Melihat kepada 'trend' pemilihan diperingkat sayap semalam, 2 perkara yang boleh kita kongsikan bersama dalam kaitan kepada calon Naib Presiden no 5 ini...
Pertamanya para perwakilan lebih menekankan aspek pengalaman dan hubungan yang sedia terjalin diantara mereka. Oleh kerananya Shahrizat dan Khairi dilihat agak mudah menumbangkan pencabar mereka.
Keduanya kekalahan calon dari Kedah. Suraya EXCO kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh Menteri Besar Dato Mukhriz Tun Mahathir tewas ditangan Azizah Md Dun dari Sabah diperingkat Naib Ketua Wanita.
Norsabrina juga tewas kepada Zahida dalam merebut tempat sebagai Naib Ketua Puteri UMNO. Norsabrina juga seorang wakil rakyat dan EXCO didalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah.
Kedua dua calon Kedah dan juga EXCO kepada Mukhriz gagal meyakinkan para perwakilan walaupun kehadiran mereka dengan pakej jawatan sebagai wakil rakyat dan EXCO kerajaan negeri.
Dipihak Wanita UMNO mungkin kehadiran Suraya boleh menyebabkan para 'makcik' silau dengan tenaga mudanya manakala pengalaman dan jawatan yang ada kepada Sabrina gagal menarik dan memikat para penggemar baju ketat didalam pergerakan Puteri UMNO.
Dipihak Wanita UMNO mungkin kehadiran Suraya boleh menyebabkan para 'makcik' silau dengan tenaga mudanya manakala pengalaman dan jawatan yang ada kepada Sabrina gagal menarik dan memikat para penggemar baju ketat didalam pergerakan Puteri UMNO.
Kalau asas ini diangkat keperingkat Naib Presiden yang sedang hangat lagi hangit kini tentunya senario 'sembang' orang Kedah selama ini bakal membuatkan dahi Mukhriz berpeluh.
Mukhriz ditolak bertanding ke peringkat VP bukan kerana UMNO Kedah sayang dan mahukan dirinya disitu tetapi ianya merupakan satu lagi jalan dan langkah segera untuk menolak dan mengenepikan kepimpinan Mukhriz yang baru bertapak di negeri jelapang padi itu. Kalau teori ini benar tentunya segala tepukkan yang diterima disetiap majlis yang beliau hadiri hanya sekadar kosmetik semata mata.
Selain itu, melihat kepada hubungan dan pengalaman yang perwakilan UMNO tekankan pasti kekosongan di peringkat VP seakan akan tiada. Ketiga tiga calon yang mempertahankan jawatan tentunya akan segera kembali untuk duduk di kerusi mereka bagi sepenggal lagi.
Sejauh mana nasib Mukhriz ditangan perwakilan UMNO dalam tempoh seminggu ini? Apakah slogan berani berubah yang dibawanya hanya sekadar gurauan untuk menantikan saat rebah dirinya pada hari penentuan nanti? apa pun politik adalah seni 1001 kemungkinan..! kita saksikan..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Orang Kelantan tak akan undi Muhkriz sebab ini
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=-RSdf7RldsQ
Cehh, mu bodo, kes lagu ni knape nk salahkn Mukriz. Siapa boss? Ore Kelate sndri yg organize makan tu, nk kipas ke nk pkena rombongn Mukriz? Org Mukriz mn tahu psl restoran kak yah cekik darah nih! Di Kedah Rm 6000 buleh buat kenduri 1500 ore makan nasi minyak gulai lembu dan lauk ayam dah? Dasar anok cucu pork nik najis, suko buh salah ko ore lain. Ore Kelate bangso cekik darah!
BalasPadamJangan lupa seorang lagi yg dikatakan berpotensi dari Kedah tetapi kalah teruk tanpa mendapat sebarang undi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi ...
BalasPadamYelah manalah orang tahu kedai makan tu cekik darah. Kalau tahu confirm orang tak pergi. Mentelah ada banyak pilihan lain. Kalau nak ikutkan mereka boleh pergi restoran yang lebih 'kelas' dan lebih bagus dari kedai makan tu. Kedai makan tu pun bukanlah 'kelas' sangat, nampak biasa je. Tapi disebabkan nak berjimat dan tak nak membazir mereka pilih untuk makan di tempat yang biasa-biasa saja. Tak tahu pulak harganya lebih mahal dari makan di hotel. Ini kes terkena, bukan sengaja nak makan mahal-mahal.
BalasPadamOrang Kedah sudah mengetuai kerajaan selama 22 tahun (tak termasuk Tengku). Berilah peluang kepada pemimpin2 dari negeri2 lain untuk mengetuai parti dan kerajaan dua tiga puluh tahun akan datang.
BalasPadamSedangkan wakil bahgian dari Kedah sendiri tak bagi undi kepada calon2 dari Kedah sendiri..pasti apa yang dikatakan akan berlaku...
BalasPadamLantak hangpa lah......sapa menang sapa kalah rakyat jelata tetap kais pagi makan pagi,kais petang makan untuk malam....MB Kedah boleh juga diterima tidak pernah kalah dalam PRU...TAPI ada Pemimpin yang kalah teruk semasa PRU12-13 bermakna rakyat sudah tidak menerima kepimpinan pemimpin tersebut tapi masih dipilih dalam pemilihan UMNO....dimana yang logiknya...perwakilan cuma berapa ribu atau ratus suka sedangkan dalam PRU puluhan ribu tak suka.... Ketua wanita misalnya....jadi ketua Wanita Bahagian Kepong tapi jadi MP Parlimen Pantai Dalam dan Kalah dengan budak hingusan PKR, kenapa tidak bertanding di Parlimen Kepong....? Adakah perwakilan dibutakan, ditulikan dan difrozen kan otak... Mustahil kalau tiada unsur Politik wang....Memang dilihat ketua Wanita chombee tu rajin tatapi kalau sampai diri sendir pun kalah dalam PRU12 dan PRU13 tidak terpilih jadi calon pun...Mana image sebagai Pemimpin....? bukan benci tapi bagi lah laluan kepada pemimpin baru yang belum ada kes....Cukup-cukup dan sedar diri lah yang diri itu sudah tidak diminati oleh rakyat....Tup-tup dilantik pula sebagai pegawai khas bertaraf menteri....alang-alang kenape tidak lantik saja jadi menteri penuh KPW..... Oleh Ahli UMNO Jerlun,Kedah.
BalasPadammelayu pasal CAH keting ni...mmg no satu
BalasPadamUndi kene pakai akal bukan sebab kawan & duit.Sampai bila2 pun Umno takkan berubah selagi duit jadi panduan.Jangan jadikan kuasa sumber kekayaan tapi tanggungjawab yang perlu di jawab diakhirat kelak.Harap2 PAS dpt berubah menjadi parti yang lebih baik agar dapat dijadikan pilihan buat orang melayu dan pengajaran buat Umno
BalasPadam