Selasa, 2 Ogos 2016

DoJ Tak Cacat ~ Yang Cacat Menafi Kebenaran..!


Hantar la siapa pun pemakan dedak untuk mempertikai dan cuba memusingkan fakta..! Hakikatnya rakyat dan dunia sudah terlalu jelas mana yang putih dan mana yang hitam..!

Tindakan Amerika rampas aset berkaitan 1MDB tak 'cacat'

Semalam, dilaporkan “seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane” yang bernama Quintin Rozario mendakwa tindakan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) “mempunyai kecacatan dari segi undang-undang”.

Media melaporkan:
Rozario yang dihubungi dari Brisbane memberitahu Bernama, Lynch sudah melampaui batas kuasanya dengan merumuskan bahawa satu kesalahan atau beberapa kesalahan telah dilakukan oleh Malaysia atau ejennya.
"Beliau seterusnya membayangkan mereka telah melakukan kesalahan itu menerusi kenyataan tanpa disertai bukti kukuh atau keputusan mahkamah yang sah yang boleh menyokong dakwaannya.”

Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mempunyai hak untuk membuat kenyataan itu. Beliau seorang AG. Beliau membuat kenyataan berkaitan tuntutan pelucuthakan sivil susulan siasatan beberapa badan penguatkuasaan di Amerika.

Sudah tentu beliau berhak mengumumkan tindakan yang diambil dan hasil siasatan mereka. Beliau mempunyai tanggungjawab kepada rakyat Amerika untuk melaporkan “sitaan aset terbesar dalam sejarah Amerika."

Pengumumannya tidak membuatkan sebarang pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) bersalah terhadap sesuatu kesalahan.
Jika demikian, pihak yang terkilan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat boleh mencari jalan lain fitnah tort. Dan malah Lynch mungkin ada pembelaannya.

Kemudian, Rozario dilaporkan berkata:

"Untuk perkara itu berlaku, defendan rakyat Malaysia itu harus diadili terlebih dahulu. Bagaimanapun mereka tidak pun diadili," katanya.

Rozario kemudian berkata menjadi prinsip undang-undang bahawa penjenayah paling keji sekalipun layak dan berhak mendapat keadilan asasi mengikut perlembagaan.
"Hak untuk didengar dan peluang membentangkan hujah mempertahankan diri, mencabar dakwaan dan keterangan terhadap mereka, dan untuk pendakwa berhadapan dengan orang yang dituduh, masih belum berbangkit.
"Sebagai pegawai tertinggi undang-undang di negaranya, tindakan Loretta Lynch baru-baru ini adalah menafikan perbicaraan yang adil atau apa juga perbicaraan kepada responden. Loretta sendiri pada masa sama telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman," katanya.

Di sini Rozario nampaknya tidak faham pada proses rampasan di Amerika.

Rampasan sivil adalah tindakan menyasarkan harta tanah (in rem), bukan individu (in personam). Ketika itu, tiada pendakwaan jenayah dibawa terhadap mana-mana pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Hujah Rozario berkaitan hak untuk didengar sudah tentu prinsip yang penting dalam sesuatu sistem keadilan, tetapi tiada sesiapa yang didakwa. Jadi, andaian tidak bersalah tidak timbul.
Kenyataannya bahawa Loretta telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman adalah jelas salah kerana:
*Lynch hanya membuat pengumuman dan menyelia pemfailan perampasan harta.

*Tindakan perampasan harta itu difailkan di mahkamah. Dan mahkamah akan mengarahkan perampasan itu jika DOJ mampu membuktikan harta tanah dirujuk mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah, yang mana lebih kurang beban pembuktian berbanding perampasan jenayah.

Harus difahami bahawa jika sitaan dibenarkan, pemilik harta tanah ini masih boleh mendapatkannya kembali dengan menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah.

Terhadap banyak kritikan berkaitan langkah rampasan sivil daripada peguam hak asasi di AS, tetapi buat masa ini, proses itu sah dan hujah Rozario bahawa ia “cacat”, paling baik pun sebuah salah tanggap.
Kemudian, laporan selanjutnya menyebut:

Rozario berkata tindakan Peguam Negara Amerika Syarikat itu juga jelas bertentangan dengan keputusan Mahkamah Agung negara itu pada 2014 dalam kes Daimler lawan Baume.
Dalam kes berkenaan, mahkamah tertinggi negara itu memutuskan sebarang pelanggaran tindakan yang dilakukan penduduk di Amerika Syarikat, perbuatan mereka tidak dapat dikaitkan dengan kerajaan atau dalam kes ini, 1MDB.
"Sebaliknya Mahkamah Agung memutuskan aktiviti mereka hanya akan mewujudkan bidang kuasa tertentu di negeri tempat mereka tinggal di Amerika Syarikat," katanya. 
Saya bukan pakar dalam undang-undang Amerika (atau Malaysia), tetapi saya fikir Rozario merujuk kes Daimler AG lawan Bauman, bukan Daimler lawan Baume.
Sefaham saya terhadap kes itu, selepas membacanya di atas talian, prinsip dalam kes Daimler AG lawan Bauman, bahawa syarikat asing tidak bertanggungjawab terhadap saman di Amerika atas tindakan berkaitan kesalahan dilakukan di luar negara itu.

Oleh itu, mahkamah Amerika tidak mempunyai bidang kuasa.
Dakwaan dalam tindakan rampasan sivil oleh DOJ, bahawa pengubahan wang haram berlaku dalam bidang kuasa Ameria. Jadi, kes Daimler AG lawan Bauman tidak relevan lagi.
Selain itu, kes Daimler AG lawan Bauman bukanlah tindakan rampasan sivil tetapi tindakan in personam.

Akhir sekali, Rozario dilaporkan berkata:
"Pendekatan Loretta Lynch dalam isu 1MDB ini adalah seiring dengan tindakan Amerika Syarikat selama ini yang menggunakan taktik kekerasan ke atas negara kecil.
"Ini lakukan dengan beranggapan bahawa ia mempunyai kuasa untuk menjejaskan kedaulatan Malaysia dan menguatkuasakan 'kewajipan undang-undangnya' dengan merampas kuasa itu daripada mahkamah Amerika Syarikat dan Malaysia serta agensi lain dalam kerajaan mereka," katanya.

Reaksi saya terhadap kenyataan itu, tindakan Amerika berada dalam hak-hak mereka. Isu kedaulatan tidak berbangkit sama sekali.

Jika seorang warga asing datang ke Malaysia dan terlibat dengan pengubahan wang haram di sini, mahkamah kita juga mempunyai bidang kuasa terhadap pihak itu.

Perkara sama berlaku terhadap Amerika untuk kesalahan dalam bidang kuasa mereka di sana.
Terang lagi bersuluh..!
Tak pulak pamakan dedak riuh rendah mengatakan DoJ memfitnah..! Kenapa senyap pulak??? Maknanya apa yang didedahkan oleh Sarawak Report, WSJ dan pelbagai lagi sumber berasas la yer???
Kenapa Shafie Abdullah senyap???
Lu Fikir La Sendiri!!!

18 ulasan:

  1. PrOoTt...arghh leganya

    BalasPadam
  2. ramai yg dah muak dengan cerita fitnah doj ni...

    BalasPadam
  3. betul tu...tajuk dah cantek dah... masalahnya penjilat2 lobang najis kafir2 DAP PKR RBA DOJ USA sehingga kini menafikan kebenaran yg dijelaskan oleh kerajaan... puak2 ni sedar akan kesahihan derma dari pihak Arab Saudi...tapi saja nak putarbelit... sama kes nya dgn Anwar Aljuburi yg putarbelit bagi alasan pabila diminta bersumpah laknat menafikan meliwat saiful... juga kes LGE yg kantoi rasuah kat Penang... Insaflah wahai admin... sudah2lah nak menipu dan memfitnah...melainkan anda memang kafir harbi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penerangan temberang.
      Laporan audit pun kena osa.
      Comparekn laporan audit dgn siasatan doj.
      Baru cerita psl fitnah dan kebenaran.
      Begitu dangkal cai naj iblis berhujah

      Padam
    2. Bila masa "pihak Arab Saudi" ada konfem bagi derma RM2.6 bilion kepada Najib Razak atas kapasiti individu? Sedangkan rekod derma Arab Saudi kepada KERAJAAN di negara lain, yang PALING TINGGI pun mereka cuma bagi 1 bilion saja?

      Boleh bagi link, kat mana yang "pihak Arab Saudi" mengaku ada bagi derma 2.6 bilion kepada Najib Razak?

      Padam
  4. Seseorang yang bawa wang klepet ke negara lain harus sedar bahawa negara lain tadi ada hak untuk rampas wang berkenaan setelah TERBUKTI wang yang dibawa adalah wang klepet oleh mahkamah tapi bukan oleh lain-lain pihak. Apa yang berlaku kepada Mad Tab Mantan MB Selangor elok dijadikan ingatan.

    BalasPadam
  5. Usah yamseng dulu. Upacara belum bermula. Siapa lebih pintar antara Jolok atau Lolita... sama sama tunggukan adengan mereka bertembung dalam kort nanti.

    BalasPadam
  6. Kahkahkah...

    Ada mata pandang.

    Ada telinga dengar.

    Hari ni doj tak jadi sekat akaun riza dan jho low serta tak jadi rampas harta. Apa pulak selepas ni anjing2 nak menyalak...

    Kahkahkah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Poooodah....
      Ko ingat Doj tu mcm pemuda umnu yg buat laporan polis takde bukti guna andaian....phuii...
      Ini Fbi dan Doj. Siasatan mereka dah bertahun. Bukti dah complete baru buat pertuduhan.

      Ini dah tinggal beberapa hari saja dari 60 hari untuk lawan. Cepat cepat....wakakaka...

      Padam
  7. Betul ke seperti berita yang baru tersebar yang mengatakan Jabatan Kehakiman Amerika sudah menarik balik saman keatas anak tiri Najib siRiza ??.....harap Putera Merdeka dapat memberi sedikit pencerahan,terima kasih.

    BalasPadam
  8. Sekarang DOJ sudah CACAT pulak....Adeh kesiannya...yang tengah nganga...tadah mulut harapkan dedak tun...
    Jabatan Kehakiman Amerika tarik balik sekatan terhadap syarikat anak tiri PM.

    Comments : 0

    2 Ogos 2016 - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru sahaja menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yand dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik anak tiri Najib, Riza Aziz.

    Oleh kerana ini, Red Granite dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan bank-bank diperintahkan oleh Jabatan Kehakiman untuk meneruskan urusan dengan Red Granite. Riza juga telah kembali ke Amerika Syarikat untuk membuat filem.

    Jabatan Kehakiman juga akan ‘memegang’ rakan kongsi perniagaan yang ‘tidak berbahaya’ dan vendor-vendor Red Granite.

    Pendapatan semasa daripada filem “Friends with Kids” dan “The Wolf of Wall Street” yang sangat berjaya boleh juga digunakan untuk memenuhi komitmen-komitmen yang tersedia ada atau untuk membayar vendor-vendor atau pinjaman-pinjaman tetapi pendapatan masa akan datang kedua-dua filem ini akan disimpan dalam escrow sementara menunggu keputusan tuntutan sivil oleh Jabatan Kehakiman.

    Perintah sekatan ke atas Red Granite telah ditarik balik tetapi tuntutan sivil masih berterusan, menyebabkan hasil masa akan datang kedua-dua filem tersebut akan disimpan dalam escrow sekiranya Jabatan Kehakiman menang.

    Akan tetapi penarikan balik perintah sekatan ke atas syarikat tersebut bermakna jika Jabatan Kehakiman kalah, syarikat tersebut tidak boleh menyaman balik atau menuntut balik daripada Jabatan Kehakiman atas kehilangan pendapatan dan ganti rugi.

    Setakat ini, gabungan kesemua filem-filem Red Granite telah menghasilkan lebih daripada USD800 juta – termasuk USD400 juta daripada “The Wolf of the Wall Street” dan terus menghasilkan berjuta-juta setiap tahun daripada jualan kepada TV kabel, jualan dan penyewaan DVD dan servis dalam talian seperti Netflix.

    Riza sebelum ini telah dituduh oleh Jabatan Kehakiman mengambil USD200 juta dana berkaitan 1MDB tetapi Riza telah menerangkan bahawa ianya pinjaman di mana WSJ sebelum ini telah melaporkan bahawa syarikat Riza telah mebayar balik sebahagian besar pinjaman tersebut.

    Filem terbaru Red Granite yang merupakan filem remake “Papillion” yang diterbitkan pada 1973 yang mengisahkan tentang tahanan yang melarikan diri daripada penjara bakal memulakan produksi.

    Sepanjang minggu lepas, geng pembangkang telah menyebarkan pelbagai khabar angin menyatakan Najib takut untuk ke luar negara dan Riza telah diseludup keluar dari Amerika Syarikat kembali ke Malaysia menggunakan paspot diplomatic kerana takut ditahan.

    Sebenarnya Najib berada di Indonesia sejak semalam untuk berbicara dengan Jokowi untuk menyelesaikan pertikaian antara Indonesia dan Malaysia yang telah berlarutan selama 10 tahun mengenai Laut Sulawesi sementara Riza berada di Amerika Syarikat membuat filem.

    Orang-orang pembangkang khususnya penyokong Mahathir telah banyak menipu dan suka menyebarkan khabar angin yang tidak elok – sama seperti baru-baru ini di mana mereka memfitnah Rosmah dan Sultan Pahang atas gambar yang di ambil dari sudut yang mengelirukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mitos.
      Karangan halimunan untuk cipta persepsi. Desperado.

      Wakakaka...

      Padam
  9. Benar ..DOJ tak Cacat...Yang CACAT admin Putera Merdeka nih! dan sekutunya...kesian...kejap lagi aku akan disingkir...

    BalasPadam
  10. Nampaknya Amerika ni penakut.baru Najib berdehem sikit dah tak jadi sekat.dengan Najib pun Amerika tak de telor.

    BalasPadam
  11. Nampaknya Amerika ni penakut.baru Najib berdehem sikit dah tak jadi sekat.dengan Najib pun Amerika tak de telor.

    BalasPadam
  12. Nampaknya Amerika ni penakut.baru Najib berdehem sikit dah tak jadi sekat.dengan Najib pun Amerika tak de telor.

    BalasPadam
  13. Meanwhile, the US move to forfeit assets allegedly acquired using stolen 1MDB funds continued to stir a frenzy in Malaysia, with attorney-general Mohamed Apandi Ali revealing that the country is considering to hold a watching brief on the case.

    Wakaka....karangan menafikan tak laku.
    Apasal apandi sibuk2 nak gi amerika? Macai kata dah tak jadi sekat.
    Kalau dah salah tu pergi court sana fight, bukan buat karangan....pthuii...

    BalasPadam
  14. Keciannnnnnn.....

    Rakyat dah masak dgn anjing2 PAKATOON.

    Kalau tak FITNAH.... anjing2 PAKATOON BOHONG, MENIPU.

    Kalau tak BOHONG, MENIPU... FITNAH.

    Kecian.....hidup bermodal BOHONG, MENIPU, FITNAH manjang.

    Bila mintak BUKTI...TAKDE.....KAH KAH KAH... PARIA betul.

    BalasPadam