Jumaat, 16 Mei 2014

Tahniah BN Sarawak..!


Matang dan bijaksana..!

Lepas ni selesaikan satu satu..! kedudukan calon yang mewakili parti baru Teras dan parti sedia ada seperti SPDP dan SUPP tentu akan menimbulkan kemelut..!

Cikgu 'besau' ada di Istana Negeri..! Jangan segan jangan malu bertanya..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUCHING 16 Mei - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberitahu, Barisan
Nasional (BN) Sarawak tiada masalah untuk menerima Parti Tenaga Rakyat Sarawak
(Teras) sebagai komponen baharu dalam parti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pihaknya sedia membuka pintu
kepada 11 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar
daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP) berkuatkuasa semalam.

"Dalam perjumpaan tadi, mereka (ahli Teras) telah memberi saya jaminan bahawa
sangat setia dan sentiasa bersama BN.

"Jadi, saya sangat berbesar hati mendengar penjelasan daripada mereka dan kita
akan melakukan persiapan jika ada keperluan nanti, " katanya dalam sidang
akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, beliau akan memaklumkan kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perkembangan terkini berhubung perkara itu. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan