Rabu, 7 Mac 2012

Logo Halal...Tindakan Tegas Dituntut..!!!













Usaha Kerajaan tak pernah putus..! tak pernah berhenti! yang terputus dan terberhenti di pihak PENGUATKUASAAN!!! Jabatan ni yang perlu dipantau selalu!!!

Semua premis perniagaan makanan diberi tempoh sehingga akhir Mei ini untuk mula menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya logo yang dikeluarkan Jakim sah, manakala logo lain termasuk yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf.

"Penguatkuasaan logo halal Jakim akan bermula pada 1 Julai ini dan pengusaha yang tidak mematuhi peraturan berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011 (i) Seksyen 16 guna logo halal tanpa kelulusan," katanya.

Yang gagal menurut Akta ini boleh dipenjara dan dikenakan denda sehingga RM250 ribu lagi! tapi yang paling salah dan mesti dikenakan tindakan ialah mereka yang berkuasa tapi gagal malah membantu pihak terbabit melakukan kesalahan tersebut!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan