Isnin, 22 Disember 2014

HOT ~ Menteri Terima Teguran Tun M..!


Nazri terima dan berlapang dada dengan teguran Tun M ke atas pentadbiran Najib..! 

Nazri: Terimalah apa Mahathir kata

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi teguran kepada Datuk Seri Najib Razak perlu dilihat sebagai teguran yang positif.

Malah, beliau berkata, teguran yang diberi oleh Mahathir juga adalah kerana bekas perdana menteri itu mengambil berat dengan apa yang terjadi di negara ini.

"Saya pasti dia (Mahathir) tegur sebab dia ambil berat.

"Saya rasa kita tak patut lihat semua kritikan itu sebagai sesuatu yang dia (Mahathir) tidak suka. Saya tahu Tun suka Najib. Sekurang-kurangnya lebih (suka Najib) daripada saya.

"Kita patut lihat kritikan itu sebagai sesuatu yang positif dan lepas itu kita kena bekerja lebihlah. Saya rasa kita terimalah apa yang Tun cakap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Subang Jaya hari ini.

Menjawab soalan, Mahathir dalam wawancara dengan Sinar Harian yang disiarkan 9 Disember berkata ramai  layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri tetapi “Umno tak bagi masuk”.

Mahathir pada 5 November lalu menulis dalam blognya dengan berkata, pemimpin Umno Selangor yang terbabit dalam kegagalan parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu, perlu berundur.

Umno Selangor dipimpin oleh Najib semasa pilihan raya umum lepas dan kini digantikan oleh Datuk Seri Noh Omar.

Mahathir juga terlibat mengkritik syarikat pelaburan 1MDB yang muncul hasil cetusan idea Najib.
Bermakna Nazri sebagai jemaah Menteri pun berasa ada sesuatu yang tidak kena..! Nazri sebagai Menteri seharusnya menegur Najib jika bersetuju dengan teguran Tun M..! Soalnya kenapa Nazri tak menegur dan memperbetulkan? Atau Nazri sudah pun bercakap tapi para punahsihat bertegas dan berkeras dengan keputusan yang mereka ambil?
Kalau macam tu berat la..! Jemaah Menteri tegur pun tak jadi apa..! apatah lagi kita yang marhaien ni..! 
Apakah juga Nazri respond kepada saranan budak mentah KJ yang memang tidak mahu mendengar dan menolak kata kata dan pandangan kelas bawahan..! Boleh baca di kj-merentap-najib-supaya-turun.disini.
Soalnya jika Nazri menerima dan berlapang dada dengan teguran Tun M...bagaimana pula dengan Najib..! Apakah Najib menerima pandangan Nazri tu..!
Terutama para punahsihat ler..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Apa pun yg di kata nazri kawan DAP dan budak mentah aka budak gila glamour KJ ,tu dia punya hal Yg pasti dua dua pun tak boleh pakei punya kaki,Tapi PM yg la ni memang kena berambuih cepat kalau BN tak mau tersungkur pada PRU 14

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju bro. Nazri dgn KJ jgn sekali dipercayai.

      Lebih mementingkan diri sendiri.

      Padam
  2. Masa UMNO tengah teruk ni masa ini lah pak pak menteri nak nak beri komen negatif. Patut nya bantulah PM kita supaya UMNO lebih kuat. Kita kena ada seorang pemimpin saja. Dalam keadaan sekarang jika semua nak tunjuk dia hebat habislah. memang setap orang itu ada kelemahan nya termasuk PM maka bantulah dia. Orang melayu ni macam ni lah. Dah kena jadi hamba abdi besok baru lah nak sedar. dah terlambat.

    BalasPadam
  3. Nak kiamat ke dunia ni?kenyataan nazri Ada babi di sebalik cina!!!mungkin dia dah tahu tempat berpaut dah nak patah!!!!!????

    BalasPadam