Ahad, 3 April 2011

Nik Najis Dah Susah Cari Makan...




Kisah ketaksuban penyokong PAS atau kita panggil kuda belang PAS telah lama kita ketahui, namun berita yang lama juga berguna untuk kita kenang dan nilaikan semula agar ianya tidak menjadi ikutan kita semua.

Kira jadikan sempadan laa..taksub ni serupa gila laa..cuma orang waras sahaja yang boleh taksub, bermakna taksub ni 'gila' orang ada akal!!! Orang PAS memang macam tu...pttuuiihh!

Lu Fikir La Sendiri!!!

PASIR PUTEH 3 April – Pengikut Pas yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam UMNO dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.

"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.

“Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya.

Aziz membuat pendedahan tersebut pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Gong Tinggi dekat sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Aziz mendakwa, akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat di rumah berimamkan siaran langsung di radio.

"Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya.

"Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutama penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu," akuinya.

Aziz mendakwa, fahaman yang disebarkan oleh penceramah Pas lazimnya menjadi amalan penyokong akar umbi yang kurang mendalam ilmu agama mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Mereka (penceramah Pas) tidak boleh menafikan perkara ini kerana saya adalah salah seorang penyokong yang taksub dan berbuat demikian semata-mata kerana terlalu setia terhadap perjuangan parti itu sebelum ini," dakwanya. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan