Rabu, 3 Ogos 2016

Apa Maknanya..?


Fahamkan..!


Lagi pegawai era Gani tinggalkan pejabat AG

Pelantikan bekas Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah
sebagai pesuruhjaya kehakiman semalam menandakan seorang lagi pegawai kanan yang dikatakan rapat dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meninggalkan pejabat peguam negara.
Sebelum ini, pada April lalu, Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad memilih persaraan awal manakala bekas ketua divisyen pendakwaan, Datuk Abdul Wahab Mohamed meninggalkan pejabat peguam negara pada Disember lalu.
Pergerakan itu dilaporkan berlaku selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggantikan Gani sebagai peguam negara pada 28 Julai tahun lalu.
Apandi hadir semalam apabila Tun Abdul Majid dan peguam Azmi Abdullah, 49, mengangkat sumpah sebagai pesuruhjaya kehakiman di hadapan Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Kedua-dua mereka akan berkhidmat di mahkamah tinggi di Semenanjung Malaysia.
Tun Majid, 55, adalah bekas ketua pendakwa di pejabat peguam negara sebelum jawatan terakhir sebagai timbalan peguam cara negara I.
Beliau telah mengendali dan mengetuai pihak pendakwaan dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hingga kes itu berakhir di mahkamah persekutuan.
Beliau juga mengendalikan perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang membabitkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.
Awal tahun ini, Tan Sri Ali Hamsa, selaku Ketua Setiausaha Negara, mengesahkan bahawa bekas Peguam Cara Negara, Azailiza memilih untuk bersara awal daripada pejabat peguam negara.
Ini berlaku walaupun terdapatspekulasi bahawa beliau memilih untuk persaraan awal selepas dikatakan akan dipindahkan ke jabatan kerajaan lain.
Azailiza, dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 1 Nov 2014 dan meninggalkan jawatannya itu pada 8 April ini.
Tempat beliau digantikan oleh Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.
Sementara itu, bekas ketua divisyen pendakwaan, jabatan peguam negara, Abdul Wahab kini berkhidmat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, selepas dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 15 Disember lalu.
Penggantinya adalah Datuk Zauyah Be Loth Khan, bekas penasihat undang-undang negeri Selangor.
Tidak lama selepas Apandi mengangkat sumpah sebagai peguam negara pada tahun lalu, Jessica Gurmeet Kaur, seorang pegawai di pejabat peguam negara, menyaksikan kontraknya ditamatkan dan diancam dengan pengusiran.
Beliau adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB - terdiri daripada pegawai polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara.
Pasukan itu kemudiannya dibubarkan.
Beliau, bersama dengan bekas penasihat SPRM Rashpal Singh, telah disiasat berhubung kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan untuk mendakwa perdana menteri.
Jessica kemudiannya digantikan oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, dalam sekretariat pasukan petugas khas itu. Dzulkifli sekarang adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Zaman Najib ni macam macam ada..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

24 ulasan:

  1. Najib memang teruk,
    Tapi pembangkang di Malaysia lagi teruk

    BalasPadam
  2. 1 orang jer yg kuar... ingat 10... kli 200 budak pejabat gani 1 tahil lagi baguss kuar... membanyakkan budak pengkhianat ton momok dlm kjaan.... beramvuss lagi bagus... DOJ dah lucut hak assets 1MDB... cukup memalukan USA...

    kaj kah kah x sangka bijak pandai USA dlm White House pun kena goreng dng prmbancuh teh tun momok.... kah kah kah

    org putih bodoh vanngang sebenor nyer... jolok dng duit suma keje goreng dan penipu pembancuh teh tun momok yg dah bangkrap pun boleh diterima.. ..

    muahahahahaaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sakit gila babi dah datang...airliur berjejis..pergi makan ubat sana.

      Padam
    2. Apa masalah mamat ni????
      Meroyan jea..

      Padam
    3. Apa masalah mamat ni????
      Meroyan jea..

      Padam
  3. Zaman jibo sama dgn zaman pariah.
    Penjawat awam jadi mangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tn1140.,
      Saya bukan pariah kucing kurap yg awak maksudkan ksn?

      Padam
  4. Cerita aku ini macai protun macam mana tun abas boleh kena buang dan tak dapat pencen, mana lagi kejam, najib ke? tun m ITU.
    Sampaikan kerajaan terpaksa menbayar ganti rugi pada tun abas ITU sila jawab macai protun ia.

    BalasPadam
  5. tu semua zaman mahathir dah berlaku. jangan nak nafi bagai. kalau bukan mahathir yang jadi tok gurunya siapa lagi?

    BalasPadam
  6. 55 tahun dah boleh pencen dah jadi apa masalah dia pencen awal bagi orang muda Pula dapat jawatan, tak akan sampai mampus pegang jawatan itu.
    Beruntung orang pencen awal jadi apa masalah nya dia pencen awal, ADA je penyakit protun ada PhD ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangang punya jawapan. Kerajaan juga yg luluskan bersara umur 60. Hanya era jibo ramai yg bersara awal disebabkan terpaksa dan DIPAKSA.

      Padam
  7. answers is perfectly clear dont conspired with madey kutty... no short cut to power .. enough dirty politics ... go fly kite !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal2 lg dah salah grammar BI awak. Nampak jelas awak tak mahir berbahasa inggeris. Lebih baik tulis dlm BI saje supaya org x tahu BI awak lemah sangat. Answers ARE plural bukan IS singular

      Padam
  8. jing jibo komen maki hamun saja lepas tu cuba alih isu...

    BalasPadam
  9. Masih ada yang buta hati dan tuli otaknya tak dapat hidayah dan petunjuk, bagaimana seorang yang diberi amanah memegang jawatan PM boleh dengan selamba badak sekeluarga membuat jahat dengan menyapu wang Negara, pecah amanah, menipu, mengugut, memberhentikan jawatan orang lain secara kuku besi tanpa proses sisatan dan timbang tara. Dasar PM hari ini paling keji dan paling tidak bermoral... INgatkan dah terselamat daripada kerakusan al Jubury Malangnya masuk perangkap si Najibul al Rosmoney. Akan dikenang sebagai bapak segala perosak Negara, bangsa dan agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan buta hati dan tuli otak tak dapat hidayah dan petunjuk, Bang.

      Anjing Jibo sekor di sini ni di bayar duit macam DAP Red Beans untuk melawan berbagai yang di kata puak Protun. Dia masuk hingga pukul 2:05 PG, di bayar ikut jumlah komen yang di buat, gamak nya.

      Padam
    2. Najib beri tahu Tun Dr M bahawa dia percaya "Cash Is King", jdi main bayar duit aje le, itu pasal di tuduh songlap berbilion masuk ekaun dia, bini dia dan anak tiri dia.

      Anjing dia sepatut nya cari fakta dan hujah yg boleh membikin pembaca percaya apa yang mereka nafikan. Tapi selalu nya si anjing ha nya memaki hamun, menuduh pihak lain, menyebut hal2 yg tak kena mengena dgn tajuk pos dan seperti nya.

      Jenis yang Najib fedap di kempen PRU13 dan mengata mereka itu "bangang, hamjadah".

      Padam
    3. ....bagaimana seorang yang diberi amanah memegang jawatan PM boleh dengan selamba badak sekeluarga membuat jahat dengan menyapu wang Negara, pecah amanah, menipu, mengugut, memberhentikan jawatan orang lain secara kuku besi tanpa proses sisatan dan timbang tara....

      ---> sedapnyer mulut bercakap. Tulah kalau taik yg masuk, maka taik jugalah yang keluar. Kalau info yang salah yang dibaca dan dijadikan kitab, maka jadilah kamu syaitan yang sentiasa mengutuk dan memfitnah orang..Bertaubatlah!!!

      Padam
    4. Najib fedap sebab anjing anjing nya itu tak membantu nya pun sehingga di PRU13 dia kalah popular votes, hilang majoriti 2/3 di Parlimen, di kasi Tsunami Cina.

      Di PRU14 dia di harapkan dapat Tsunami Melayu jugak. Najib mesti di gantikan dek UMNO, kalau tak, dek pengundi di PRU14.

      Kemungkinan kuat berlaku begitu di PRU14 sebab di PRU13 dia dapat keputusan yang paling teruk dalam sejarah UMNO. Tambah pulak di PRU14 rakyat dah jemu, bosan dan marahkan dia akibat skandal dia seleweng 1MDB dan songlap berbilion Ringgit masuk ekaun bank dia, bini dia, anak tiri dia, kroni taek dia Jho Taek Lo.

      Padam
  10. Pegawai dating dan pergi....apa masalah kau ?? Tuan punya blogger.

    Tak kan semua nak dipolitikkan...

    Aku kenal semua orang tu....dia orang pun biasa ajer.

    Tak usahlah buat fitnah dan kenyataan mengelirukan..OK!!

    Tak usahlah hari hari nak berpolitik!!!

    Lu fikir lah sendiri!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. OOoooooo Jing Jibo, ko orang pejabat Pandi PN ke? Atau orang PMO di kawal dek PM Press Secretary Sarisfuddin? Banyak dapat duit ke? Tapi dedak aja gamak nya, tak berapa sen di banding dengan RM1-2 juta Sharir JB dan Mat Maselan Pontian dapat.

      Tak boleh berpolitik kata Sarisfudin ke? Tak kisahkan demokrasi ye? Pundak.

      Padam
  11. RPK Imbau Kes 1MDB Di AS Ulangi Drama Kes Di Perancis

    Jabatan Keadilan AS mengambil tindakan berdasarkan kepada aduan dibuat oleh orang Kempen Anti Najib (Anti Najib Campaign).

    Saya masih ingat saya melakukan perkara yang sama 16 tahun lalu iaitu pada 2000 (ketika itu adalah Kempen Bebaskan Anwar atau Free Anwar Campaign – FAC).

    Saya pergi ke Washington DC dan membayar satu firma melobi untuk mengetengahkan penahanan politik Anwar Ibrahim adalah bersandarkan kepada pertuduhan direka dan bukti palsu liwat kepada kerajaan AS.

    Bagaimana ia dilakukan di AS, di mana saya sendiri sudah lakukan pada masa lalu ialah anda perlu bayar sebuah firma di negara itu sejumlah wang yang banyak dan mereka akan mendapatkan individu yang berkuasa untuk mendengar kes anda.

    Akhirnya nanti, tiada apa akan berlaku (sama seperti kes Anwar yang saya bawa pada tahun 2000) tetapi anda pasti akan mendapat banyak perhatian (sebagaimana apa yang kami peroleh pada tahun 2000).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap mengarut le kamu. Menuntut ada buat itu ini. Apasal tak cakap pigi jumpa si bangang George W Bush pegang barang dia tak kasi bom Iraq dan mula perang WMD yang hingga sekarang tak jumpa?

      Pembohong, penipu, pemfitnah kamu. Kalu betul, kasi bukti yg kau ada buat gitu le, Jing.

      Padam
  12. Belum lagi jalan kes mengapa nak kelam kabut. Setakat apa yg dinyatakan oleh RPK tiada nilai berita melainkan membelit isu agar Macai² yg kurang cerdik mempercayai segala teori khayalan dia RPK adalah the Real dedakman. T yang boleh berubah mengikut RM. ( $$ bukan rosmah mansur ye). Baca boleh , percaya jangan.

    BalasPadam