Isnin, 22 Disember 2014

HOT ~ KJ Merentap Najib Supaya Turun..!


Bukan main seronok ketawa berdekah dekah..! ketawa kan apa dan ketawakan siapa? Apakah KJ sebenarnya sedang mentertawakan Najib yang sekarang ini sedang diasak kuat seperti mana bapa mertuanya pernah diasak suatu ketika dahulu?

Kita semua boleh faham kenapa begitu ramai tampil untuk mempertahankan Najib dan itu wajar..! Ianya lebih wajar apabila yang tampil mempertahankan Najib ialah barisan Menteri dan barisan pemimpin di peringkat tertinggi mahu pun di peringkat bahagian..!

Kewajaran mempertahankan Najib juga terletak dikalangan ahli UMNO serta rakyat keseluruhannya..! kerana apa? kerana Najib Presiden UMNO..! Kerana Najib Perdana Menteri Malaysia maka setiap rakyat wajar mempertahankan beliau..! Takde masaalah..!

Tapi cara mempertahankan pemimpin tu yang terkadang dilihat mengampu lalu gagal menjawab hujah pihak yang menentang..! 

Seperti contoh apabila KJ menjawab desakan seorang ahli UMNO yang tersampuk menuntut Najib meletakkan jawatan..!


Sebenarnya KJ bukan menjawab hujah malah menimbulkan konflik yang menyebabkan ahli dan rakyat marhaien marah dan terus kecewa..!

Jawapan KJ sebenarnya melengkapkan dakwaan yang mengatakan pemimpin hari ini gagal mendengar denyut nadi rakyat..! Jawapan KJ sebenarnya memperlihatkan sikap bongkak dan sombong barisan Menteri yang dilantik oleh Najib. 

Jawapan KJ sebenarnya membantutkan usaha yang bersungguh sungguh dilakukan oleh Najib untuk memenangi hati rakyat..! KJ tidak membantu Najib..! Malah KJ menambah rosak kepada Najib..!

Seperti yang disebutkan oleh rakan media di fb...

Dimana Khairy Ketika Tony Pua Serang 1MDB?

Berbanding para menteri lain dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaludin diketahui sering ke depan mempertahankan Perdana Menteri di media sosial. Di kalangan ahli parlimen pembangkang pula, seteru Khairy selain Rafizi ialah Tony Pua dari DAP.

Persaingan kedua mereka dalam dunia Twitter ini diketahui hampir semua orang yang aktif dengan platform tersebut. Masing-masing cuba nak tunjuk jaguh di kalangan pengikut masing-masing.

Begitupun, agak pelik bila dalam isu 1MDB ini Khairy seakan lepas tangan walaupun Tony Pua tak henti-henti memutar belitkan fakta mengenai syarikat tersebut yang dibuat dalam bentuk soalan bagi mengelakkan saman.

Walhal kerjanya mudah sebab semua pertikaian tersebut sudah dijawab oleh 1MDB. Khairy cuma perlu menggunakan kelebihannya dalam Twitter untuk mematahkan pembohongan Tony Pua. Sekurang-kurangnya, pengikut Twitternya boleh mendapatkan fakta sebenar mengenai 1MDB ini.

Yang paling penting, mempertahankan Perdana Menteri,
Tapi itu tidak dilakukannya, sebaliknya Khairy lebih berminat untuk bertempur dengan Perkasa yang menggelarkannya sebagai bangsat (bersama 4 orang yang lain). Bab ini cepat saja Khairy menjawab walhal bukan ada untung mana pun pemimpin dalam parti Melayu bergaduh dengan NGO Melayu seperti Perkasa.

Ini yang menimbulkan persoalan besar dan sedikit raa curiga.

Curiga kita bagaimanapun bertambah kuat bila diketahui bahawa Datuk Seri Paduka Khairudin yang membuat laporan polis terhadap 1MDB tempoh hari adalah bekas kakitangan bapa mertuanya semasa menjadi Perdana Menteri.

Adakah ada sesuatu yang kita tidak tahu tapi Khairy tahu? Atau adakah semua ini satu kebetulan semata-mata?

1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan. Sebagai Menteri dan Ketua Pemuda UMNO, wajib bagi Khairy mempertahanan kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu ini apatah lagi lawannya ialah orang yang dia selalu bawa berdebat dalam Twitter, Tony Pua.


Sebenarnya sikap liberal melampau yang dibawa oleh KJ lah yang menambah kebencian rakyat dan ahli UMNO terhadap pemimpin hari ini..! Jenis macam KJ ni harus Najib segera buang dari barisan Kabinetnya..!


Kenyataan dan sikap yang dipamerkan oleh KJ menyebabkan rakyat muak dan meluat dengan barisan pemimpin..! 

Ditambah lagi dengan kenyataan seperti ini...


Jenis ini ke yang nak kita sandarkan harapan mengepalai amanah dan tanggungjawab menjunjung Agama, Bangsa dan Negara..!

Ada tak menambah..! Takde tak mengurang..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. ... jika Najib cerdik... bukan susah.. buat rombakkan kabinet.. mana2 yang jadi liability terutama dikalangan penyokong LGBT berhentikan... takkan tak ada fail depa suma kat tangan.. takkan cuma ada fail 'consultant' jer.. apa ada hal.. 'either way' PRU14 sah kantoi.. lagi pun Ketum sudah bukan lagi jadi ancaman.. cuma yang jadi kemuskilan pengundi ialah.. orang tua nie ada lagi ka 'telur' dia... janji 2-3 tahun lepas pun masih tak selesai.. rakyat dibagi gula2 dengan duit hutang, nampak gaya PRU14 kena undi parti baru... janji bukan 'pakatan rusuhan' ... lepas tu biorkan umno terjun dengan labu2nya..

    BalasPadam
  2. Kalau yg buat laporan polis tu suara paling rendah dlm Hiraki UMNO...Ahli biasa UMNO tu apa standardnya? Barua ya KJ... Hamba abdi kau orang ya KJ... Ahli UMNO bawahan takan selamanya nak jadi Barua KJ tak? Ajar sikitlah kalau pemimpin kau orang kurang ajar...

    BalasPadam
  3. Ye saya bersependapat dgn tn. tanpa nama di atas.! Najib kena buat rombakan kabinet, terutama Menteri melibatkan Menteri KPDNK, Menteri KBS, Menteri Pelancongan yg bw masuk pelacur2 tanpa visa, Menteri KDN yg nak di asak baru nak bertindak dan ramai lagi. Di tambah lagi buang semua punasihat2 yg sekeliling Najib! Rakyat tgk bola pun boleh boo kan Najib, nampak sgt rakyat dh x suka kepimpinan Najib! Sebelum BN jatuh lebih baik buat rombakan kabinet, sekurang2nya dpt buat perubahan sebelum PRU 14.!

    BalasPadam