Jumaat, 9 Mac 2012

Pesawat MAS Berwajah Baru..! Pengurusan Tetap Macam Hantu..!!!


















Bukan main seronok lagi Ahmad Jauhari mengumumkan wajah baru Airbus A380-800, pesawat utama syarikat penerbangan itu, yang akan diserahkan pada Jun.

Ahmad Jauhari kata..

...pesawat A380 tersebut menggunakan wajah dan suasana baru yang unik, berbanding identiti korporat biasa", untuk mencerminkan tawaran produk dan perkhidmatan premium terbarunya.

"Ini bakal menjadi pesawat utama kami untuk melancarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan yang kami tawarkan dalam penerbangan jarak jauh,"

Malaysia Airlines, yang menempah enam pesawat A380, adalah syarikat penerbangan kelapan di dunia yang mendapat pesawat itu selepas menunggunya sekian lama.

Pesawat A380 itu mempunyai 494 tempat duduk dalam konfigurasi tiga kelas terdiri daripada tempat duduk kelas pertama dan 350 tempat duduk kelas ekonomi di dek atas.

Banyak kemudahan dalam kapal terbang, seperti hiburan dalam penerbangan,akan dinaikkan taraf dengan lebih banyak tayangan gambar atas pemintaan, manakala siaran lagu dan saluran televisyen akan ditambah.

Buat kali pertama, kemudahan "Chef-on-Call" yang kini disediakan bagi penumpang kelas pertama, akan diperluas kepada penumpang kelas perniagaan dalam pesawat A380.

"Inilah identiti yang mengubah kami daripada klasik tradisi kepada kontemporari premium dalam usaha kami untuk meletakkan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium pilihan," tegas Ahmad Jauhari.

Ahmad Jauhari memang superb! ramai rakyat Malaysia yang masih lagi menelan panadol nak menghilangkan beban dalam kepala bila membaca kerugian MAS yang sebanyak RM2.5 Bilion itu hari..baca sini. dia tetap muka seposen, muka selamba badak..persis macam mana dia memberikan kenyataan akhbar tempoh hari bila mengeluarkan kenyataan diatas!

Apa salahnya dengan kenyataan kat atas tu? bagi strategi korporat yang mahu manambah baik perkhidmatan tentunya kenyataan itu kita alu alukan..!!! TAPI yang jadi salah ialah si Ahmad Jauhari ni mengeluarkan kenyataan diatas tidak pula disertakan sama dengan unjuran laba!

Yang jadi musykil, Ahmad Jauhari tak pulak menetapkan sasaran keuntungan atas perkhidmatan yang pasti menelan belanja modal yang besar itu!!! Yang jadi bertambah pening kenapa pulak si Ahmad Jauhari tidak mengaitkan peningkatan perkhidmatan yang bakal diberikan nanti akan dapat menampung dan menebus kerugian MAS selama ini!

Pening jugak kita dibuatnya!!! tapi tentulah kita pening dan akan terus pening kerana kita hanya mampu menelan panadol..tak macam Ahmad Jauhari yang ada ubat@azimat mujarab dalam menghilangkan pening kepala! Dia tahu MAS akan dibantu dan disuap oleh Kerajaan! Jadi apa masaalah nak pening pening kepala?

Selagi boleh kuda..kudakan lah! selagi boleh tunggang...tunggang lah! apa sebok?

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Bukan sekor aje hantu... Bila kerajaan suap kat Mas, MAS suap pulak kat mulut Air Asia... Memang berhantu kapal terbang ni...hihihi

    BalasPadam