Jumaat, 9 Mac 2012

Rakyat Tak Yakin Pembangkang vs Pembangkang Tak Yakin Rakyat..!!!













Amacam..! ada macam muka penyamun sekawan? Lidah pembangkang kata...

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Nak mesyuarat apa lagi? Dah cukup 4 tahun penggal kuasa yang diberi rakyat !!! Apa yang terkulat kulat? apa pulak yang terkujat kujat nak bermesyuarat? Takut nak ngadap pilihanraya ke? takut kerana apa? kerana banyak sangat dosa yang dah dibuat! banyak sangat janji yang yang masih dalam sampul surat!

Takde pembangkang dalam dunia yang tak suka pilihanraya diadakan dalam negara mereka! Bagi pembangkang pilihanraya lah masa mereka mengikis kuasa dan sokongan kuasa pemerintah! Masa mereka 'mandi' kan Kerajaan yang berkuasa!

Kata nak ke Putrajaya!!! pastinya tak sabar sabar! Rakyat pun dah tak sabar sebenarnya! terutama di Selangor dan Penang yang mengigau malam memangkah mangkah dalam tidur!

Kalau dah pasti kuat..jom!!! tak kira bila PM umum PRU! Kalau dah rasa hebat macam Mampoz Bean rasa apa yang nak digusarkan masuk PRU! Masuk sama sama! kita bersaing menyerahkan kepada rakyat menentukan kuasa politik agar rakyat dapat memilih semula kuasa politik yang benar benar mereka yakini dan dokongi.

UMNO dan BN yakin kepada Rakyat dan akan memulangkan semula kuasa kepada Rakyat untuk menentukan nasib mereka! UMNO dan BN yakin kepada rakyat KERANA Rakyat juga yakin kepada perjuangan UMNO dan BN..!

Tapi dalam suasana rakyat yang dilihat semakin goyah dan tidak yakin kepada perjuangan sesat pembangkang, tentunya sekarang pembangkang juga goyang dan tak yakin untuk menyerahkan nasib 'kuasa' dan politik mereka kepada rakyat!!!

Maka...jalan yang boleh diambil ialah melewat dan meliwat kan lagi masa pembubaran Dewan Undangan Negeri yang mereka perintah agar masih ada masa yang cukup untuk terus menyamun dan menipu rakyat...!

Sekurang kurang bila sampai masa Kuasa hilang... duit dan kekayaan masih lagi berbaki...!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan