Artikel saya minggu lalu mendapat banyak komen dan kritikan yang amat menyakitkan Apa nak buat, itulah Ridhuan Tee! Kalau tidak kontroversi, bukan dia. Saya sudah lali. Hanya mahu mengingatkan sahaja, tidak lebih dari itu. Kena pada kita tak apa, kena pada mereka tidak boleh. Jadi, dimanakah keterbukaannya? Takkan saya nak membiarkan kita terus diserang, tanpa menyerang.
Dalam banyak yang mengutuk, saya amat terkesima dengan komen yang berbunyi;
“Komen Prof yang saya baca dalam Yahoo News sebentar tadi amat saya menarik perhatian saya. Kebetulan saya sedang menonton klip video riwayat Muhamammad Ali yg mana beliau pernah "migrate" ke Europe atas desakan racis orang Amerika kerana statusnya sebagai immigran Negro dan juga Islam. Sekembalinya Ali, kemudian dijelkan atas sebab yang lebih kepada anti Islam dan bertentangan dengan pentadbiran US. Agaknya kerajaan Malaysia juga harus ikut contoh ini. Saya agak "flabbergasted" dengan segelintir Malaysian yang tidak tahu bersyukur dengan kebebasan dan kemewahan ketoleransian yang telah mereka nikmati. Pada hemat saya lebih 5 juta pendatang asing yang datang sini cari makan di Malaysia menunggu untuk menggantikan mereka ini.
Cuba saudara baca artikel ultra kiasu dalam laman web ultra kiasu minggu, mengenai sumbangan bukan Islam di negara ini. Langsung tidak mengaitkan orang Melayu selaku majoriti. Seolah-olah bukan Melayu sahaja yang menyumbang, orang Melayu tidak.
Kerana terlalu marahkan NGO PERKASA dan ISMA, atas pandangan mereka, laman web ultra kiasu telah menonjolkan 10 sumbangan bukan Melayu kepada negara ini, berbanding orang Melayu. Teruja saya untuk menjawabnya.
Pertama, katanya, orang bukan Islam adalah penyumbang terbesar pendapatan cukai kepada negara. Salah. Saya jawab, penyumbang terbesar adalah Petronas dan GLC yang lain. Buat kajian betul-betul. Cukai tak langsung iaitu cukai kepenggunaan. Paling banyak dibayar oleh orang Melayu sebab mereka adalah majoriti. Cukai langsung kita bincang kemudian.
Kedua, daripada 29 juta penduduk negara, hanya dua penyumbang pingat dalam sukan Olimpik 2012 adalah bukan Melayu iaitu Lee Chong Wei dan Pandela Rinong. Kenapa tonjolkan tahun 2012? Banyak lagi tahun-tahun sebelum itu. Bagaimana dengan nama Mokhtar Dahari, Kamarudin Maidin, Keluarga Misbun Sidek.
Jika ada bukan Melayu berjaya, bukanlah sepenuh dari mereka. Sistem negara itu sendiri yang menyumbang dan menyokong kejayaan mereka. Lagipun ia bukan percuma. Ada ganjaran dan balasannya. Siapa yang membantu menjayakan Arena Lee Chong Wei dan gelaran yang diterima.
Ketiga, Jimmy Choo adalah pereka kasut terkenal dunia. Saya akui, tetapi berapa banyakkah kasut Jimmy Choo yang terjual di pasaran berbanding jenama-jenama kasut yang menjadi rebutan?
Keempat, orang pertama menjejaki puncak gunung Everest adalah M. Magendran in 1997. Bagaimana dengan lambakan orang Melayu yang telah mendaki gunung tertinggi di dunia selepas itu? Apakah orang pertama sahaja yang dikira sumbangannya? Bagaimana dengan perenang yang merentas Selat Inggeris seperti Datuk Malik Maidin ?
Kelima, kejohanan motorsports dunia, yang diwakili oleh Yoong Yin Fah, anaknya Alex Yoong F1 dan Karamjit Singh. Saya tidak nampak nama-nama mereka ini begitu besar dalam arena motorsport dunia. Biasa-biasa sahaja.
Keenam, pemain squash antarabangsa dunia, Nicol Ann David. Squash tidak termasuk dalam sukan Olimpik. Walau begitu, saya mengagumi kejayaan Datuk Nicol. Sebab itu kerajaan beri pengikhtirafan. Gelaran datuk dan pusat squash negara turut diberikan atas nama beliau. Ini tidak termasuk kemudahan lain.
Ketujuh, orang Cina adalah yang pertama mengusahakan lombong bijih sekitar tahun 1820an sehingga tahun 1980an. Siapakah yang benarkan ini semua? Adakah mereka boleh mencari makan dengan aman, kalau Melayu menentang?
Kelapan, HN Ridley yang memulakan penanaman getah di Tanah Melayu sehingga menjadi harta kekayaan Negara. Tidakkah penulis ini tahu apa tujuan penjajah membawa masuk tanaman ini? Untuk kepentingan negarakah atau diri mereka sendiri? Hari ini, kelapa sawit yang menjadi komoditi utama, bukan getah lagi.
Kesembilan, BS Rajhan adalah rakyat Malaysia pertama yang memulakan filem Melayu berjudul Laila Majnun. Apakah sumbangan bukan Melayu pula hari ini? Sikap dan persepsi mereka terhadap bahasa Melayu.
Kesepuluh, reka bentuk masjid negara dibuat oleh Howard Ashley, bersama Hisham Albakri Kasim. Kini, kita ada reka bentuk Masjid Besi, Masjid Putra dan Putrajaya itu sendiri. Kenapa tidak ditonjolkan namanya. Bagaimana pula dengan nama-nama arkitek Melayu yang turut membina bangunan pencakar langit di luar negara seperti di Mekah? Kenapa disenyapkan?
Kenapa tidak berterima kasih kepada pasukan keselamatan (rata-rata Melayu) yang telah menjaga keselamatan negara ini sehingga kita boleh menjadi juara dan kaya raya di sini?
Kalau boleh, saya tidak mahu membalas atau menulis artikel menyentuh soal orang lain. Saya mahukan semua orang saling menghormati. Kita mahu lahirkan Malaysia yang aman, sejahtera dan bersatu padu. Tetapi, serangan dan tohmahan mereka amat keterlaluan.
Orang yang tulis sebegini tidak pula dituduh rasis. Malah, dipuji dan disanjung tinggi dengan komen yang manis-manis. Bila tiba giliran saya menulis fakta, maka dihentam habis-habisan. Pemikiran apakah ini? Pahit sungguh berkata benar.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan