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, "MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia".

22.05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.

23.05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.

24.06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan