Selasa, 6 Mac 2012

Kahar Sudah..! Ayah Pin Bila Lagi?























Mudah mudahan hukuman dunia ni mampu menginsafkan dia dan kembali menjadi Hamba Allah yang beriman dan Umat Nabi yang sentiasa mendambakan syafaat Baginda di Akhirat kelak.

Juga semoga mereka yang telah di sesatkan oleh Kahar ni diberikan taufik Allah untuk kembali kepada ajaran agama yang benar...amin


Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan ke atas ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad.

Abdul Kahar mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tiga
tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau merayu terhadap hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi itu.

Panel tiga hakim, Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md. Yusup Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar membuat keputusan itu selepas mereka sebulat suara menolak rayuan
Abdul Kahar, 62, untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya pada 21 Oktober 2009.

Dalam penghakiman mereka, Ibrahim selaku pengerusi berkata pihaknya menolak lapan alasan yang dikemukakan oleh Abdul Kahar bahawa Hakim Abu Zaky Mohammad
telah terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman itu ke atasnya.

Mereka sebaliknya berpendapat hukuman penjara, denda dan sebatan itu sesuai dengan kesalahan perayu mengaku dirinya sebagai rasul yang sangat
serius serta merosakkan akidah umat Islam.

"Dalam mempertimbangkan hukuman, perkara yang perlu diambil kira ialah kepentingan umum serta berat kesalahan.

"Sebaliknya sebab-sebab yang mendorong kepada pemberatan hukuman ialah sejauh mana kesan kesalahan kepada masyarakat dan dan kesesuaian dengan keadaan
jenayah. Dalam kes ini, kesalahan bukan sahaja terhadap dirinya, tetapi perayu juga bertindak menyesatkan orang lain," kata Ibrahim.

Baca terus di sini

Lu Fikir La Sendiri!!!


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah...aku harap orang ini akan insaf..

    BalasPadam